KITA TETAP SEORANG ANAK

Saturday 12 November 2011 0 comments
 Allah Swt memerintahkan kita para hambanya agar berpegang teguh kepada kitab kitabnya dan sunnah Rasulullah SAW. Dan diantara kitabnya ,kitab suci Al-quran adalah yang terakhir mengandungi pertunjuk yang lengkap untuk dijadikan panduan manusia menjalani kehidupan didunia ini.


Apalagi yang kita harapkan kerana segalanya telah jelas dan tiada lagi alasan untuk kita mengingkarinya.Dari rukun iman dan rukun islam kita semua harus berusaha untuk memahami dan hidup selaras dengan apa yang didtetapkan.Mungkin belum semuanya dapat kita patuhi atau ketahui namun hendak lah kita bermohon kepadanya agar sentiasa mengurniakan kepada kita ilmu dan hikmah,tanpa kurnianya siapa lah kita.Kegagalan untuk mematuhi batasan yang telah ditetapkan dan bersifat berlawanan dengan fitrah kita sendiri membuat kita sedih atau berputus asa apabila kita bermasaalah dalam kehidupan seharian.
Cuba lah kita fahami bahawa kita semua tidak mungkin lari dari kenyataan yang kita semua adalah anak,kenapa?kerana kesedaran ini ada lah perlu dan seorang yang beriman perlu sekali mengambil kira apa jua keadaan.Sering kita lihat dan dengar orang-orang tua menyalahi anak-anak mereka dan apabila ada saja ceramah Agama yang menyentuh tentang sifat-sifat buruk tentang anak-anak pasti kita mendengar mereka mengulas balik tanpa kesedaran. Alangkah sedihnya kebanyakan orang tua tidak menyedari mereka juga dulu nya mempunyai ibu-bapa dan mereka juga digelar anak sebelum digelar ibu atau bapa.
Mereka lupa akan kederhakaan yang mereka lakukan kepada ibu-bapa dan mereka lupa bahawa Allah itu tidak pernah zalim.Alangkah baik jika kita dapat memahami bahawa apa jua perintah dan pertunjuk Allah ada lah untuk kita semua bukannya terhad untuk para anak-anak kita.Disini lah letaknya kesilapan kita dan bila kita menasihati anak-anak seolah-olah kita tidak pernah menjadi anak kepada sesiapa pun,


Hari ini kita sering berdepan dengan segelintir ibu-bapa yang sering mengumpat,mencerca,menghina atau melaga-laga dan memfitnah anak-anak mereka sendiri.
Ingatlah dan jangan sekali-kali kita bersikap seperti itu kerana disaat para malaikat mencatit kejahatan ia telah ditetapkan didalam ketegori yang tertentu mengikut jenis dosa yang kita lakukan.Allah telah pun bersumpah celakalah untuk para pengumpat dan pencela..Dosa tetap dosa dan jangan sekali kita berbangga kerana melakukanya.
Jangan lah kerana kita seorang ibu atau bapa kita boleh memfitnah dan melakukan segalanya tanpa malu kepada Allah.Allah SWT memiliki kekuasaan dan perhitungan yang muktamad dan walau siapa pun kita hiduplah sebagai hambanya kerana sebagai hamba Allah itu  akan menyedarkan bahawa tiada apa pun yang boleh melepaskan kita  dari pandangan Allah mau pun hukumannya dan tiada satu pun firman Allah yang membenarkan kita sebagai ibu-bapa berkelakuan sewenang-wenangnya didunia ini.


Semoga bermanfaat buat diri ku dan saudara semua.

DERHAKA

Friday 11 November 2011 0 comments
Derhaka adalah perkataan yang sudah menjadi kebiasaan kita menyebutnya namun kita tidak memahami apa sebenarnya hakikat pengertian derhaka itu sendiri.
Jika kita benar benar memahaminya pasti kita sebagai manusia begitu berhati-hati atas tiap tingkah laku dan bisikan naluri dan apa jua yang boleh menjadikan kita manusia derhaka.
Tiadalah Allah mencipta kita untuk menjadi sia-sia namun sia-sia itu tetap menjadi pilihan utama kita tanpa kita sedari.Derhaka adalah perbuatan yang dibenci Allah yang tidak disukai akal,agama kerana tiada suatu pun yang darinya itu mendatangkan kebaikan kepada kita manusia.Sama lah kita seperti pokok buah yang ditanam dan disiram tetapi akhirnya tidak membuahkan hasil.

Diriwayatkan umar bertanyakan kepada Rasulullah."Bagaimana keadaan kami ya Rasulullah yang telah mengasihi anak-anak kami namun mereka menderhaka kepada kami?Rasullullah menjawap:"Kerana kita telah melahirkan mereka dan bukan mereka yang melahirkan kita".

Kita lebih mudah menderhaka kepada ibu-bapa kita dari perbuatan,naluri dan tuturkata,seakan tiada jalan yang mudah untuk kita menyedari kecuali dengan Rahmat Allah jua.Kerana tiada Rahmatnya bertahun-tahun kita dalam kederhakaan tanpa kita sedari,kita tidak menyedarinya kerana kita masih tidak memahami apa artinya derhaka itu.
Bagi kita semua perbuatan kita ada lah baik dan kita tidak merasa bersalah atas perbuatan kita yang sering melukai hati ibu-bapa dan semuanya mempunyai alasan tersendiri untuk membenarkan hawa nafsu kejahatan kita walau pun pada hakikatnya kita tidak menanggung dosa ibu-bapa kita tetapi sebaliknya ibu-bapa lah yang bertanggung-jawap keatas semua perbuatan dosa anak-anak jika selama ini anak-anak terbiar tanpa didikan agama.

Derhaka itu ada lah bebanan yang berat dan tiada yang lebih perit kepedihannya yang akan kita tanggungkan sepanjang hayat dan diakhirat.
Dan untuk menentukan bentuk sifat derhaka itu bukanya mudah sebagaimana agak mudah untuk kita menentukan bentuk atau kebaikan yang harus kita lakukan kepada ibu -bapa,kerana itu kita menganggap remeh atas tingkah laku kita dan berterusan dalam kederhakaan.
Selagi kita masih bernafas bererti Allah memberi kita kesempatan untuk berubah dan bertaubat dan semoga ada kesempatan buat kita semua menyedari segala kesilapan yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita .Semoga kita dapat mengenepikan kepentingan diri dan sedar bahawa disisi Allah derhaka kita kepada ibu-bapa itu bukan hanya seperti yang dicatat didlam kitab namun setiap yang terdetik dari hawa -nafsu itu pun hendak sentiasa kita perhatikan. .Dan semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita dan dosa-dosa orang-orang tua kita.









Thursday 3 November 2011 2 comments
Bagaikan tersekat nafas
dikala ujian mu
menghadirkan diri...

Hampir aku tersasar
hilang kesabaran kerana merasa hebatnya tekanan
Ya..Rabb..
jangan biarkan aku. dalam kekeliruan
jangan biarkan  aku mencari kesalahan demi kebenaran
berilah aku kekuatan..
menerimanya dan menanganinya
dengan iman dan redhamu.

Alangkah malunya kita
bila tiba dipersimpangan..
masih tersalah memilih arah,,sedangkan telah lama kita bermusafir,,telah jauh perjalanan
begitu banyak sekali pengalaman
masih hidup bagaikan tidak mengenal tuhan
masih sujud tanpa kenal
tanpa berpegang pada
Rukun Iman dan Islam..

Sedikit masa lagi ..tiba saat..
pasti telah tiada kesempatan....

BEZANYA PEMUJI DAN PENCELA

0 comments
Sebagaimana kita ketahui manusia akan berhadapan dengan empat keadaan disaat menghadapi pencela dan pemuji.
Kelaziman sifat  manusia akan merasa gembira apabila dirinya dipuji dan marah apabila dirinya dicela dan keadaan pertama dari marah akan terbit rasa sakit hati dan benci.Dan alangkah ruginya kita jika memiliki sifat tersebut  kerana tanpa kita sedari kita dengan sengaja atau tidak telah jatuh kedalam darjat maksiat hati yang tercela.


Kita sebagai manusia yang dicipta mempunyai kelebihan dari makhluk lain iaitu kita dianugerah Allah SWT dengan akal maka hendaklah kita sentiasa sedar bahawa syaitan itu hanya sedikit memainkan peranannya tetapi jika kita tunduk kepada hawa nafsu maka kita manusia akan mudah mengikut segala apa yang hawa nafsu kita kehendaki.
Kerana itu kita manusia agar sentiasa berpegang teguh kepada kitab suci Al-Quran dan Sunnah .Kerana Allah telah memberi garis panduan bagaimana seharusnya kita menjalani kehidupan didunia yang akan fana ini.

Dan didalam kitab Ihya-Ullumiddin karangan Imam Al-Ghazali juga terdapat didiikan yang mengajak agar kita sentiasa menjauhi sifat-sifat yang tercela kerana kita manusia sentiasa terleka dan menganggap pekara tersebut sebagai satu yang remeh,walaupun ianya merupakan perkara yang penting buat kita .


Dan keadaan kedua ada juga dikalangan manusia itu menahan diri dari membalas sesiapapun yang mencelanya,namun pada masa yang sama dia merasa gembira jika ada yang memuji kesabarannya.Ini pun salah satu dari sifat yang kurang taqwanya seseorang itu namun agak baik dari keadaan yang pertama.


Dan ketiga ada dikalangan manusia itu tidak merasa apapun kesusahan pada pencela atau gembira pada sipemuji.Namun sifat ini belum sempurna sebelum kita menyelami jiwa kita.Lihat kah apa kah kita mudah berbaik dengan seseorang kerana dia suka memuji kita dan membenci pula kerana dia suka mencela kita.Apakah kita hanya merasakan sipencela yang tergelincir sedangkan sipemuji itu tidak.Alangkah baiknya jika kita dapat menyamakan kedudukan keduanya..


Sebaiknya hendak lah kita marah kepada sipencela kerana Allah dan hanya ingin mendidiknya seperti juga kita mendidik diri sendiri agar semua sifat tercela itu dapat kita tinggalkan.
Setan itu selalu menghayalkan dan hawa nafsu kita menjadi tuhan.Apa yang paling kita khuatiri jika kta membuat alasan kepada Allah dengan hawa nafsu kita.Dan tanpa kita sedari kita semakin jauh dari Allah.Walau pun secara zahiriahnya kita mengaku seorang mukmin.Selamilah jiwa kita dan fahami lah setiap tipu-daya syaitan dan segala bahaya bahaya yang mungkin kita miliki tanpa kita sedari.


Allah SWT berfirman:
"Katakan -Adakah kami beritahu kepadamu orang-orang yang paling rugi dalam perkerjaannya?Iaitu orang-orang yang terbuang sahaja usahanya didalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira bahawa mereka melakukan usaha-usaha yang baik" (Surah Al-Kahfi-103)
 Dan keaadaan keempat yang mungkin diantara yang sukar kita miliki iaitu jika kita sampai ketahap kita tidak suka dipuji dan tidak marah apabila kita dicela.
Pujian itu seumpama fitnah tetapi tidak lah menjadi satu kesalahan andainya kita tidak sengaja hendak memuji-muji,tetapi kata pujian itu memang terbit dari hati kita.Namun berlebih-lebihan dalam memuji memang dilarang.
San tentang celaan pula ia menyedarkan kita tentang kekurangan diri kita.

Kita manusia tidak dapat lari dari pujian maupun celaan dan kita selalunya tamak,kita sembunyikan kegembiraan dan kebencian kepada sipemuki dan sipencela.Kita suka bukan kerana bersyukur dan kita benci bukan kerana takut murka Allah SWT.
Akhirnya kita memiliki sifat yang tercela dan merugikan diri sendiri.
Sebaik-baik sifat seorang mukmin hendak lah melakukan apa jua perkara kerana Allah.Siapalah kita didunia ini,sedarilah kita sentiasa lalai dan setiap saat melakukan dosa namun jangan lah menjadikannya sebagai alasan untuk kita tidak memperbaiki diri kita dan kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya.


Semoga bermanffaat buat diriku dan sahabat semuanya.

MARAH

Wednesday 28 September 2011 0 comments
Marah yang sifat seperti satu penyakit yang sukar diubati.Mudah sekali untuk kita merasa marah tapi tak semudah itu pulak untuk kita menghilangkannya.Walau apa menahan diri dari tak lekas marah itu lebih baik daripada menahan kemarahan.
Kerana apabila kita sampai ketahap menahan rasa marah pasti kemarahan itu telah mengelagak dan perlu kepada kesedaran yang mendalam.Menahan marah itu terlalu banyak buruknya dan dengan mudah kita dapat melihat orang-orang yang cenderung kepada menahan marah itu bersifat pendendam
Apabila kita terbiasa dengan menahan diri dari tak lekas marah ianya insyaallah akan menjadi sifat peribadi kita dan akan diikuti dengan kesempurnaan akal dan kekuatan marah itu tunduk kepada akal.

Rasullullah saw bersabda:'Lima perkara termasuk sunnah Rasul-rasul,iaitu malu,tak lekas marah,berbekam,bersugi dan memakai bau-bauan.

Penyakit marah adalah percikan dari api neraka,oleh kerana itu hendak lah kita membuang tabiat yang tidak baik ini.Cuba kita perhatikan mana yang lebih baik  kalau kita membiasakan diri dengan menahan dari tak lekas marah segala kebaikan pasti akan kita temui kerana kalau ada seseorang yang berbuat tidak sepatutunya atau perkara bodoh kepada kita dengan bersikap tak lekas marah akan terhindar diri kita dari melaku kebodohan yang sama.

Sebahagian ulama berkata menahan diri dari tak lekas marah itu lebih tinggi dari akal.
Ianya ada lah benar untuk apa lah kita membalas kemarahan dengan kemarahan.
Kaum wantia biasanya lekas marah,diwaktu rasa tekanan yang melampau  rasa marah akan mudah terbit dihati dan jika kita lalai ia akan berlanjutan,seeloknya kita biasakan diri dengan bersabar jangan sampai malaikat menghindar dan syaitan yang mengambil alih.
Apabila kita terlihat sifat marah seseorang hati kita akan sedar betapa buruknya akhlak seorang yang sedang marah dan begitu lah juga rupa kita diwaktu berada di-situasi seperti itu.

Bolehkah sehari pun kita tak merasa marah..yang penting bila kita hendak marah periksakan apa yang tersirat dihati kita adakah kerana Allah atau kerana hawa nafsu.
Dengan sendirinya insya allah kita akan berhenti dan berfikir berkali-kali dan dengan sendirinya kita akan terasa malu dengan sikap marah yang mendatangkan bermacam-macam penyakit.Apabila cahaya akal kita terpadam yang naik asap kegelapan,yang akan menguasai seluruh permikiran kerana itu kita selalu mendengar penyesalan yang berbunyi mata aku dah gelap kerana dunianya menjadi gelap diselaputi asap kemarahan yang terlampau kerana marah itu melibatkan hati dan akal.
Berusaha lah membuang sikap marah yang menunjuk kan kebodohan dan kelemahan akal kita sendiri .semoga bermanfaat.
Tuesday 27 September 2011 1 comments
Dapatkah kiranya
kuingkari
yang ditanya tentang setiap kerdipan mata
bisikan kalbu dan setiap gerak
dimana hendak ku bersembunyi
ditulis dan dihisab

Kemanakah dapat ku menghindari
setelah lidah ku berkata,akal ku mengembara

bagaimana ku gunakan jawarihku
segala nikmatmu
bersyukur atau kufur

mata basirah yang tak pernah lelap
angin yang kusemai pasti badai yang ditemui
maqam yang fana
tidak putus putus berbicara


Menjadi ragu dan menyingkir
terhenti tegak
dalam rahsia
matahati yang terbelenggu
hilang diatas lapangan
bagaikan debu-debu yang berselerakan
ingin ku tanggal seluruh beban
keserakahan dan kerakusan
yang terhimpun 
memutuskan segala kelazatan.






NYANYIAN DAN SYAIR

Thursday 22 September 2011 1 comments
Telah disebutkan dalam" kitab mendengar" apa yang diharamkan dari nyanyian dan apa yang dihalalkan.Dan tidak perlu  diulangi.
Adapun syair,maka adalah  perkataan,yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.Hanya bersungguh-sungguh untuk bersyair itu tercela.Dan terlampau menghafalnya juga tercela.Jadi bersederhanalah.
Rasulullah saw bersabda:
Bermaksud:"Bahawa penuhnya rongga seseorang kamu dengan nanah,sehingga membusukkan,adalah lebih baik daripada penuhnya rongga itu dengan syair"
Dari Masruq bin AL-Ajda bahawa ia pernah ditanyakan tentang sebuah syair,lalu tiada disukainya.Maka dikatakan kepadanya tentang yang demikian lalu ia menjawap."AKU TIADA SUKA DIJUMPAI SYAIR DALAM LEMBARAN AMALKU PADA HARI KIAMAT"
Sebahagian mereka ditanya tentang sesuatu mengenai syair,lalu menjawap.'JADIKAN LAH TEMPAT SYAIR ITU UNTUK ZIKIR.SESUNGGUHNYA ZIKIR KEPADA ALLAH LEBIH BAIK DARIPADA SYAIR."

Kesimpulan,menyanyikan syair dan menyusunkannya itu tiada haram,apabila tak ada padanya perkataan yang dimakruhkan pada agama.
Nabi saw bersabda
Artinya:"Sesungguhnya dari syair itu ada hikmah
Benar,yang dimaksudkan dari syair itu pujian,celaan dan kemuda-mudian dan kadang-kadang dimasuki bohong.
Pernah terjadi selepas perang Hunain beliau telah memberikan bahagain harta rampasan kepada
Abbas bin Marjan iaitu empat ekor unta betina.Abbas bin Mardan menolak lalu mengadu dalam syairnya.
Lalu nabi saw bersabda:"Potonglah dari perintahku akan lidahnya" maka pergilah Abu Bakar Ash-Shiddiq  r.a kepada Abbas bin Mardan dan diberikannya kepada Abbas seratus ekor unta.Kemudian Abbas kembali dan dia termasuk orang yang paling disukai.
Lalu Rasulullah saw bertanya.Adakah engkau menyusun lagi syair terhadap aku?
Abbas meminta maaf pada Rasulullah saw seraya berkata::Demi ayah dan ibuku,sesungguhnya aku memperoleh syair itu berjalan pada lidahku,seperti berjalannya semut.kemudian ia mengigit aku seperti mengigitnya semut.Maka aku tiada mendapat jalan untuk tidak bersyair".
Lalu nabi tersenyum seraya bersabda."Orang Arab itu tiada akan meninggalkan syair,sehingga unta meninggalkan suara yang berdenting.

Bersyair itu ada kebaikannya cuma kadang-kadang kita terlupa ketika kita meluahkan rasa mungkin terjadi umpatan di hati walau kita tidak bermaksud demikian tetap ia satu yang tercela disisi agama.Walau kita merasa begitu lah sebenarnya dan tiada paembohongan tapi kita tetap tidak tahu apa sebenarnya pandangan Allah pada kita.Jalan yang terbaik kita harus berhati hati agar tiada pembohongan.umpatan atau celaan atau berluas-luasan pada pujian.


Aku ingin menasihati  diriku sendiri dan tiada bermaksud untuk mengata sesiapa pun, cuma ingin kukongsikan bersama.Kerana kita manusia biasa dan tidak dapat lari dari melakukan dosa yang tesrsembunyi dan tidak kita sedari .Mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kita pertunjuk kearah yag diredhai nya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dpsa ku yang tersembunyi dan dilakukan tanpa ku sedari.

BEZA PELAJARAN DAN PENDIDIKAN

Wednesday 21 September 2011 1 comments
Didalam usaha kita untuk membina insaniah atau didalam usaha membina anak-anak dua perkara yang penting ialah pelajaran dan pendidikan.
Ia adalah dua hal yang berbeza dan perlu untuk difahami,namun terkadangnya kita keliru untuk memahaminya.

Akal selalu menjadi tujuan pelajaran yang khusus sedangkan pendidikan pula dikaitkan dengan pembinaan insan yang bukan sahaja melibatkan fizikal dan mental tetapi melibat hati dan nafsu.
Pendidikan yang lebih rumit ialah mengenai hati dan nafsu.Pelajaran dan pendidikan amt perlu didalam membina peribadi yang pandai  dan bersyukur pada Tuhan dan dalam masa yang sama berbakti pada manusia.

Guru yang mengajar dan murid yang belajar adalah proses mengumpul segala ilmu.Melalui proses ini akan terhasil lah murid yang pandai,alim atau berilmu pengetahuan yang tinggi.

Dan yang dikatakan pendidikan pula memerlukan penghayatan,pengamalan dan
penjiwaan dan semua ilmu yang diperolehi terutamanya ilmu ugama memerlukan kefahaman yang mendarah daging didalam kehidupan seharian.Dan pelajaran menyentuh soal ilmu dan pendidikan pula menyentuh soal akhlak.
Tidak mungkin kita dapat mendidik tanpa memberi ilmu dan ilmu tidak boleh diberi begitu saja tanpa didikan

Jika hanya pelajaran sahaja tanpa diikuti dengan didikan akan menghasilkan individu yang pandai tetapi jahat dan tidak bermoral.
Pendidikan sahaja tanpa pelajaran akan menghasilkan individu atau manusia yang baik tetapi tidak mungkin dapat berkhidmat atau berfungsi pada masyarakat.
Ilmu tanpa didikan menyebabkan manusia menjadi beku kerana jiwa tidak hidup dan didikan tanpa ilmu akan menyebabkan kita jadi kaku kerana bagaimana hendak bergerak melangkah jauh kerana walaupun jiwa kita hidup tetapi tiada ilmu khas untuk dijadikan panduan.

Walau bagaimana pun peranan ilmu kecil jika dibandingkan dengan didikan.Ilmu selalunya dilengkapi dengan falsafah,hikmah,usul dan berbagai yang lain namun tidak kesemuanya digunakan atau diperlukan dalam mendidik.

Yang berilmu mampu mengajar tetapi tidak kesemuanya layak untuk mendidik.
Didalam membangun insaniah  kedua-duanya penting namun diantara keduanya pendidikan yang patut diutamakan.Jangan sampai rosak dan menjadi musuh kepada Tuhan yang mencipta kita dan musuh kepada manusia.Yang terbaik menjadi kuncinya ialah mendidik didahulu dan kemudian mengajar.
Jadikan baik dahulu sebelum menjadi pandai.Biar mengenal Tuhan yang mencipta kita dahulu sebelum dikenalkan ciptaanya.
Biar menjadi hamba Allah sebelum menjadi khalifah-nya.

INSYA ALLAH

Tuesday 20 September 2011 0 comments
Diantara sifat kita ialah lalai dalam melakukan kesalahan yang halus-halus dan lebih-lebih lagi yang menyangkut dengan Allah dan urusan agama.Seakan kita tidak sanggup untuk meluruskan kata-kata dalam urusan agama melainkan para ulama yang fashih maka dikatakan  orang yang singkat ilmu atau kefasihan nya,niscaya akan mudah tergelincir.Tetapi Allah sentiasa memaafkan kebodohon atau kelalaian apabila saja terbit dari hati nurani kita keinsafan dan ingin sentiasa memperbaiki diri.

Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengenai setiap perkara yang bakal atau ingin kita lakukan.Adalah menjadi kesalahan disisi Allah jika kita dengan beraninya meletakkan apa saja perkerjaan yang ingin kita lakukan itu ditangan atau bersandar kepada kemampuan kita semata-mata.
Setiap apa yang kita yakini atau hendak lakukan hendak lah sentiasa kita ucapkan dengan InsyaAllah kerana sesungguh tiada lah kita dapat mencapainya melainkan dengan izin Allah semata-mata dan tanpa Insya Allah seolah-olah kita merasa segala kekuasaan itu ditangan kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
                JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU KATAKAN "INI AKAN AKU KERJAKAN BESOK"TAPI KATAKAN LAH 'INSYA ALLAH' DAN INGATLAH KEPADA TUHANMU JIKA KAMU TERLUPA DAN KATAKAN 'SEMOGA TUHAN MEMBERIKU PERTUNJUK YANG MENEMUKAN JALAN YANG LEBIH DEKAT KEPADA KEBENARAN".(surah-alkahfi 23-24)

Apabila Allah swt telah berfirman maka jangan hendaknya kita mengambil mudah perkara tersebut dan telah dijelaskan apa yang perlu kita ucapkan pula atau berdoa seandainya kita terlupa untuk mengucapkan Insya Allah.Tiada lagi alasan ini atau itu untuk membenarkan diri sendiri.
Latih lah diri kita dan sentiasa ingat untuk mengikut perintahnya,semoga segala usaha kita untuk memperbaiki diri dari segala kelalaian kita dalam hal-hal yang kita anggap remeh walhal ia sangat dilarangkan mampu menjadikan kita hamba yang diredhainya.
Semoga bermanfaat...

PENGHUNI SETIA

Thursday 15 September 2011 0 comments
Rasullah saw bersabda:
Apabila seseorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca Bismillah ketika memasukinya dan ketika ingin makan,berkatalah syaitan kepada golongannya(kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makananan malam ini.

Apabila seseorang memasuki rumahnya dan tidak mengingati Allah berkata syaitan kepada golongannya(kalian mempunyai tempat bermalam dan makan malam(jika penghuni tersebut tidak mengingati Allah ketika makan)

Demikian jua apabila kita ingin keluar rumah maka kuncilah pintu sambil menyebut nama Allah.Nescaya syaitan tidak akan dapat membukanya.Tutup lah juga bekas bekas makanan nescaya syaitan tidak dapat mencemarinya.

Rasulullah saw bersabda:Dan kuncilah pintu-pintu rumah kalian dengan menyebut nama Allah.Kerana syaitan tidak dapat memasuki rumah yang dikunci dengan menyebut nama Allah.Ikatlah kantong-kantong air kalian dengan menyebut nama Allah dan tutupkan bekas makanan kalian dengan nama Allah dan matikan lah lampu lampu pelita kalian .(kerana dikhuatiri kebakaran) .
Hal atau perkara yang jarang kita perhatikan ia tentang apabila syaitan berjaya masuk kedalam rumah kita ..hendak lah kita sedar apabila syaitan berjaya masuk mengikuti tuan rumah yang lupa memberi salam setiap kali masuk kedalam rumah tidak kira apa saja aktiviti kita dari luar kawasan rumah atau dikawasan rumah kita sendiri kita tetap perlu membaca bismillah setiap kali masuk dan berilah salam..syaitan tersebut akan mengunakan peluang tersebut dengan berbagai acaranya tanpa kita sedari maka terjadi selisih faham,terjadi pertengkaran dan lain-lain.

Bila ia telah berjaya menyelinap masuk rumah tertentu,syaitan akan bermalam dan tempat syaitan bermalam ialah dikedua lubang hidung penghuni rumah tersebut.

Rasulullah saw bersabda:Apabila seorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu maka sedutlah air kedalam lubang hidungnya dan hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam didalam lubang hidung kalian.

semoga bermanfaat. 
0 comments
Aduhai jiwa..
kemanakah perginya damaimu
menghilang diri..bersembunyi..
dipuncak gunung..
dilautan yang dalam..
atau ditasik madu kau beradu..



Menghendap dirimbunan pohon ..atau terlindung diketebalan kabus
Seakan menghilang .mengingkari simpuh yang terurus
melingkari waktu..tersentap kerana taufan bicara
Di persidangan durjana mengatur pembentukan rencana
meruntuh mihrab
cukup simbolik menghapus segala-galanya.


Wahai jiwa usah lah kau terleka..tahan lah lelehan arimata
lepaskan  langkah-langkah daripada bahang derita
nikmati saat yang ada
masuk lah kedinginan syurga dunia 
didalam redha


Di senja yang damai bersendirian..
mengintai jejakmu..
yang hilang entah dimana
berteman helaan nafas keletihan
mengusung rasa rindu menahan kepedihan.
diuliti rasa keliru

merajuk berlalu pergi
menghilangkan diri.
Nun jauh disudut kalbu..
membisik kalimat ngeri
usah lah dicari...
Aduhai jiwa..ranapnya keangkuhan..

Disaat detik-detik yang kelam...mengapai keyakinan.. 
angin sesat
mengirim pesanan..
pemburu kesetiaan..

bagaikan deburan ombak 
dipantai
tiada hentinya menerjah...
menhempas pantai..
mengukir harapan..
0 comments
Maulaya!
melintasi batas-batas
suara petaka manusia
yang merapati lubuk jiwa menghadirkan keraguan
dan timbulnya berbagai persoalan..

Aku disini... tidak sampai kemana-mana
Acap kali tersungkur... lemah hampir kecundang
telah hilang iqamah telah ranap tawadhuk
termakan fitnah amal perbuatan
terkhayal seakan tuhan.menghukum amal

Tersingkapnya tirai hijap
apakah telah ada persediaanya
alangkah baiknya jika pintu pintu lain 
berada dibelakang gerbang kesabaran
makam kemuliaan terlalu jauh dicapai tangan
Saat aku berpaling masih diluruskan

Maulaya.
aku cuba bersembunyi
kuucap kalimat kalimat kesabaran
bagai diserang tebasan pedang
dikala berjihad dengan perasaan dan hasutan
tepat sasarannya
tiada batas-batas yang dapat mencegah
dari kemusnahan..kehancuran 

Wahai yang mengulang-ulang
kuhalau takdir demi takdir tanpa malu
dengan jiwa yang rakus..
mampukah ku dekati mu dalam sirku
teman dalam sendirianku dan menemani aku dalam pergaulan
hingga terhapus  kejahilan dari sudut yang terbatas 
Jangan sampai nikmat mu terputus





 
Wednesday 14 September 2011 0 comments

Fikrah Azali
berselimut segala keinginan
menghinggapi aneka misterinya
terlupa..terleka mengingati apa yang tersembunyi.

Ya RABB..
Hulurkan hikmahmu pada tiap detik keperluan
lanjutan hidup 
wujudku dengan pemberianmu

Betapa anehnya..yang hinggap sementara..
melupakan asal permulaanya..langkah langkah tawajjuhmu
seolah-olah tiada berhajat..tiada yang dipinta

Yang hinggap seketika 
mungkinkah mengubahkan yang asal
Penyakit,lapar,haus,dingin dan segalanya datang bersilih

Dalam murka kerana kasih 
tersingkap tirai yang tertutup
agar menjadi hamba Rabbani
penaka tuhan



keluar dari nafsu dan jiwa dari ikatan benda
melangkahi dari ufuk ujud keufuk yang lebih tinggi 
menyelami keinsafan dan kerendahan
tanpa perlu kau selami..biar berkekalan
Jangan dibiar terhimpit..
disela-sela perjalanan

WANITA TIDAK BOLEH JADI PEMIMPIN

1 comments
Wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kenapa? Walhal kita wanita sentiasa mendidik untuk memimpin anak-anak kita atau atas dasar tugas dan sebagainya.Tentu ada sebab-sebabnya .Kenyataanya jangan lah kita melebihi had yang telah di berikan pada kita wanita.
Wanita itu diumpamakan dengan tulang rusuk yang bengkok.Benar sekali dan penghuni neraka juga banyak nya dari kaum wanita.

Kita wanita hendak lah melihat kaum lelaki kenapa mereka tidak dilabelkan sebagai penghuni neraka yang terbanyak dari wanita.Lelaki itu jika ia lurus dalam kehidupan maka mereka akan berjalan terus lurus dan tiada bengkoknya..tapi berbeza dengan kita wanita dan kita perhatikan saja anak perempuan dan lelaki ada saja perbezaan yang ketaranya.Wanita walau sebaik mana tetap ada bengkoknya.Dalam kehidupan seharian dan ketika dimana jua wanita itu sentiasa ada saja perbuatan dan kemahuan yang melebihi dari kaum lelaki.
Lihat lah disekeliling kita dan diri kita sendiri ada saja jalan dan fikiran-fikiran salah kita yang menyebabkan kita terhumban keluar dari redha suami dan Allah SWT.Berlindunglah hanya Allah jua yang dapat menyelamatkan kita.


Berlaku dizaman dahulu diAndalusia ketika kaum muslimin berperang dengan puak kristian dan kaum muslimin sentiasa kalah.Keresahan yang dirasa oleh semua kaum muslim dan termasuk seorang wanita Islam.
Wanita ini merasa sudah masanya untuk melakukan perubahan dan dalam keadaan terdesak usulnya diterima dan ketika dibawah pimpinannya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan dengan kehendak Allah swt.


Disebalik kemenangan itu ada pengajaran buat kaum wanita dan seperti lazimnya sebagai ketua perang maka dia pun ditemukan  dengan pemimpin puak kristian yang telah menjadi tawanannya.
Allah telah menetapkan dan apa saja yang difirman allah ada lah benar begitu juga jika Rasul yang bersabda.
Yang perlu pada kita ialah menyakininya.Begitu lah yang terjadi wanita tersebut telah tertarik dan terpikat pada lelaki kristian itu pada kali pertama mereka bersua.


Rasa cinta yang mekar lama kelamaan tidak dapat ditahan lagi.Dia mengajak lelaki tersebut memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya.
Malang lelaki itu enggan,setiap kali dipujuk dia menolak tawaran tersebut.
Sebaliknya dia mencadang wanita Islam tersebut memeluk ugama kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih.


Yang dikata tetap terjadi akhirnya wanita itu kecundang.Dilanda cinta yang ghairah dan hebat kerana ketampanan lelaki tersebut telah memadamkan 
segala cintanya pada Allah,Islam dan kebenaran.Akhirnya dia murtad dan menjadi seorang kristian.

Kisah ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam,pengajarannya kepada kita wanita siapa yang membelakangkan syariatnya pasti tidak akan selamat.Syariat Allah tidak boleh diketepikan dalam setiap perjuangan  yang mencari keredhaannya.

Syarat -syarat menjadi pemimpin dalam islam amat jelas sekali dan diantara disebut pemimpinnya mesti seorang lelaki.Wanita tidak boleh jadi pemimpin tertinggi kepada lelaki.
HADIS ada menyebutkan lebih kurang bermaksud:"Kalau perempuan menjadi pemimpin ,maka tunggulah kebinasaanya."
Wanita lebih layak menjadi seumpama sayap kiri lelaki .Menjadi pembantu yang setia dan sedia berkhidmat dengan jujur.
Namun wanita diperlukan dalam masyarakat Islam dengan berkhidmat mengikut kebolehan masing-masing.


Ketetapan Allah telah jelas dan kita wanita harus sedar dan sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan maha Adil dan bijaksana dan dia lebih mengetahui kenapa meletakan sesuatu itu ditempatnya.


Semoga bermanfaat buat kita semua.


1 comments
Langkah-langkah yang lemah
tersimpuh pasrah
gelisah
diramas jemari rahsia
bagai terhenti hembusan nafas
pedih..merintih..letih..


Menelusuri liku yang samar
lorong yang berkerikil tajam 
tiada jaminan..licin dan  mengelincirkan.


Astarghfirullah.astarghfirullah..astarghfirullah..
Suluh kepada setiap langkah
lihat lah kepada setiap jejak
dengan kalimat nur yang benderang
Jangan dilepas hayunannya pada  lorong yang suram
yang mengundang kemusnahan


KAANNATARROHU..
Penyelam penyelam mutiara qalbu
Jangan sampai hilang jejak dilautan yang kelam
mengupas rahsia-rahsia yang terpendam


Simpulkan erat kalimah kalimah syahdu
biar tetap utuh dan kukuh disamudera terlarang
mencair dan lentur segala rahsia alam
bersatu dalam keredhaan
mencari dan mengenal hakikat keyakinan
agar hilang segala yang menghunjam
punca segala keresahan..

ILMU YANG WAJIB ATAS KITA

Tuesday 13 September 2011 1 comments
Adalah pun yang pertama harus kita ketahui ilmu yang dikehendaki ialah ilmu syara.
Yang pertama ilmu ushuludin dan ilmu Tauhid siapa pun kita perlu sekali untuk kita mengetahui akannya.


Adapun makna ilmu tauhid ialah ertinya:
mengetahui dengan bahawasanya sesuatu itu esa dan ia bermula dengan mengesakan atau menunggalkan tuhan yang disembah dan mengi"tiqad ia akan keesaanya pada zatnya pada segala sifatnya dan segala perbuatannya.

Iaitu mengakui akan dzat yang tiada ia menyerupai akan segala dzat dan tiada sunyi ia dari segala sifat.


Yang kedua bermula tempat dihantarnya ilmu ini iaitu dzat Allah dan segala Rasulnya dan barang yang wajib,yang mustahil dan yang harus.Dan itiqad akan wujudnya seperti hari berbangkit,siksa kubur,nikmat syurga,siksa neraka dan lain-lainnya.

Yang ketiga dapat mengenal segala sifat Allah dan Rasulnya dengan dalil yang tepat dan mendapat keuntungan keselamatan dunia dan akhirat.

Yang keempat kelebihan ilmu ini ia adalah semulia-mulia ilmu agama kerana bergantung ia dengan dzat Allah swt dan rasulnya.


Yang kelima ia adalah permulaan atau asal dari segala ilmu yang lain.


Yang keenam orang yang memulakan ilmu tauhid ia lah Abu Hassan Asyari dan Abu Mansur Maturidi yang digali terus dari al-quran dan dari hadith.


Yang ketujuh ilmu tauhid juga dikenali dengan nama lain iaitu ilmu ushul,ilmu kalam dan ilmu sifat.


Yang bermula dikeluar kan ilmu ini iaitu dari beberapa dalil yang bangsa aqliyyah dan dalil yang bangsa naqliyyah daripada al-quran dan hadith.

Yang bermula hukum syara pada menuntut ilmu ini,iaitu wajip aini atas tiap-tiap mukhalaf.

Yang kesepuluh bermula huraian masaalah ilmu ini tentang pekara  wajib daripada segala yang wajib dan segala yang mustahil dari segala 
yang harus.

Sepuluh pekara ini menunjukkan sesiapa yang hendak memulai bahagian tauhid hendak lah mengetahui kesepuluh pekara tersebut


Seperti mana bermulanya dalil yang menunjuk akan wajib  kita ketahui ilmu tauhid,iaitu firman Allah swt:
Ertinya:Ketahui lah oleh mu akan bahawasanya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya yang ada lagi esa melainkan Allah.(surah Muhammad:ayat 19)


Dan menjadi kewajipan kita umat islam untuk menuntut pada tempat yang patut dan juga menjadi kewajiban kita mengitiqad akan keesaan Allah swt agar kita tidak tersesat diddunia ini..sebelum tersasar kita sudah tersedar.Insyaallah.
0 comments
Pintu yang tersingkap
sungguh menakjubkan
 membuka bendung yang mengukir keinginan
selagi cahaya menyinar..selagi nafas dihela
disaat-saat yang ada batasnya.
siraja dunia memula langkahnya
disetiap simpang

Ya rabb..lidah melafaz
bagai pemanis penghias bibir
rupanya bukan bersendiri
berteman sedikit pengerak syahwat,sekelumit bisikan
ranap lah seluruh yang tersimpul
bisikan sesaat membawa
hilang terbang jauh
perginya anugerah keramat.

Menjadi tuhan melantik diri
tanpa sedar ..menyalahi adat menghilang amal
alangkah ruginya..disaat menjadi insan yang mudh-thar
yang melampaui tujuannya tanpa sedar

Kesombongan itu selendangmu
kebesaran itu pakaianmu
mampukah bersaing dan setanding
dalam salah satu sifat itu

Ya rabb..mungkinkah
menjadi faqih yang zuhud
memakai bulu kambing
berhati serigala
lidah manis dari madu
hati pahit dari jadam


Ya rabb ..apa yang tersembunyi
didalam rahsia ghaib 
pasti tampak bekas


Hijapmu ya rabb berupa cahaya
seandaikan dibuka
pasti terbakar segala sesuatu yang menghadapinya.





MEMELIHARA SOLAT LIMA WAKTU

1 comments
Tentang solat telah diriwayatkan oleh Sayidina Ali radhiyallahuanhu bahawasanya berkata ia antara nabi saw duduk berserta para sahabat tiba-tiba datang satu jemaah yahudi,maka meraka itu berkata"Hai Muhammad,kami hendak bertanya akan dikau daripada beberapa kalimah yang memberi akan mereka itu bagi Musa yang tiada memberi ia melainkan nabi yang mursal atau malaikat yang muqarrabin"

Maka berkata nabi saw bagi mereka itu,"Tanyalah oleh kamu."

Maka mereka itu berkata."Ya Muhammad,kabar oleh mu akan kami daripada ini segala sembahyang yang lima waktu yang difardhukan Allah atau umat mu?

Maka sabda Nabi:'Adapun solat zohor maka apabila tergeincir matahari nescaya mengucap tasbih oleh tiap tiap suatu bagi Tuhan kami.
Dan adapun solat Ashar,maka bahawasanya ia iaitu waktu yang makan oleh Nabi Adam padanya daripada buah khuldi.
Dan adapun solat margrib maka bahawasanya ia waktu yang menerima Allah pada nya akan taubat nabi Adam.
Dan adapun sembahyang isya maka bahawasanya ia iaitu sembahyang yang sembahyang akan dia oleh segala Rasul.
Dan adapun sembahyang subuh maka bahawasanya matahari apabila ia naik nescaya naik ia diantara dua tanduk syaitan dan sujud baginya oleh sekalian orang kafir tiada bagi Allah Ta'ala."

Maka berkata mereka kepada Nabi."Benar engkau"
Maka berkata mereka itu pula:"Apakah pahala bagi orang yang solat demikian dan segala solat yang disebut itu?

Maka berkata nabi saw:"Adapun sembahyang zohor maka ia waktu yang dinyalakan padanya api neraka jahannam,maka tiada daripada seorang mu'min sembahyang ia akan ini sembahyang melainkan mengharam Allah Ta'ala atasnya akan seksa neraka jahannam pada hari qiamat.
Maka ada pun sembahyang Ashar maka jika seorang mukmin yang sembahyang ia akan waktu itu maka akan terhapuslah dosanya seperti ia baru dilahirkan.Maka nabi berkata:
Firman Allah:Peliharalah oleh sekalian kamu atas segala sembahyang yang lima waktu dan sembahyang wustha iaitu ashar.Dan berdirilah oleh sekalian kamu atas ketaatan kepada Allah(Surah Al-Baqarah ;Ayat 238)

Dan adapun sembahyang margrib maka ia waktu yang diterima Allah akan taubat nabi Adam maka tiada daripada seorang mu'min yang bersembahyang pada ia waktu itu kemudian meminta ia akan Allah akan sesuatu melainkan memberi Allah akan dia apa yang dipinta.
Dan adapun sembahyang Isya bahawasanya ia satu kelam dan hari qiamat ia satu zulmah pula,maka tiada daripada seorang mu'min yang sembahyang ia akan waktu ini melainkan Allah mengharamkan keatasnya kan kelamnya neraka dan memberikan ia akan nur lalu diatas sirath.
Dan ada pun sembahyang subuh,maka tiada daripada seorang mu'min yang sembahyang ia akan dia atau 40 hari berjemaah melainkan allah memberi akan dia akan kelepasan daripada api neraka jahannam dan kelepasan yang kedua dari munafik.

Lalu berkata mereka:"Benar engkau"

Dan ingatlah akan firman Allah yang bermaksud:

PERINGATAN DAN ANCAMAN YANG BENAR

1 comments
FIRMAN ALLAH:
Ertinya:Maka bermulanya kebinasaan dan seksa neraka bagi sekalian orang yang sembahyang.Bermula mereka itu,iaitu yang lalai mereka itu daripada sembahyang mereka itu(surah al-maun ayat 4-5)


Begitu lah ancaman yang diberi terhadap kita yang melalaikan sembahyang dan menjadi kebiasaan dizaman ini sembahyang tidak menjadi sepenting pekara yang lain.
Ada saja acara duniawi yang boleh melalaikan kita semua sehingga pekara yang wajib kita anggap hanya sebagai pekara yang remeh,walhal semua itu akan dipersoalkan diakhirat kelak.


Dan telah berkata Syeikh Ahmad Hijazi dan ditentu akan ianya akan empat dengan sebutan,kerana adalah sekalian mereka ini beberapa daripada segala kafir.
1.  Barangsiapa meninggalkan ia akan sembahyang kerana urusan jual beli maka adalah ia berserta Ubai bin Khalaf.
2.  Dan jika ia meninggal kan sembahyang kerana urusan kerajaannya maka berserta lah ia bersama Firaun.
3.  Dan jika kerana hartanya maka tergolonglah ia dari kalangan Qarun.
4.  Dan jika kerana kemuliaan dan kemewahannya maka tergolong dan beserta Haman.


Dan telah berkata seorang lelaki dahulu kala bagi iblis:"Aku berkenan bahawa aku seakan engkau."Maka berkata iblis baginya."Tinggal oleh mu akan sembahyang dan jangan engkau bersumpah  melainkan dusta.


Dan tersebut pada hadith:
Berkata para malaikat orang yang meninggal sembahyang subuh itu zalim.
Orang yang meninggalkan sembahyang zuhur itu sentiasa dalam kerugiaan.Orang yang meninggalkan sembahyang asar itu adalah orang yang derhaka,orang yang meninggal sembahyang margrib  itu kafir dan orang yang meninggal sembahyang isya itu telah mensia-siakan sembahyang dan telah disia-sia akan dikau oleh Allah .


Dan dihikayat oleh nabi Isa alaihisalam telah lalu beliau atas satu kampung yang banyak air sungai yang dan pohon kayu yang banyak.Maka memulia akan nabi Isa akan penduduk kampung tersebut kerana tercengangnya beliau akan ketaatan penduduk kampung tersebut.
Tiga tahun kemudian nabi Isa lalu lagi dikampung tersebut dan dilihatnya segala pohon kayu dan sungai telah kering,maka tercengang lah nabi Isa yang kemudian mewahyu allah kepadanya,sesungguhnya telah lalu akan kampung ini akan seorang lelaki yang meninggalkan sembahyang ,maka telah membasuh muka ia pada air sungai tersebut maka jadi keringlah sungai dan pohon kayu dikampung tersebut.Binasa lah kampung itu atas sebab yang demikian.
"Hai Isa tatkala sembahyang itu ditinggalkan maka robohlah ugama dan nescaya adalah sebab robohnya juga dunia.


Dan Allah telah menurun didalam setengah daripada segala kitabnya yang bermaksud:
Bermula orang yang meninggalkan sembahyang  melainkan ia dilaknati dan ertinya ia dijauhkan dari rahmat Allah.Dan orang yang berjiran dengan dia jika ia redha dengan dia iapun dilaknati dan jika bukan aku ini hakim yang adil nescaya Aku berkata:Bermula tiap-tiap orang keluar  daripada anak-cucunya dilaknati akan dia sehingga hari kiamat."


Dan disebut pada hadith bahawasanya Jibril dan Mikail Alaihissalam berkata keduanya.
Telah berfirman Allah Ta'ala dalam hadith Qudsi
Ertinya:Barangsiapa meninggalkan ia akan sembahyang maka ia dilaknati akan dia didalam Taurat,Injil,Zabur dan Furqan.
Dan tersebut didalam hadith pula
Ertinya barangsiapa meninggalkan kan ia akan sembahyang nescaya bertemu ia akan Allah  padahal  bermula Allah iaitu sangat murka atasnya.


Dan memadai lah ayat atau hadith diatas ini sebagai peringatan dan nasihat bagi orang-orang yang meremeh dan meninggal kan sembahyang atau pun memadai bagi orang yang takutkan Allah SWT dan seksaannya yang tidak dapat dibayangkan betapa peritnya..
1 comments
Bagai samudera yang ganas
bersembunyi disebalik hembusan nafas
fikiran yang lelah
jasmani yang lemah mengatur seribu rencana
nafsu tetap memerintah

Bersama hati yang rawan
disimpul hasut dihamparan sujud fikrah yang kusut
jahat jiwa ini
mencipta dosa ..ya rabbii
ingkar dan berpaling
dera lah ia ya rabbi
pukullah dengan belantan takzirah mu


Biar ia tahu biar malu biar mahu berteleku
kaku dalam zikir
bersama dengus nafas
membolak balik nafsu
jaga kubuka mataku
melihat firmanmu
mengarah telinga menyimak peringatanmu


Aku ingin kelorongmu
iqamah disisimu
jangan lah kau buka pada bendungan
pintu-pintu yang kau cipta
agar terhunjam dalam sanubariku
arti sebenarnya mengenalimu

PUNCA SEGALA REZEKI DAN RAHMAT ALLAH

Monday 12 September 2011 1 comments
Kita manusia merasa bahawa semua orang kaya itu bahagia,semua orang yang wangnya melimpah ruah itu tenang jiwa..apabila datang bisikan bodoh kepada kita terdetik dihati alangkah bahagianya mereka itu..aku pun mau kaya seperti itu.mahu berjaya seperti itu..
Tapi kekayaan sebenarnya bukan diukur dari harta dan wang ringgit..semuanya dan yang paling bernilai apabila kita tahu bersyukur dengan apa pun yang kita miliki..
Dengan wang dan harta iman dan rahmat tidak dapat dibeli.pekara kemanisan iman dan ketaqwaan bukannya satu senda gurau,ia perlu kita cari kita semai dan kita jaga berpuluh-puluh tahun dengan berbagai ujian yang mendatang dan semuanya hanya dengan kurnia allah jua ia bertapak dihati kita.
 Apalah bahagianya jiwa yang tidak pernah merasa puas walau wang datang melimpah ruah jika dibanding dengan jiwa yang tahu bersyukur dalam keadaan apa pun iya.Tidak salah kita hidup senang dan kaya asal kita tahu bersyukur dan menggunakannya untuk kebajikan dan juga kepentingan orang yang lebih memerlukan.

Manusia itu berbagai ragamnya:contohnya yang telah disebutkan didalam al_quran yang mulia.Dinyatakan dengan jelas seperti berikut:
  • pertama, manusia itu LEMAH
    “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28
  • kedua, manusia itu MUDAH TERPERDAYA
    “Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Q.S Al-Infithar : 6)
  • ketiga, manusia itu LALAI
    “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (Q.S At-takaatsur 1)
  • keempat manusia itu PENAKUT /KHAWATIR
    “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S AL-BAQARAH-155)
  • kelima, manusia itu BERSEDIH HATI
    “Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Q.S Al Baqarah: 62)
  • keenam, manusia itu TERGESA-GESA
    Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)
  • ketujuh, manusia itu SUKA MEMBANTAH
    “Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (Q.S. an-Nahl 4)
  • kedepalan, manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN
    “Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S Yunus : 12)
  • “Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (Q.S al-Alaq : 6)
  • kesembilan, manusia itu PELUPA
    “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S AZ-Zumar : 8 )
  • kesepuluh, manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH
    “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)
  • “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat : 20)
  • “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)
  • kesebelas, manusia itu KIKIR
    “Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, karena takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Q.S. Al-Isra’ : 100)
  • keduabelas, manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT
    Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Q.S. Az-Zukhruf : 15)
  • sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (Q.S. al-’Aadiyaat : 6)
  • ketigabelas, manusia itu DZALIM dan BODOH
    “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (Q.S al-Ahzab: 72)
  • keempatbelas, manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA
    “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Q.S Yunus 36)
  • kelimabelas, manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN
    “Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Q.S al Hadid 72)
Demikian lah sifat kita manusia yang berulang-ulang kita lakukan dan sedikit pun kita tidak merasa malu kerana memiliki sifat-sifat tersebut malah kita tidak mahu mendidik diri agar menjauhi sifat yang dianggap tercela itu.Padahal didalam kitab kita diajar agar memiliki prinsip kekayaan.

Diantara prinsip kekayaaan ialah mencintai semua mahluk Allah.Memiliki kekayaan bathin atau rohani memberi,kerana semakin banyak memberi semakin banyak rahmatnya,saling menasihat-nasihati dan kerohanian atau ketaqwaan.
Yang paling akhir berkait dengan para malaikat yang ditugas menjaga kita didepan,dibelakang,dikiri dan dikanan kita dan kita sering mebuat malaikat yang disebelah kiri kita sibuk dan kurang pula kesibukan malaikat yang disebelah kanan..
Apa ruginya mulai saat ini kita tukar dan biar lah malaikat yang disebelah kanan kita pula yang semakin sibuk dan lebih lagi ia dapat membawa kebaikan kepada kita .Perhatikan kerana didalam kitab nya Al-imam Al-Ghazali mengatakan adapun ucapan yang mubah pun boleh menimbulkan empat pekara:
Menyibukkan pekerjaan para malaikat kerana semua perkataan yang diucap perlu dicatat.
Dengan begitu kita mengirimkan catatan yang tidak berguna kepada Allah swt.
Dan nanti ucapan itu dihari pembalasan akan kita baca sendiri pekara yang memalukan dan tidak berfaedah disaat huru-hara dan terputusnya nikmat dan dibaca pula  dihadapan Allah iaitu dihari kiamat.
Dan akan mendapat malu dari Rabbul Alamin kerana tiada alasan untuk ucapan dan ejekan yang tidak berfaedah malah mengundang bala dunia dan akhirat.Itulah yang dikaitkan dengan kerohaniah.
Melalui para malaikat yang bertugas juga disampaikan kurniaan Allah swt kepada Mahluknya berarti kita mendapat apa saja bentuk rahmat dan rezeki melalui tenaga alam semesta yang mempunyai tugas khas dengan izin Allah jua.Hendaknya kita selaraskan keyakinan kita kepada pencipta dan juga kehadiran para petugasnya kita hadiahkan dengan ucapan salam.
Mudahan-mudahan rahmat Allah itu dapat kita syukuri.

KENAPA KENING SAKIT

Saturday 10 September 2011 6 comments
Siapa yang tak pernah diserang migrain,hampir semua kita pernah mengalaminya selalu serangan migrain terjadi kerana tersalah makan atau pun lebih senang dikatakan alahan pada makanan laut atau ubat-ubatan.Pekara begini memang tidak dapat dinafikan.
Tapi apabila kedua kening kita terasa sakit itu  pun sering dikaitkan dengan migrain walhal tidak seratus peratus tanda sakit dikening berpunca dari tersalah makan  atau tersalah ubat-ubatan atau alahan.

Dan ada dikatakan salah satu tanda kematian menghampiri terdapat tanda sakit dibahagian kening tapi ia mesti berikut dengan tanda-tanda yang lain.Tidak semuanya dikaitkan dengan semudah itu.Dan tidak dapat diputuskan tanpa tanda yang lebih jelas.
Apapun sebagai manusia kita mengunakan akal dan kita harus sedar setiap penyakit rohani atau fizikal pasti berkait dengan dosa-dosa kita.Maaf aku suka sekali berfikiran begini dan ia lebih kutuju buat diri ku sendiri.
Kenapa tidak dan dosa-dosa selalunya suka bersembunyi dan akan menjelma diri sebagai hukum karma..Tiada berdaya kita menepis selain kita boleh dikatakan terpaksa menerimanya sebagai penghapus dosa atau menambah lagi dosa-dosa yang ada.Diantara kita redha dan bersabar dan sebaiknya elakkan diri dari berputusasa.

Apabila seseorang terlalu banyak rungutan terhadap anak-anak atau suami maka segala sendi mudah terasa ngilu terutama dibahagian kepala lutut dan aduan dari saudara mara tentang hal-hal sebegini sering kita terima.apapun sebab disebaliknya semuanya pasti berkait dengan dosa-dosa kita.Mustahil tidak bila kita marah otak kita pasti lebih active dan ini lah punca kesakitan bermula.
Kita cuma manusia biasa dan sentiasa melakukan kesilapan,begitu juga lah dengan masaalah kening yang sakit.bila ia menyerang seseorang pasti mengambil masa yang agak lama untuk hilang.
Sebenarnya kening dikaitkan dengan perasaan kerohaniah kita dan begitu juga dengan migrain kerana ia bermula dari rongga tulang belakang kita yang akan terasa sakit dan kita sentiasa merasa tidak selesa.
Kemudian terus keotak dan dari otak ia ketitik dua alis kita atau kening.
Disitu lah ia mula bekerja dan kesakitan ini timbul setiap kali kita cuba mendisiplinkan perasaan dan rohani kita..Kita cuba mendamaikan perasaan yang resah kerana semuanya bermula dari sikap kita yang lalai.Bila semuanya berlarutan maka ia akan menimbulkan tindak balas yang diluar jangkaan kita.Cuba kita perhati saja atau kita kita lihat jika seseorang tidak senang hati pada kita mungkin dia boleh berpura-pura senyum tapi perhatikan keningnya kerana ia lebih jelas dan terpapar di kedua-dua kening akan rasa dalamannya itu..dan pasti anda akan terlihat satu kelainan pada keningnya begitu juga jika kening kita kelihatan berubah dari asal atau agak pelik dimata kita dari hari hari yang biasanya ia seakan menandakan ada hal yang akan menimpa orang yang dekat atau pun anak atau ibubapa kita mungkin mempunyai masaalah kesihatan contohnya dan ia terjadi mungkin kerana hubungan kerohanian atau pertalian darah  diantara satu sama lain dan semuanya dengan kuasa Allah jua dan tidak mustahil jika tanda tandanya dapat kita lihat dengan mata hati kita.
Begitu juga lah dengan kedua kening yang sakit semuanya pasti ada penyebabnya dari perasaan kita.Selalunya dosa-dosa hati yang memainkan peranan,perasaan tidak puas hati,bersedih dan resah atau bingung menjadi punca segalanya.
Perasaan dan rohani yang bercelaru menyebabkan kita mengalami kesakitan yang amat sangat dan jalan yang terbaik hendaklah bertenang dan menyedari apa saja penyakit yang menimpa kita semuanya dari dosa dosa kita.Kerana itu kita harus sentiasa berdoa "Ya Allah jika penyakit ini kerana dosa-dosa ku aku bertaubat dan ampuni lah dosa-dosa ku.
Insya allah segalanya akan hilang tanpa kita sedari.