BALA YANG PALING BAHAYA

Sunday 31 July 2011 0 comments
Apabila kita dilahirkan didunia kita tidak tahu kehidupan yang bagaimana bakal kita tempuhi tapi Allah mencipta manusia sesempurnanya sebagai bekal kita didunia di anugerah pada kita garis panduan yang harus kita patuhi,tapi adakah kita mau mematuhinya,adakalanya kita ingkar maka natijahnya kita sendiri yang merasa.Apa yang akan dibicarakan disini ialah tentang bala.


Tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang suka kepada bala atau bencana,kerana bala itu sangat menyusahkan manusia,sebab itu manusia selalu merasa susah hati apabila didatangi bala,tapi tidak ada yang dapat mengelakkan nya,ada saja orang yang ditimpa bala, ada yang hanya sekali sekala ada yang kerap dan ada yang ringan maupun yang berat,yang terjadi pada keluarga,harta benda, kedudukan dan lain lain .Bala terbagi kepada dua.


Yang bersifat lahir,diantaranya sakit,hilang harta atau kedudukan,kematian keluarga tercinta,difitnah,dipermalukan bencana alam dan apa  saja  yang merujuk kepada keaadaan lahiriah.



Yang bersifat Rohani diantaranya melupakan ilmu yang telah dipelajari,hilangnya iman,atau iman semakin menurun,ilmu tidak diamalkan,hilangnya iman yang berhubung tentang aqidah.
Iman merosot kerana beberapa sebab diantaranya ada amal atau ibadat yang yang biasanya dikerjakan tapi diabaikan,membuat dosa baik yang kecil maupun besar.Dosa itu ada yang dari perbuatan zahir dan ada pula dosa batin.Seperti mengumpat,memfitnah,menghina, menghasut,hasad,tamak,bakhil,pemarah,mengadu domba berzina ,riba korupsi,mencuri,menipu,minum arak judi dan lain lain.

Maka yang paling bahaya ada lah bala yang bersifat Rohani kerana 
bala itu akan membawa kita keneraka,sedangkan yang bersifat hissi atau lahir jika dihadapi oleh hamba hamba yang beriman akan menguntungkan kerana akan menghapuskan dosa ataupun meningkatkan derajat disyurga.

Oleh sebab itu bala yang bersifat maknawi atau Rohani itu sangat dibenci dan wajip dijauhi dengan kata lain setiap dosa adalah bala.Sedangkan yang bersifat hissi atau lahir itu tidak sepatutnya dibenci kerana ia terjadi atas sebab sebab tertentu tapi tetap ada hikmah disebaliknya.

Yang peliknya ada segelintir masyarakat tidak menganggap bala rohani atau maknawi itu sebagai bala,malah ia dianggap sebagai satu hobi atau kesenangan rutin harian mereka hingga kan ia menjadi budaya mereka.Bayangkan lah apa yang akan terjadi,bahkan sudah terjadi dalam masyarakat kita dan kadang kala dalam rumah kita sendiri.Yang sudi membaca tentu dapat memikirkannya seketika,,jadi renung renungkan lah..


    Sifat Zuhud

    0 comments
    Dapatkah aku berzuhud dan membelakangi segala yang tidak penting supaya aku rihat didunia.Janji Allah sentiasa tepat andai ada bahagian ku didunia,maka yang demikian itu mesti sampai jua padaku.Akan tiba bahagian ku sedang aku dalam keadaan yang baik tapi pasti aku akan ditanya jua dibelakang hari jika aku memakannya sendirian  menurut hawa nafsu ku kerana ia adalah satu hijap hati ku akan terdinding dari tuhanku.

    Kerana orang mukmin itu tidak akan  makan kerana nafsunya dan mengikut kehendak nafsunya.tidak pada pakaian atau bersenang lenang,malah makan untuk menguat dirinya untuk mentaati Allah.

    Wahai diriku''jangan lah kau anggap  pekara ini mudah sekali,kau tidak akan dapat melepasinya.Ada Malaikat yang ditugas untuk mencatat perbuatan  mu yang Zahir dan Tuhan mu pula yang akan mengira perbuatan batinmu"
    Pasti aku akan menerima buku catatan ku yang tidak meninggal sedikit pun perbuatan jahat dan baikku.kemudian disuruh aku membaca semua sekali..alangkah malunya aku utuk membaca catatan jahat yang tercatit nanti,tapi itu lah aku ,bila ku bayangkan aku malu tapi malu itu tidak cukup untuk menyedarkan aku didunia ini,diakhirat semua orang akan membaca buku catatannya sendiri walau di dunia ini tidak tahu membaca dan menulis.kerana dunia itu tempat kebijaksanaan sedang akhirat pula tempat kekudratan.

    Jika kita mengingkarinya pun tetap saja anggota badan kita menjadi saksi kepada tuan badan sendiri.kita semua dicipta kerana pekara yang besar tapi kita semua tiada mengetahuinya.

    Allah S.W.T. berfirman'

    'Apakah kamu mengira bahawa kami mencipta kamu sia-sia,dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami?(AL MUKMINUN 115) 

    Aku sedar aku akan  dan pasti berhadapan dengan semua itu tapi tetap saja aku ini tidak berjaya menjadikan diriku agar bersifa Zuhud.
    "Ya Allah ya tuhanku semoga aku sentiasa mendapat pertunjuk untuk menuju kejalan yang kau redhai" Amin.

    ISLAM AGAMA FITRAH

    Saturday 30 July 2011 0 comments
     'Islam agama fitrah,(Dinul fitrah)fitrah tidak berfikir tetapi berperasaan,Fitrah hanya menampung ilmu tanpa berfikir.
                                  


     
                                 
                                  "Tidak ada agama untuk orang yang tidak berakal"

    Sesiapa yang sudah rosak akalnya tidak wajib atasnya untuk beragama,kerana islam berlandas atas fitrah bukan nya akal.Fitrah dan akal adalah sesuatu yang berbeza,harus kita ketahui fitrah lebih kuat daripada akal.Asas agama adalah fitrah.Datangnya wahyu untuk meluaskan,menjelaskan dan menghuraikan Agama.

    Fitrah dan agama tidak boleh dipisahkan tapi akal dan agama terpisah,oleh sebab itu bila orang yang tidak berakal maka dia tidak payah beragama.


    Akal ku boleh berbincang,kadang kadang tepat,kadang kadang meleset.Tetapi fitrah tidak berbincang,ia hanya menampung sahaja.Akal ku sering dan boleh berbohong tapi fitrah tidak,maka merujuk atau membangunkan fitrah digalakkan didalam islam.Suruh lah akal mu bertanya apakah fitrah.


    Ada segelintir manusia hanya merujuk pada akal dan menolak fitrah,bagi mereka ia hanya berlaku selama 3oo tahun selepas Rasulullah (s.a.w).
    Akhirnya lahir lah ahli-ahli Falsafah yang hanya menghidupkan akal,mereka ini disanjung dan dibesar-besarkan,walau pun mereka ini hanya tajam akalnya tapi fitrahnya belum tentu.Sedangkan orang yang tajam fitrahnya sudah tentu akalnya tajam.


    "Sebenarnya peranan akal hanya menyuluh,tapi bukan asas agama,Sikap akal yang kadang kadang menipu sebab itu kemampuanya terbatas;kadang terdapat apa yang dianggap logik oleh akal itu ternyata tidak logik.
    "contoh'Akal kita berpendapat Adil itu mesti sama rata,sama rasa..dan timbul soalan.  
    "Mengapa tuhan tidak adil ,kenapa tuhan ciptakan dia pandai dan aku bodoh? atau kenapa dia kaya aku miskin? dan berbagai lagi soalan serupa ini.
    Coba kita rujuk pada akal betul lah tuhan itu tidak adil,alangkah adilnya kalau tuhan cipta semuanya cantik,kaya atau pandai.Tapi jangan lupa bertanya pada fitrah.


    Katakan lah dunia ini kita kecilkan,,sepasang suami istri mempunyai 7 orang anak kembar.Dan ketujuh-tujuh anak itu menuntut keadilan dari ibubapa nya  mesti dilayan sama rata sama rasa dan serentak,jika nak mendukung maka harus ketujuh tujuh orang itu didukung sekali ,logikkah keadilan yang begini.Jika pula anak anak itu ada yang masih bayi dan ada yang remaja,maka logikkah pada akal untuk berlaku adil yang bayi didukung dan yang dewasa pun didukung.
    Yang benar benar lojik itu fitrah,kerana fitrah meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya.


    Satu contoh lagi tentang adil,Ada sesorang tua mempunyai anjing dan keldai,walaupun anjing tidur saja sangat dimanja tuanya,makanan sedap dan duduk pun dekat tuannya.Berlainan pula dengan keldai bekerja teruk tapi dilayan lebih kurang saja (tentu kalau keldai pandai berfikir ia akan menganggap tuannya tidak adil)ia kan bertanya apa puncanya tuannya begitu sayangkan anjing tapi kurang peduli dengannya.Suatu hari dia mengintai apa perbuatan anjing pada tuanya dan dia terlihat anjing itu nmenyondol-nyondolkan kepala dan bermanja-manjaan diriba tuannya. Maka suatu hari sikeldai pun meniru perbuatan anjing tersebut tapi malangnya ia membuat tuannya jatuh terjengkang,almaklum badan keldai tu besar dan berat,Apa yang terjadi bukannya makin disayang,malah tuannya berkata "buang tabiat keldai ni akhirnya keldai itu pun disembelihnya. 


    Iktibar dari kesah ini jika kita terlalu mengikut akal tanpa merujuk fitrah maka nasib kita akan berakhir seperti keldai.Kita akan dihukum didunia mau pun akhirat.Kerana adil itu pada tempatnya bukan sama rata dan sama rasa.


    Kalau fitrah itu yang berperanan maka hukum syara itu akan menyempurnakan lagi,tapi kalau fitrah sudah tidak dijadikan tempat rujuk,redha pun tidak ada maka adil pun tidak wujud.

    KATA KATA HIKMAH

    0 comments
     :Berkata setengah Hukama;

    "Barangsiapa yang disukai oleh nafsu maka ia akan tertawan dalam mencintai syahwatnya,terkungkung dalam penjara hawanya,,terpaksa dan terbelenggu kekangnya pada kekuasaannya,lantas ia akan menarik orang itu bagaimana kemauannya,sehingga hatinya terhalang dari berbuat kebaikan.
    Barangsiapa cinta kepada syahwat dunia maka hendak lah dia bersiap menuju kehinaan"

    Salam Ramadhan buat semua yang beragama Islam

    0 comments
    "Ramadan menjenguk lagi,menjadi tetamu kita selama sebulan..tiada bulan lebih ku nanti selain bulan Ramadan,sewaktu kecil aku tidak faham kenapa aku harus berpuasa dan setulus hati ku akui aku menjadi bingung setiap kali Ramadan menjenguk.Setelah Remaja aku semakin memahami tentang Ramadan tapi aku masih saja tidak merasa gembira kerana setiap kali dibulan Ramadan aku terpaksa bangun seawal jam 2 pagi bersama ibu dan kakak ku untuk menyediakan makanan sahur dan disebelah petang sekali lagi kami tidak dapat berehat kerana menyediakan makanan untuk berbuka puasa,Dan sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga seramai lima belas orang akan berbuka puasa bersama,bayangkan pinggan mangkuk yang akan dicuci.

    Tapi selepas mendirikan rumah tangga aku semakin suka pada kehadiran Ramadan mungkin kerana aku tinggal hanya berdua bersama suamiku dan sewaktu mengandung anak ku yang Sulung aku tetap menunaikan Puasa Ramadan penuh sebulan begitu juga dengan anak ku yang kedua.

    Dan setiap tahun pasti Ramadan akan menjenguk kini aku semakin rindu pada bulan Ramadan,semakin masa berlalu aku semakin mengerti kenapa dulu aku tidak menyukai kehadiran mu Ramadan,dan kini aku sentiasa menanti kehadiran mu kini aku siap merasa hiba setiap kali kau menjenguk kerana kemudianya pasti kau menghilang lagi aku merasa sedih sebab dulu aku tidak mengenali mu dengan nurani ku,kerana dulu dunia itu yang lebih bertahta dihati ku,,tapi kini aku sedar walau setiap tahun kau menjenguk kami tapi tidak semestinya kami dapat bertemu dengan mu melainkan Allah memberi kami kesempatan.. 

    Tidur yang nyenyak

    Thursday 28 July 2011 0 comments
    "Surah Al Baqarah-2-255.


    Ertinya,
    Allah,tidak ada tuhan melainkan dia yang maha hidup  dan maha terus menerus mengurus,tidak mengantuk tidak pula tidur..




    Memang tidak layak bagi Allah Maha Agung lagi Maha Suci itu bersifat mengantuk ataupun tertidur,akan tetapi hambanya(manusia) memang bersifat mengantuk dan kadang kala tertidur nyenyak.tetapi apa yang ingin dikatakan disini yang dimaksudkan mengantuk atau tertidur nyenyak dalam kontek lain iaitu lalai dari jalan haluan yang kerananya kita diciptakan iaitu beribadat kepada Allah.Sifat mengantuk dan lalai itu adalah sifat semula jadi keturunan Adam.
    Tapi hendak lah kita sedar kalau kita lalai hendaklah lalai itu jangan berterusan dan andai kita mengantuk tidur kita jangan lah terlalu nyenyak.


    "Sebenarnya barangsiapa ingat bahawa maut itu pasti datang dan hampir daripada apa yang kita jangka,dan barangsiapa yakin bahawa maut itu pasti datang maka bangun dan sedarkan diri,sebelum tertidur nyenyak kerana kalau sudah terlajak maka kita tidak akan ada kesempatan  untuk  bangun dan sedar melainkan setelah matahari kiamat sudah terbit meninggi diufuk







    Sifat berdakap tubuh.

    0 comments
    'Kira -kira 40 tahun berlalu dari zaman sahabat lahir lah "sekolah sekolah mahzab" ilmu Fiqah dalam mana jelas kelihatan suatu macam Harakah Daimah iaitu harakah yang berterusan disamping sikap bencikan perangai berdakap tubuh.Dalam hal ini seorang tokoh yang terkemuka ,iaitu imam Syafie mengambarkan sikap berdakap tubuh  atau berdiam membeku itu sama seperti air yang tidak mengalir.yang akan menjadi rosak ;beliau juga menegaskan bahawa singa akan terdedah kepada kemusnahan jika ia tidak bergerak mencari mangsanya,dan begitu juga panah kalau lah tidak kerana ia bergerak dari busar kesasarannya  nescaya ia tidak akan mengenainya.
    "Imam syafie mengambarkan sikap malas seolah-olah sama seperti matahari tetap disatu-satu tempat tanpa bergerak..dan imam Syafie bermadah'


    "Ku lihat air yang tidak mengalir,
    merosakkan dirinya sendiri
    Jika ia menyerap maka baiklah ia,
    tetapi jika tidak  rosak lah ia.
    Kalau lah singa itu tidak meninggalkan jerumun,
    nescaya ia tidak menangkap apa apa.
    Begitu juga panah ,jika  tidak meninggalkan busar,
    nescaya ia tidak mengenai sasarannya.
    Begitu lah pula dengan suria,
    Jika dia menetap diufuk selama-lamanya
    nescaya semua orang membencinya
    Dimerata dunia apatah lagi dinegeri Arab.

    "Kesimpulannya imam Syafie mara lebih jauh mengambarkan bencinya dia kepada perangai berdakap tubuh dan menunjukkan betapa sukanya beliau kepada kecergasan.

    Kerana seekor kucing

    Wednesday 27 July 2011 0 comments
    Bukan sesuatu yang mudah untuk menempuhi perjalanan hidup kita didunia ini.Berbagai masaalah yang harus kita tempuhi,mudah untuk kita berkata setiap rintangan yang kita hadapi itu akan mendewasakan kta dan menjadikan kita lebih matang,bagi ku tiap masaalah itu pun boleh membuat aku menjadi lemah dan cepat tua,mudah jatuh sakit dan kecewa..
    Sebagai manusia bagaimana mungkin aku  hendak lari dari apa saja yang telah tercatat menjadi tetamu kehidupan ku,semua kita tidak mau,tapi dari setiap masaalah punca nya semua bermula dari sikap kita sendiri'Allah tidak pernah zalim,itu yang benar.Kita sendiri yang menzalimi diri kita.
    Aku mempunyai masaalah sikap yang tidak pandai bersyukur walaupun aku seperti orang yang tahu bersyukur..Kalau berdoa selepas solat aku akan meminta apa saja yang baik untuk dunia dan akhirat.tapi kita tetap menyedari ada diantara doa kita terhijab,lantas hati ku pun berbisik..kenapa bertahun tahun doa yang sama tapi tetap tidak dimakbulkan.

    Suatu hari,sewaktu aku sedang membaca buku,ketenangan ku terganggu dengan kehadiran suara seekor kucing yang mengiau-ngiau dipintu dapur rumah ku.Lantas aku bangun menuju kedapur dan kucing itu tetap saja mengiau dengan nyaringnya.Aku terus memberinya makanan dengan spontan .seketika kucing itu diam tapi sebaik habis dia mengiau lagi,aku bingkas lagi dan memberinya tapi hati ku sedikit jengkel,kali ini pun dia diam,aku kembali keruang tamu dan menerus bacaan ku,tapi belum sempat aku menghabis sebaris ayat dia mula lagi..kali ini semakin nyaring suaranya.Disebabkan tidak tahan aku kedapur lagi tapi kali ini aku begitu marah,ku ambil sepenggal ikan dan ku campak jauh,jatuh diatas pasir,kucing itu bergegas hendak makan tapi malangnya ikan itu agak kotor .selepas makan kucng itu mengiau dengan lebih nyaring lagi..kali ini aku bukan marah lagi tapi dah lebih lantas ku sepak kucing itu dengan kuat,baru lah kucing itu beredar dari pintu dapurku.
    Tapi hati ku tersentuh selepas menyepaknya,seketika aku termenung dan berfikir ,biasanya tidak pernah ada kucing yang bersikap begitu .Ini lah pertama kalinya,ada apa gerangannya,lantas hatiku berbisik,begitu lah sikap mu dan Allah menunjuknya melalui seekor binatang,,tidak kau malu.
    Bagai terhiris hati ku dan begitu malunya aku,selama ini begitu lah sikap dalam memohon dan berdoa pada Allah.
    Akhirnya aku menyedari manusia memberi binatang makanan berbagai cara,adakala disuap,dilonggokkan tidak kira tempat itu bersih atau kotor,adakala diletak didalam bekas,adakala di lempar dimukanya..Begitu lah Allah memberi rezeki kepada kita mahluknya ada secara bersih.ada secara kotor,ada separuh bersih dan separuh kotor,ada secara terhormat,secara hina,ada secara rahmat dan ada secara istidraj.Semuanya mengikut sikap kita sendiri tapi kebanyakan manusia tidak sedar termasuk aku kecuali golongan yang mata hatinya terbuka..

    KHURAFAT-2

    0 comments
    Dan wanita kedua pula berkata;
    Suamiku pula tidak lah berani aku ceritakan mengenainya,aku takut jika menceritakannya  jika dia mengetahuinya pasti terjadi pekara tak diingini.Jika aku jelaskannya,ianya berarti aku mencabut urat leher dan pusatnya..

    Wanita ketiga pula berkata;Suamiku kurus tinggi ,perwatakannya tidak pula menarik.Jika aku berkata tentang kekurangannya pasti aku akan ditinggalnya,jika aku berdiam diri pasti aku akan digantung tak bertali.

    Wanita keempat pula berkata;
    "Suami ku bagaikan malam dinegara Thihamah,tidak panas dan tidak dingin.Tidak menakutkan dan tidak juga membosankan."

    "Wanita kelima pula berkata;
    "Suami ku apabila balik kerumah banyak tidur.Beliau tidak pernah menyoal sesuatu bukan miliknya"

    Wanita keenam pula berkata:
    "suami ku sangat pelahap diwaktu makan,minum dengan banyak tanpa berbaki.bila tidur ia akan berselimut bersendirian,tidak pernah ia menyentuh ku atau bertanya kesedihanku"

    wanita ketujuh pula berkata;"
    "Suami ku cepat letih,bodoh,pokoknya seluruh keaiban ada padanya .Ia akan mendera  mu jika engkau isterinya.

    Wanita kelapan pula berkata;
    "suami ku layanannya baik sekali dan badannya harum mewangi"

    Wanita kesembilan pula berkata;
    'Suamiku mempunyai kedudukan didalam masyarakat,seorang dermawan dan mempunyai teman-teman dari orang-orang yang berkedudukan.'

    Wanita kesepuluh pula berkata
    "Suamiku bernama Malik.Adakah kamu tahu siapa Malik itu.Ia mempunyai unta unta penuh dikandangan,yang bersedia untuk disembelih apabila gambus dimainkan"

    Wanita kesebelas pun berkata;
    'Suami ku bernama Abu Za'rin,siapakah dia Abu Za'rin itu?Beliau mengerak-gerakan  telinga ku yang sarat dengan perhiasan Lengan tangan ku gemuk berdaging.Beliau selalu mengembirakan aku,lalu aku selalu rasa bahagia bersamanya.Sebelum aku berkahwin dengannya aku tinggal di kalangan pengembala kambing yang miskin,kemudianya aku tinggal  dikalangan tuan punya kuda,unta dan ladang,jika berbicara tiada ucapan kasar ku padanya.Aku berpuas hati tidur dengannya hingga kesubuh.Tahu kah kamu ibu kepada Abu Za'rin.Beliau seorang wanita kaya,dewan makannya besar dan rumahnya bagaikan gedung,anak lelakinya Abu Za'rin,tempat tidurnya mewah sekali dan makanannya sepotong paha anak kambing,manakala anak perempuan Abu Za'rin pula tubuhnya gemuk dan sendat pakaiannya.Mengenai budak suruhan Abu Za'rin pula ,ia jujur dan amanah tidak pernah menceritakan pada orang lain tentang perbualan kami.Beliau tidak pernah  memberikan makanan kami pada orang lain dan tidak pernah membawa balik tetamu kerumah kami.

    Pada suatu hari,Abu Za'rin keluar bermusafir sedangkan pada masa itu susu unta dan kambing melimpah.Dalam perjalanan beliau telah bertemu dengan seorang wanita janda beranak dua.Anaknya cergas bagaikan harimau.Abu Za'rin telah menceraikan aku dan berkahwin dengan wanita itu.
    Aku pula berkahwin dengan seorang lelaki bangsawan dan penunggang kuda yang cekap.Pada waktu siang beliau akan membawa unta unta  yang banyak pada ku dan menyuruh ku makan dan memberikan keluargaku makanan.Walau pun begitu,jika dibanding kan kebaikan suami baru ku itu dengan Abu Za'rin,tiada tolak bandingnya dengan Abu Za'rin.

    "Aisyah berkata;"Rasulullah (s.a.w.) pun bersabda kepadaku; "Aku disampingmu bagaikan Abu Za'rin disamping isterinya Ummu Zarin' Rasulullah bersabda;sedang kan aku tidak menceraikanmu."Aisyah berkata ,"Wahai Rasulullah,engkau lebih baik dari Abu Za'rin.

    "Apakah yang anda dapat fahami dari cerita kesebelas wanita tersebut?..

    Cerita Khurafat

    Monday 25 July 2011 0 comments
    Aisyah(r.anha) meriwayatkan bahawa
    "Pada suatu malam,ketika Rasulullah (s.a.w) menceritakan suatu kisah kepada isteri-isteri baginda mereka semua kagaum dan mengatakan bahawa kisah itu seperti cerita khurafah.Baginda kemudianya bertanya mereka tahukah mereka tentang cerita sebenar mengenai khurafah,


    Khurafah adalah seorang daripada Banu Uzrah,satu kaum di Yaman.Satu ketika dia telah dicolek oleh jin-jin dan menyembunyikannya selama beberapa tahun,Apabila mereka mengembalikannya semula kepada manusia,maka berceritalah khurafah mengenai perkara dan tatacara makan dan minum mereka dan lain-lain lagi kepada orang ramai.Orang ramai hairan dan kagum dengan cerita;-cerita ini lalu mereka pun menggelar cerita cerita yang mengharumkan begini sebagai cerita cerita khurafah..


    Catatan
    Mungkin lah namanya khurafah atau kerana cerita ceritanya dianggap khayalan,maka dia digelar khurafah..yang ada juga dihari ini orang menyebut khurafat.


    Jin sangat berkuasa sebelum kedatangan islam.Mereka sering mengacau manusia,wanita-wanita dicolek untuk maksud tertentu mereka.Beberapa cerita mengenai jin-jin menangis ditempat kelahiran Nabi masih wujud didalam kitab-kitab.Allamah al sayuti dapat mencatatkan beberapa kisah begini di dalam kitab Khasais Kubra.Golongan jin begitu kuat sehingga mereka dapat terbang mencapai langit untuk mencuri percakapan-percakapan yang terjadi disana.Tetapi selepas Rasulullah (s.a.w) kuasa mereka menjadi lemah dan berkurangan.


    Didalam Hadis Ummi Zur;a sebelas orang wanita telah bersumpah untuk duduk menceritakan secara benar akan sifat-sifat yang baik dan buruk tentang suami mereka.Tetapi tidak ada sesiapa pun yang tahu atau kenal wanita-wanita dan suami-suami mereka.Maka dapatlah diketahui daripada sini tanpa mengenali atau menyebut nama tidak lah dilarang untuk menceritakan sesuatu pekara.


    Sebelas orang wanita duduk-duduk tanpa mengenali sesamanya,lantas  mereka berjanji setia tidak akan menyembunyikan akan perilaku suami masing-masing dari dibicarakan sesama mereka..


    Wanita yang pertama berkata;
    Suamiku bagaikan daging unta yang kurus tinggal dipuncak gunung-ganang yang berbatu-batu.Unta itu tidak berada diatas tanah datar sehingga ia dijemput supaya pulang,begitu juga ia tidak mempunyai badan yang gemuk sehinggakan orang tertarik hati untuk mengambilnya.


    Cuba anda renung dan komen apakah sifat suami wanita ini?   

    DOA KU PADA MU

    0 comments
    Ya Allah
    Aku tidak kira apa yang berlaku padaku
    miskin,kaya,sakit,sihat
    yang penting adalah redhamu
    redhamu padaku amat mahal sekali
    kerana mahalnya redhamu aku meminta selalu
    disetiap hembusan nafasku
    disetiap langkah dan gerak ku 
    disetiap kehidupan ku
    aku tidak peduli
    walaupun aku miskin aku tetap rasa kaya dan bahagia
    jika redha mu bersamaku
    apalah artinya aku kaya jika kau murka padaku
    segaka-galanya tidak bernilai
    ya allah..anugerah lah redha mu padaku
    jangan lah aku beramal mencari pahala
    inginkan fadhilat atau kerana syurga
    anugerahkan lah padaku
    beramal ibadat kerana mu
    jangan lah aku bersedekah kerana takut miskin
    tapi anugerah lah padaku
    beramal ibadat keranamu
    ya allah kurnialah padaku ilmu dan hikmah
    tunjukkan pada ku jalan menuju redhamu
    didalam hidupku,disaat kau menjemputku
    diwaktu sakaratul maut mendatangiku
    diwaktu pengendalian jenazahku
    dialam barzak ku
    dan hanya dengan redhamu
    dapat ku  melihatmu..

    TANYA DIRI KENALI DIRI

    0 comments
    Pernahkah kita bersedih tertingggal sembahyang?
    Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya?
    Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang?
    Pernahkah kita risau hati lalai didalam sembahyang?
    Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadap Tuhan?
    Jawapnya ada pada diri sendiri
    setiap orang boleh menilai dirinya
    Tanyalah diri kita akan dapat jawapannya
    Bila dapat jawapannya engkau akan mengenali diri engkau
    Bila engkau kenal diri engkau
    Engkau kenal siapa engkau 
    Kalau engkau kenal diri engkau
    Engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain
    Yang tidak disebut kita fikirkan
    Tentu kita juga dapat jawapannya
    Jika kita mahu menilai diri sendiri
    Lebih-lebih lagi jika kita hendak membaiki diri
    Tapi mahukah kita mengikut jalan ini?


    Peranan sembahyang

    Sunday 24 July 2011 0 comments
    Setelah kita mengkaji,menganalisa disudut ilmu yang ada hubungannya dengan sembahyang,sama ada dari segi lahir maupun batin, yang ada kaitannya dengan jasmani,maupun maknawi,rohani,zikir dan doa dan lain-lain.Logik bahawa setakat atas dasar ilmu sahajapun terasa benar,agung dan hebat.Itu belum lagi siapa yang Allah ta'ala anugerahkan yang da benar benar hayati sembahyang itu,dia jiwai,merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hatinya,mendapat ilmu didalam sembahyang,seluruh bacaan itu membangun jiwanya dan mentalnya,dia bermusafir dengan sembahyangnya,lebih lagi lah terasa Mbenar bahawa sembahyang itu sungguh agung,maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayati itulah akan melahirka hamba Allah seperti berikut.
    1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung
    2. Akan melahirkan peribadi yang kuat iman
    3. Akan melahirkan peribadi yang baik akhlaknya kepada Allah atau sesama mahluk.
    4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya untuk dunia dan akhirat
    5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya terhadap mazmumah.
    6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya daripada maksiat dan kemungkaran
    7. Akan  melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.
    Gabungan individu ini akan lahirlah satu bangsa yang agung,agung keyakinannya ,agung imannya,agung akhlaknya,agung kebudayaanya dan agung disiplinnya.Dan Allah ta'ala akan jadikan bangsa lain tunduk kepadanya kerana ia telah dinaungi oleh Allah ta;ala yang maha agung.Kerana kesannya daripada didikan sembahyang yang agung itu.Begitulah peranan sembahyang. 

    Banyak yang kita tahu tapi tak tahu rahsianya

    0 comments
    1. Diantara cara mendidik manusia menjadi baik kenalah usaha menyakit nafsunya..
    2. Seorang muslim mati bersama sakit zahirnya;penghapusan dosa atau mendapat darjat disyurga.Tapi kalau dia mati bersama penyakit hatinya akan keneraka.
    3. Manusia yang berpenyakit lahir(fizknya) dia boleh merosakkan anggota manusia sahaja tapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada didunia atau banyak pekara yang akan dirosaknya.
    4. Sesuatu pekara atau benda yang kita suka sangat sukar untuk kita mentakbir atau mengurusnya.Biasanya selalu saja kita melakukan kesalahan untuk mengendalikannya.
    5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya ,lantaran itulah ada orang yang menceritakan penyakit sombong,masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.
    6. Mendidik manusia secara tidak formal dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmi dan teorinya.
    7. Ramai manusia di rosakkan oleh mahlkuk yang paling bodoh kerana tidak menggunakan akal dan tidak berpendidikan bahkan orang paling pandai pun dirosakkan olh duit dan harta.
    8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu mereka akan menguasai manusia lain.Tapi banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini.Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tapi kerosakannya terlalu banyak.
    9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang,orang yang memiliki Allah jiwanya tenangJusteru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri,ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Iman.
    10. Orang yang membunuh diri sendiri lebih besar dosanya darri membunuh orang lain.
    11. Kehidupan manusia didunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya iaitu iman dan taqwa.Nanti akan berlakulah pemimpin yang akan menaungi dan menegakkan keadilan,orang kaya akan pemurah,orang miskin sabar,orang berilmu mendidik,ulama-ulama akan memberi nasihat dan mendidik,pemuda pemudi akan menyumbang tenaga.Semua manusia bermaruah dan bersifat malu.Setiap orang akan mengutamakan orang lain.
    12. Seorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan dirinya pada tempatnya.
    13. Telah menjadi tabiat semulajadi menusia setiap orang suka kan keamanan,kasih sayang,simpati,dibantu,dihormati dan tidak diganggu.Tapi manusia itu lupa ada kalanya bahkan lumrah berlaku pekara yang dia tidak suka itu disebabkan dari dirinya sendiri.Jika berlaku sesuatu pekara yang menyusahkan kita,orang tidak akan ambil peduli atau tidak bersimpati,jadi sikap itulah ada kalanya mengundang bala atau kesusahan .

    Menyelidiki cacat-cacat(aib) diri sendiri

    Thursday 21 July 2011 0 comments
    Tiap-tiap orang takut untuk mengetahui akan kelemahan dirinya sendiri.Sebagai manusia kita tidak ingin kerendahan,yang kita ingin kan segala yang indah dan kemuliaan dan jarang kita sendiri tahu akan aib kita sendiri;
    Berkata Jalinus At-Thabib;'kerana segala manusia cinta akan dirinya,tersembunyilah baginya aib dirinya itu.Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.Kecil dipandangnya walaupun bagaimana besarnya,'
    Jalinus menunjukkan jalan,supaya kita tahu akan kelemahan dan aib sendiri.Iaitu pilih lah seorang taulan yang setia,yang sanggup menasihati jika kita berbuat perbuatan tercela.Teman yang tidak mau menyatakan aib kita yang hanya memuji dan menyanjung kita bukanlah sahabat yang setia.
    Seorang Hakim berkata;'Temanmu ialah yang berkata benar dengan engkau,bukan yang membenar-benarkan engkau.Memang jika pekerjaan kita dicela dan perbuatan kita mendapat   cacian,kita merasa sedih, marah dan sakit hati sekali.Tabat kita manusia cintakan diri sendiri.Tapi lebih baik kita mencela diri sendiri sebelum dicela orang lain.
    Tidak ada yang tidak berguna dialam ini,demikian ujar budiman;Musuh yang sejahat-jahatnya ada juga faedahnya.Kerana musuh itupun tahu benar akan cela dan kekurangan kita,akan disiarnya aib dan kekurangan kita itu kemana-mana,sebab itu jangan lah enggan mendengar celaan musuh.
    Manusia yang budiman akan dapat mengambil manfaat dari musuh-musuhnya."
    Hendak tahu dibaik orang,
    tanyakan kepada kawannya.
    Hendak tahu dihina orang,
    tanyakan kepada lawannya.
    Jika kita melihat orang lan tersesat,lekas lah mencela diri kita sendiri dan berlindung lah kepada Tuhan,dan jangan lekas mengata orang.Mohon lah supaya ditetapkan didalam taat,kerana kita pun  tidak tahu bagaimana agaknya perjalanan hidup kita nanti."
    Kata Al-Kindi juga;Jangan meniru perangai lampu,menerangi orang lain tetapi diri sendiri terbakar.Tetapi contohilah perangai bulan,tiap-tiap kali bertentangan dengan matahari, ia mendapat cahaya baru..
    Maka mari kita renung renungkan.

    Hati ku yang beku.

    Wednesday 20 July 2011 0 comments
    Wahai diriku,,sungguh. sifat ku tingkah laku ku mendatangkan malu pada akal ku,Bagai kan aku lupa siapa penciptaku.Benar benar aku seperti seorang musafir yang tidak tahu membawa diri dimuka bumi ini.Aku bukannya siapa-siapa andai aku sedar semua itu..Sungguh memalukan.Keinginan orang yang beragama ialah agar mereka mengetahui dan menyedari keaiban diri mereka dengan perantaraan peringatan orang lain.Tapi pekara yg tidak ku suka ialah orang yang memberitahu akan aib-aib diriku.Dan bila aku berkeadaan demikian hampir merupakan cetusan daripada kelemahan iman.Sebab akhlak-akhlak jahat itu sepantun ular dan kalajengking yang menyengat dan berbisa.Andaikata ada orang yang mengingat kan aku dalam pakaian ku ada binatang berbisa  tentu aku akan patuh dan berterimakasih atas peringatan tersebut
    Aku gembira dengan peringatan tersebut lantas aku memusatkan perhatian ku untuk menghalau atau membunuh binatang tersebut padahal serangannya hanya pada badan dan sakitnya pada ketika itu dan hari berikutnya.
    Sedangkan ya Allah serangan budi rendah pada isi hati ku lebih berbahaya,apabila ia selamanya atau beribu-ribu tahun sesudah mati.Aku disibukkan pleh permusuhan tanpa mau mengambil manfaat dari kebaikannya.Pasti aku akan berkata "engkau juga berbuat begini dan begitu.Keadaan ku itu sama dengan kebekuan hati  yang disebab oleh banyaknya dosa..Pokok pangkal semuanya itu dari lemahnya iman.

    Ya Allah, aku mohon pertunjuk mu agar aku diberi ilham pertunjuk mu,andai diperlihat akan segala aib dan cacat celanya sikap ku kurnia kan lah ketekunan pada diri ku untuk mengubati aib-aib itu dan kurnia kan pada ku sifat untuk bertermakasih pada sesiapa saja yang menasihati dan memperingati aku akan kejahatan yang kulakukan dengan anugerah dan keutamaan mu.Amin ya Allah.

    Benarkah demikian.

    Tuesday 19 July 2011 0 comments


    Pada suatu hari seorang Failasauf berjalan disuatu jalan yang sibuk.Tiba tiba sedang dia menekur-nekur memikirkan keadaan hidup manusia ,dia terlanggar seorang tukang sapu jalan.

    ‘Hai orang pengangguran! Kerja apa tuan didunia ini,makanya tuan berjalan termanggu-manggu?Sehingga telah tertumbuk saya kehidung tuan,namun tuan tidak juga sadar?
    Demikian  pertanyaan tukang sapu jalan.
    Saya seorang failasauf,saya termanggu-manggu memikirkan kehidupan  Bani Insan,’jawap failasauf itu.
    Kasihan,…..kasihan,….;itulah saja pekerjaan tuan?’
    Si Failasauf kasihan melihat nasib tukang sapu,dan tukang sapu lebih kasihan melihat si Failasauf.Sebab biasanya,orang yang mengangkat mayat tertawa bila bertemu dengan orang yang mengarak pengantin. Dan orang yang mengarak pengantin bersedih bila bertemu dengan orang yang membawa mayat.
    Orang gila merasa senang didalam kegilaannya.Orang bodoh kerap mencela orang pintar,sebab mereka pintar.Apakah yang dikerja oleh orang –orang pintar itu?Padahal semuanya bersusah payah menghabiskan tempoh dan umur.
    Adakah orang berakal mempunyai keinginan hendak bernasib sepeti orang orang yang pintar atau bodoh .Kalau benar ia satu keberuntungan?
    Tidak ada yang mau? Alhamdulillah!
    Sehingga beberapa Failasauf  Islam bersoal-jawap,bilakah orang merasai kelazatan dalam hidupnya?Sesudah kerjanya berhasil atau sebelumnya?
    Benarkah demikian???..

    Maharaja Iskandar Zulqarnain

    0 comments
    Seketika Maharaja Iskandar Zulqarnain akan menghembuskan nafasnya yg penghabisan,setelah menahlukkan negeri-negeri Persia dan India,setelah dirasakannya bahawa telah sampai waktunya kembali ke akhirat,maka maharaja yang muda itu mengumpulkan orang-orang besarnya dan berkata;
    Bilamana aku mangkat,maka letakkan lah mayat ku  didalam peti,lalukan ke negeri Persia dan Mesir dan kesegenap jajahan yang telah aku tahlukkan.Dari dalam peti hendaklah ulurkan kedua belah tangan ku yang kosong,supaya semua orang tahu bahawa Raja Iskandar yang dulunya begitu berkuasa,walau bagaimana kuasa sekalipun,namun dia kembali keakhirat dengan tangan kosong jua.Dan jika keluarga ku ingin meratapi aku jangan lah dilarang Cuma suruh saja dua orang yang akan jadi temannya,iaitu orang yang tidak akan mati selama-lamanya dan orang yang tidak pernah  keluarganya ditimpa kematian,kalau kedua itu telah ada sila kan mereka meratapi ku.

    OBAT DUKACITA

    Monday 18 July 2011 1 comments
    Dukacita,ialah penyakit yang timbul lantaran terlalu banyak yang dihindari. Tetapi setiap yg kita hindari mesti bertemu juga selama kita hidup. Ianya terjadi dlm berbagai keaadaan pada setiap manusia.Sebab timbul dukacita itu.kerana terlalu besar sekali mementingkan keperluan jasmani.dan tidak terbatas syawat,sehingga timbul kepercayaan bahawa kita tidak mau betemu atau menerima setiap pekara yang kita hindari atau tidak suka.Padahal kalau manusia itu telah tenteram hatinya pasti ia akam menyedari apa yang menyebabkan ia berdukacita itu hanya pekara kecil atau dapat diatasi.Andai manusia yg serba cukup dlm segalanya berdukacita juga itu tandnya kurang akal ,kurang budi dan kurang iman.Timbulnya penyakit dukacita lantaran menyedari keberuntungan yang telah berlalu,atau takut menghadapi bahaya yang akan datang,atau memikirkan apa yang kita miliki sekarang ini masih belum sempurna.

    Kalau manusia berdukacita memikirkan keberuntungan yang telah berlalu maka semua itu tidak berfaedah sama sekali.sedangkan masa dua minit yg lalu walau kita kejar dengan mesin canggih diabad ini tidaklah dapat di kejar kembali.Mengobat dukacita itu tidak lain hanya dengan menjaga yang kita miliki sekarang.Jangan lantaran meratapi nikmat yang telah hilang kita lupa akan nikmat yang ada.

    Dalam pepatah ada tersebut; "Kalau ada jangan harap.kalau hilang jangan lah cemas.
    Diwaktu nikmat membanjir,hendaklah disyukuri,letakkan ditempatnya bahawa semua ini hanya pinjaman..Kalau hal itu masih tidak dapat diatasi dalam apa keaadaan pun kembali  lah dan tunduklah kepada tuhan yang mencipta kita.serahlah diri kita pada nya kerana hanya allah yg maha menetahui segalanya.