Asal usul Syaitan

Tuesday 18 December 2012 0 comments

Terdapat tiga makhluk Allah yang setiap satu darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza.
Diantara tiga makluk ini,manusia dicipta oleh Allah swt selepas dicipta malaikat dan jin.Allah berfirman;
     "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.Dan jin pula,kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap keliang bulu roma .Dan ingatkan lah peristiwa ketika tuhan mu berfirman kepada malaikat;"Sesungguhnya aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,yang berasal dari tanah yang kental yang berubah,"(al Hijr 15;26-28)
 Dan dari firman Allah membuktikan dan merupakan penjelasan  tentang siapa diantaranya yang terlebih dahulu diciptakan.

1.Malaikat dicipta dari cahaya
2.Jin dicipta dari api
3.Manusia dari Tanah.

Jin bahan asas untuk ciptaannya ialah api dan disebut didalam surah al-hijr,ayat 27 menerangkan ia dicipta dari......."angin yang panas"
Diantara ketiganya syaitan dari jenis makhluk jin dan sebagaimana Allah swt menjelaskan dalam firmannya:Dan ingatkanlah peristiwa ketika  berfirman kepada Malaikat; "Sujudlah kamu kepada Adam".lalu mereka sujud melainkan Iblis:
Iblis: ia adalah dari golongan jin.(kahf 18-50); 

Yang dimaksudkan dari golongan jin kerana bahan asas ciptaan makhluk ini dari bahan yang sama iaitu api.
Adapun Iblis,ia adalah dari salah satu nama syaitan,dan tidak terdapat pertunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang menjadi ketua.
Allah dan Rasul mendiamkan persoalan ini;"Siapakah Iblis",berarti ia bukan persoalan yang penting untuk dihurai yang pentingnya kita tahu Iblis  dan syaitan itu saling berkait dan terdapat perkaitan antara iblis dan syaitan dan dapat dilihat pada ayat berikut,setelah iblis enggan sujud kepada Adam:

Allah swt berfirman kepada Iblis "Pergilah lakukanlah apa yang engkau rancangkan!kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka,maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan kamu semua,sebagai balasan yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahkanlah penyokong penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka:dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak mereka dan janjikan lah mereka dengan janji-janjimu,padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata (al-Isra"17;63-64).

Iblis berkata;"wahai tuhan ku!Jika demikian,berilah tempuh kepadaku hingga kehari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat)"Allah berfirman; "dengan permohonan mu itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempuh.Hingga kehari masa yang termaklum.

Iblis berkata;'wahai tuhanku !kerana engkau telah menjadikan daku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan memperindahkan segala jenis kemungkaran kepada Adam dan zuriatnya didunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.kecuali hamba-hamba mu diantara mereka yang ikhlas. (al-Hijr 15;36-40)

Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain;
"kecuali hamba-hamba mu diantara mereka yang ikhlas.
Maka setelah rahsia ini dibuka oleh iblis ,rahsia untu melawan syaitan ialah ikhlas dalam beragama.Biar semuanya kerana Allah.

Dan mengenai jin yang tergolong  dengan iblis kerana mereka dicipta dari api,ada pun jin dalam surah Al- Jin ayat 11 (Di antara kami ada Jin yang soleh dan ada pula yang tidak demikian.
 dan didalam surah Al-Jin ayat 14 ayat yang berbunyi(Diantara kami ada yang muslim,namun ada jua yang menyimpang dari kebenaran,siapa pun yang berserah diri kepada Allah,dialah yang mendapat jalan yang lurus dan benar.
Tetapi jin yang menyimpang dari kebenaran bakal jadi bahan Neraka Jahannam.(S. al-jin 14-15)

Dan ayat yang membuktikan ada jin kafir dan ada yang mukmin.
Katakanlah Muhammaad,"Diwahyukan kepadaku  bahawa sekumpulan jin telah mendengar al-Quran dan berkata;"kami telah mendengar al-quran yang sangat menakjubkan,yang membawa kejalan yang lurus maka kami pun beriman kepadanya dan kami tidak mungkin mempersekutukan Tuhan kami dengan sesuatu.
Sesungguhnya Tuhan kami maha tinggi dan maha agung ,dia tidak beristeri dan tidak pula berputera"(Surah AL- Jin ayat 1-3)

Nabi ISA AL-MASIH

0 comments
Terdapat satu kaum yang mana mereka ini berpendapat dengan turunnya Nabi Isa,maka taklif sudah tidak ada sehingga Nabi Isa tidak lagi menjadi rasul untuk penduduk Zaman itu yang memerintah dan melarang mereka berdasarkan pada perintah Allah.Ada pun pendapat seperti itu  ditolak berdasarkan dari hadith Abu Hurairah yang disebutkan berdasarkan Firman allah;
                    "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki diantara kamu,tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi.
Rasulullah bersabda,Tidak ada nabi setelahku dan sabda baginda"ana al-aaqib"maksudnya adalah beliau nabi terakhir dan penutup.
Dan sudah jelas jika demikian tidak boleh dianggap bahawa Isa akan turun sebagai nabi dengan membawa syariat baru selain syariat nabi Muhammad s.a.w ,bahkan Isa jika turun dia akan menjadi salah seorang pengikut Muhammad sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w saat beliau berkata kepada Umar;"Bahkan jika Musa turun kembali,dia tidak lain tetapi akan menjadi pengikutku."   

Abu Zubair meriwayatkan bahawa dia pernah mendengar daripada Jabir bin Abdullah,dia berkata:Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Akan sentiasa ada segolongan daripada umatku yang berjuang membela kebenaran dengan memperoleh pertolongan hingga datangnya hari kiamat;"Kemudian beliau berkata lagi;"Kemudianturun Isa putera Maryam,lalu pemimpin mereka berkata(kepada Isa)"Silakan engkau solat mengimami kami! Isa menjawap,Tiada perlu,sesungguhnya sebahagian kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain,sebagai penghormatan daripada Allah bagi umat ini."

Sudah jelas turunnya Isa tidak lain hanya untuk menetapkan dan mengakui syariaat Nabi Muhammad saw dan sebagai pembaharu baginya.
Isa akan menjadi penguasa yang adil,dan tidak ada lagi kekuasaan ,imam ,hakim atau mufti bagi kaum muslimin ketika itu.Kerana bersamaan turunnya Isa ,Allah telah menarik seluruh ilmu sehingga manusia kekosongan tanpa ilmu.
Isa turun setelah lengkap pengetahuannya tentang syariat nabi Muhammad saw semenjak berada dimana Allah menetapkannya sebelum turun kedunia dengan izin Allah.Adapun supaya mudah baginya menegakkan syariat dan mengamalkanya dalam dirinya dan dikalangan manusia.

Antara hikmah diturunkan Isa kembali kerana ajalnya telah dekat bukan dalam rangka membunuh dajjal,ini kerana makhluk yang diciptakan dari tanah tidak akan meninggal dilangit.
Allah berfirman.
"Dari bumi (tanah) itu lah kami menjadikan kamu dan kepadanya kamu akan kembali.Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain>"

Dan Allah menurunkan Isa untuk menetap dibumi selama beberapa waktu agar tahu siapa yang kan mengikutinya.Kemudian Allah akan mewafatkannya dan kaum muslimin akan mengurusi jenazahnya,menyolatkannya dan lalu menguburkan nya ditempat kubur para Nabi dan kubur Ibunya Maryam,iaitu ditanah yang suci.
Dan disaat penurunan Isa bersama dengan turunnya Dajjal di pintu Ladd.
Ada pun fitnah dan kehancuran dajjal telah sampai diperingkat ia mengakui dirinya sebagai Tuhan dan tiada siapa pun dari kaum mukminin yang mampu membunuhnya.
Kerana telah ditetapkan hanya Isa yang berhak dan mampu menghadapi dajjal dan membunuhnya.

Inilah dikata Isa termasuk orang-orang yang terpilih,kerana Allah telah pun menurunkan kitabnya serta Allah telah menjadikan Ibunya sebagai tanda-tanda kekuasaannya berdasarkan hal itu Isa turun,bukan sengaja diturunkan untuk membunuh Dajjal Laknatullah.

Didalam Injil beliau nabi Isa banyak mengetahui tentang umat Muhammad .Allah berfirman;
  "Demikian lah sifat-sifat mareka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil."

Dan Isa berdoa kepada allah agar menjadikannya salah seorang umat Muhammad s.a.w.
Akhirnya doanya dikabulkan dan diangkat Isa sampai kelangit dan sampai saat diturunkan kembali pada akhir zaman,sebagai pembaharuan apa yang dipelajarinya tentang agama Islam ,dan bersama keluarnya dajjal dan akhirnya dajjal dibunuh oleh Nabi Isa.

HUKUM BERSUCI

Friday 14 December 2012 0 comments

Daripada Umar bin Al- Khathab berkata ia:
"Telah aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda  :"Hanyasanya segala amal itu dengan niat dan bagi tiap-tiap barang apa yang di niatnya.
Maka barang siapa ada perpindahannya kepada Allah dan Rasulnya,maka perpindahannya adalah untuk Allah dan Rasulnya.
Dan barangsiapa ada perpindahannya kerana dunia yang mendapatkan ia akan dia atau perempuan ;yang dinikahnya akan dia maka perpindahannya kepada barang-barang yang berpindah kepadanya(."Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

BAB THAHARAH
TIADA DITERIMA SEMBAHYANG DENGAN KETIADAAN SUCI
DARIPADA RASULULLAH SAW SABDANYA;
"TIADA DITERIMA SEMBAHYANG DENGAN KETIADAAN BERSUCI,DAN TIADA SEDEKAH DARIPADA PERBUATAN KHIANAT'(AISYAH WA AHSAN)

BERMULA SEGALA BAB BERSUCI INILAH DARIPADA RASULULLAH SAW IAITU BERMULA MAKNA 'THAHARAH ITU PADA LUGHAH IALAH SUCI DAN BSERSIH.

KELEBIHAN BERSUCI
;
"DIRIWAYATKAN DARIPADA ABI HURAIRAH,KATANYA;TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW;'APBILA MENGMBIL WUDHUK SEORANG HAMBA ALLAH YANG MUSLIM ATAU MU"MIN MAKA MEMBASUH IA AKAN MUKANYA NESCAYA KELUAR DARIPADAMUKANYA SEKALIAN KESALAHANNYA YANG MEMANDANG IA KEPADANYA DENGAN DUA MATANYA ITU DAN DIDENGAR DUA TELINGANYA DAN SEBAGAINYA,SERTA AIR ATAU SERTA AKHIR TITIK AIR(SYAK RAWI) ATAU SEUMPAMANYA

DALAM HUKUM ISLAM SOAL BERSUCI DAN SEGALA SELUK-BELUKNYA ADALAH TERMASUK BAHAGIAN ILMU DAN AMALAN YANG PENTING TERUTAMA KERANA DIANTARA SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG TELAH DITETAPKAN BAHAWA SESEORANG YANG AKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB SUCI DARI HADAS DAN SUCI PULA BADAN PAKAIAN DAN TEMPATNYA DARI NAJIS.

FIRMAN ALLAH SWT;
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN IA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SUCI BAERSIH,(BAIK DARI KOTORAN JASMANI ATAUPUN KOTORAN ROHANI)AL-BAQARAH 222
.
URUSAN BERSUCI MELIPUTI BEBERAPA PERKARA YANG BERIKUT;

A.   ALAT BERSUCI,SEPERTI AIR,TANAH DAN SEBAGAINYA
B.    KAIFIAT (CARA BERSUCI)
C.   MACAM DAN JENIS-JENIS NAJIS YANG PERLU DISUCI.
D.   BENDA YANG WAJIP DISUCI
E.   SEBAB-SEBAB ATAIU KEADAAN YANG MENYEBABKAN WAJIB BERSUCI
.
BERSUCI ADA DUA BAHAGIAN;

1.   BERSUCI DARI HADAS.BAHAGIAN INI TERTENTU DENGAN BADAN,SEPERTI MANDI,MENGAMBIL WUDHUK DAN BERTAYAMMUM
2.   BERSUCI DARI NAJIS; BAHAGIAN INI BERLAKU PADA BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT.
MACAM-MACAM DAN PEMBAHAGIAN AIR;
1.   AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN;AIR YANG DEMIKIAN BOLEH DIMINUM DAN SAH DIPAKAI UNTUK PENYUCIAN BENDA YANG LAIN ,IAITU AIR YANG JATUH DARI LANGIT ATAU TERBIT DARI BUMI DAN MASIH TETAP (BELUM BERUBAH) KEADAANNYA ,SEPERTI;AIR HUJAN,AIR LAUT,AIR SUMUR,AIR AIS YANG SUDAH HANCUR KEMBALI,AIR EMBUN DAN AIR YANG KELUAR DARI MATA AIR.

"DITURUNKANNYA AIR BAGIMU DARI LANGIT,SUPAYA KAMU BERSUCI DENGANNYA.(AL-ANFAL1)

'DARI ABU HURAIRAH,BERKATA BELIAU;TELAH BERTANYA SEORANG LAKI-LAKI KEPADA RASULULLAH SAW,''YA RASULULLAH KAMI BELAYAR DILAUT DAN KAMI HANYA MEMBAWA AIR SEDIKIT,JIKA KAMI PAKAI AIR ITU UNTUK BERWUDHUK KAMI TAK DAPAT MINUM;'BOLEHKAH KAMI BERWUDHUK DENGAN AIR LAUT?

'JAWAP RASULULLAH SAW;
''AIR LAUT ITU SUCI LAGI MENYUCIKAN,BANGKAINYA HALAL DMAKAN;RIWAYAT LIMA AHLI HADITS;MENURUT KETERANGAN TIRMIDZI HADIS INI HASAN SAHIH.

TATKALA NABI  DITANYAI TENTANG BAGAIMANA HUKUMNYA SUMUR ;..BUDHA"AH' BELIAU BERKATA; 
'AIRNYA TAK DINAJISI SESUATU APAPUN '(RIWAYAT AHMAD DAN TIRMIDZI)
PERUBAHAN AIR YANG TIDAK MENGHILANGKAN KEADAANNYA ATAU SIFAT SUCI-MENYUCIKAN BAIK PERUBAHAN ITU PADA SALAH SATU SIFATNYA SEMUA SIFAT-SIFATNYA YANG TIGA WARNA ,RASA DAN BAUNYA ADALAH BERIKUT;

A.   BERUBAH DENGAN SEBAB TEMPATNYA,SEPERTI AIR YANG TERGENANG ATAU MENGALIR DIBATU BELERANG.

B.   BERUBAH KERANA TERLETAK SEPERTI AIR KOLAM

C.   BERUBAH KERANA SESUATU YANG TERJADI PADANYA SEPERTI BERUBAH DAENGAN SEBAB IKAN ATAU KIAMBANG.

D.   BERUBAH DENGAN SEBAB TANAH YANG SUCI,BEGITU JUGA SEGALA LPERUBAHAN YANG SUKAR MEMELIHARANYA SEPERTI BERUBAH OLEH SEBAB DAUN-DAUNAN YANG JATUH DARI POHON-POHON YANG BERDEKATAN DENGAN SUMUR ATAU TEMPAT-TEMPAT AIR ITU.

2.   AIR SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN;

AIR SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN BERARTI ZATNYA SUCI TETAPI TIDAK SAH DIPAKAI UNTUK MENYUCI SESUATU;TERMASUK DALAM BAHAGIAN TIGA MACAM AIR;
A.   AIR YANG TELAH BERUBAH SALAH-SATU SIFATNYA DENGAN SEBAB BERCAMPUR  DENGAN SESUATU BENDA SUCI SELAIN DARIPADA PERUBAHAN YANG TERSEBUT DIATAS;SEPERTI AIR KOPI,TEH DAN SEBAGAINYA.

B.   AIR SEDIKIT BERARTI KURANG DARI DUA QULLAH(1)SUDAH TERPAKAI UNTUK MENGANGKAT HADAS ATAU MENGHILANGKAN HUKUM NAJIS,SEDANG AIR ITU TIDAK BERUBAH SIFATNYA DAN TIDAK PULA BERTAMBAH TIMBANGANNYA.

C.   AIR POHON-POHONAN ATAU AIR BUAH-BUAHAN SEPERTI AIR YANG KELUAR DARI TAKUKAN POHON KAYU(AIR NIRA),AIR KELAPA DAN SEBAGAINYA.

3.   AIR YANG BERNAJIS.AIR YANG MASUK BAHAGIAN ;INI ADA DUA MACAM;

A.   SUDAH BERUBAH SALAH SATU SIFATNYA DENGAN NAJIS,AIR INI TIDAK HARUS DIPAKAI LAGI,BAIK AIRNYA SEDIKIT ATAUPUN BANYAK,HUKUMNYA BERNAJIS.

B.   AIR BERNAJIS TETAPI TIDAK BERUBAH SALAH-SATU SIFATNYA,AIR INI KALAU SEDIKIT,BERARTI KURANG DARI DUA QULLAH TIDAK BOLEH DIPAKAI LAGI,MALAH HUKUMNYA SAMA DENGAN NAJIS.TETAPI KALAU AIR ITU LEBIH DARI DUA QULLAH ATAU LEBIH HUKUMNYA TETAP SUCI DAN MENYUCIKAN.

SABDA RASULULLAH SAW;'
"AIR ITU TAK DINAJISI SESUATU;KECUALI APABILA BERUBAH RASANYA ATAU WARNANYA ATAU BAUNYA''RIWAYAT LIMA AHLI HADIS'

4.   AIR YANG MAKRUH DIPAKAI[YAITU YANG TERJEMUR PADA MATAHARI DALAM BEJANA SELAIN BEJANA EMAS ATAU PERAK,AIR INI MAKRUH DIPAKAI UNTUK BADAN,TIDAK UNTUK PAKAIAN,TERKECUALI AIR YANG TERJEMUR DITANAH SEPERTI AIR SAWAH,AIR KOLAM DAN TEMPAT-TEMPAT YANG BUKAN BEJANA YANG BERKARAT.

;DARI AISYAH;SESUNGGUHNYA IA TELAH MEMANASKAN AIR PADA CAHAYA MATAHARI MAKA BERKATA RASULULLAH SAW KEPADANYA;'JANGAN LAH ENGKAU BUAT DEMIKIAN;'YA AISYAH,SESUNGGUHNYA AIR YANG TERJEMUR ITU DAPAT MENIMBULKAN PENYAKIT SOPAK (KULIT)'RIWAYAT BAIHAQI.

NIAT

0 comments


'DIRIWAYATKAN DARIPADA ;
UMAR BIN AL-KHATHAB,RA.:BERKATA IA ,"TELAH AKU DENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA;
"BAHAWASANYA SEGALA AMAL ITU DENGAN NIAT'

AMAL APAKAH YANG KITA DATANG?


(KATA NAWAWI)  "SEKALIAN AMAL MAHULAH DENGAN NIAT KERANA DENGAN SEPOTONG HADITH ITU LAH DALIL ATAS BAHAWASANYA TIADA SAH MENGAMBIL WUDHUK DAN TAYAMMUM MELAINKAN DENGAN NIAT DAN BEGITU JUGA SEMBAHYANG,ZAKAT ,PUASA DAN HAJI DAN I"TIKAF DAN SEKALIAN IBADAT,SEMUANYA HENDAKLAH DENGAN NIAT.


"MEMBASUH KENCING DAN BERAK DAN NAJIS DENGAN NIAT KAH?          


(KALAU MENURUT SEBAGAIMANA KATA NAWAWI,IAITU SEKALIAN IBADAT ITU DENGAN NIAT,TAK DAPAT TIADA PADA MAFHUMNYA MEMBASUH KENCING DAN BERAK DAN NAJIS-NAJIS ITU KENALAH DENGAN NIAT.MAKA TELAH DIJAWAP  OLEH PARA ULAMA;'ADAPUN SEPERTI MENGHILANGKAN NAJIS ITU YANG MASYHURNYA DISISI MAZHAB KITA SYAFI"E TIADA LAH BERHAJAT PADA NIAT KERANA IA TERMASUK BAB AT-TURUK ERTINYA BAB SEGALA MENINGGALKAN .MAKA MENINGGALKAN ITU TIADA BERHAJAT KEPADA NIAT.DAN TELAH ADA NAQAL PARA ULAMA AKAN IJMA PADANYA
.

MENINGGALKAN BERZINA DAN SEKALIAN MAKSIAT TIDAKKAH DENGAN NIAT?


KALAU MENGIKUT HADITH SEGALA AMAL ITU DENGAN NIAT MAKA MENINGGALKAN MAKSIAT ITUPUN DENGAN NIAT JUGA;

'DEMIKIAN JUGA MASAALAH INI DIJAWAP PARA ULAMA IA ITU TIADA BERHAJAT KEPADA NIAT KERANA MASUK DIDALAM BAB AT-TURUQ,TETAPI JIKA HENDAK MENGHASILKAN PAHALA MAHULAH JUGA DENGAN NIAT MENINGGALKAN ITU MENJUNJUNG SURUHAN ALLAH SUPAYA BERBEZA PERKERJAAN  IBADAT DAN PEKERJAAN ADAT.KALAU TIADA DENGAN NIAT,MAKA DIMANAKAH  BANGUNANNYA TERLETAK ,DAN HAPUSNYA BANGUNAN ATAU PAHALANYA SESUATU IBADAT ITU DENGAN TIADA IA.


NIAT ITU SEBAGAI UMBI(ASAS) AMAL

KALAU TIADA DENGAN NIAT,MAKA DIMANAKAH  BANGUNANNYA TERLETAK ,DAN HAPUSNYA BANGUNAN
 NIATNYA BAIK NISCAYA ALLAH TA"ALA BALAS DENGAN BAIK DAN JIKALAU  TIDAK BAIK  NESCAYA ALLAH SWT BALAS DENGAN TIDAK BAIK PULA'

IBADAH PUASA DAN ADAB-ADAB MENGIKUT SUNNAH.

0 comments

ALHAMDULILAH,SELAWAT SERTA SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD SAW.DAN PEMBACA SEMUA PENGERTIAN PUASA BERMAKSUD MENAHAN DIRI DARIPADA MAKAN

 DAN MINUM DAN PERBUATAN YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA MULAI TERBIT FAJAR HINGGA TERBENAM MATAHARI BESERTA NIAT;

FIRMAN ALLAH SWT"'WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DIWAJIB BERPUASA DIATAS KAMU SEBAGAIMANA DIWAJIBKAN KEATAS ORANG YANG TERDAHULU,MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA DAN KETAHUI LAH PUASA ADALAH SALAH SATU DARI RUKUN IMAN.
(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)SEHUBUNGAN DENGAN ADANYA DALIL DARIPADA AL-QURAN DAN HADIS JELAS TENTANG WAJIBNYA PUASA,MAKA ORANG YANG MENGINGKARI NYA ADALAH DIHUKUM MURTAD(KELUAR DARI AGAMA ISLAM)BAGI SEGELINTIR ULAMA.

LAFAZ NIAT PUASA:(LAFAZ NIATNYA PUASA BULAN RAMADHAN;MAKSUDNYA;)

'"SAHAJA AKU BERPUASA ESOK HARI PADA BULAN RAMADAH TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA."

LAFAZ NIAT PUASA RAMADAN SEBULAN PENUH;"'SAHAJA AKU BERPUASA UNTUK SEBULAN PADA BULAN RAMADAN KERANA ALLAH TA'ALA".

CARA NYA  HENDAKLAH DINIAT DIDALAM HATI PADA MALAM HARI SEBELUM HARI PERTAMA RAMADAN ATAU SATU RAMADAN.

SYARAT WAJIB  BERPUASA ADA EMPAT PERKARA IAITU;

1.ISLAM ( TIDAK DIWAJIBKAN ATAS ORANG KAFIR
2.BALIGH ( TIDAK DIWAJIBKAN BERPUASA ATAS KANAK-KANAK BELUM SAMPAI UMUR BALIGH.NAMUN DIGALAK KAN UNTUK MELATIH MEREKA BERPUASA
3.BERAKAL ( TIDAK DIWAJIBKAN KEATAS ORANG GILA
4.BERKEMAMPUAN ( TIDAK DIWAJIBKAN KEATAAS ORANG YANG TIDAK BERDAYA CONTOH;SAKIT ,MUSAFIR,ORANG TUA DAN SEBAGAINYA.

SYARAT-SYARAT SAH PUASA ITU ADA ENAM PEKARA;

1.ISLAM,(ORANG ISLAM YANG SEDANG BERPUASA KEMUDIAN IA MURTAD MAKA PUASANYA BATAL)
2.BERAKAL(ORANG GILA TIDAK SAH PUASA)
3.SUCI DARIPADA HAID DAN NIFAS
4.MASUK WAKTU BERPUASA
5.BERNIAT PADA SETIAP MALAM(MENURUT IMAM MALIK CUKUP DENGAN SEKALI NIAT SAHAJA IAITU PADA MALAM PERTAMA BULAN  RAMADAN
6.MENAHAN DIRI DARIPADA MAKAN DAN MINUM.

RUKUN PUASA PULA ADA TIGA;

1.ISLAM 
2.NIAT
3.MENAHAN DIRI DARIPADA MAKAN DAN MINUM DAN SEGALA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA.

HIKMAH PUASA'
;
1TANDA MENSYUKURAN  PADA ALLAH SWT.
2MELATIH JIWA DENGAN SIFAT MAHMUDAH DAN TERPUJI
3.UNTUK KESIHATAN
4MENDAPAT DUA KEGEMBIRAAN IAITU KETIKA BERBUKA DAN BERHARI RAYA DAN KETIKA BERJUMPA ALLAH PADA HARI KIAMAT.
5.MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SEGALA SIFAT MAZMUMAH ATAU BURUK DAN KEJI.

ANTARA LAINNYA SABDA RASULULLAH SAW

"MAKAN SAHURLAH KALIAN KERANA SESUNGGUHNYA MAKAN SAHUR ITU BARAKAH(RIWAYAT BUKHARI)
MENYEGERAKAN BERBUKA;

:SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD;"SELALU LAH MANUSIA DALAM KEBAIKAN SELAMA MEREKA MENYEGERAKAN BERBUKA(HADIS BUKHARI DAN MUSLIM)
BERDOA KETIKA BERBUKA DAN BERPUASA;

"SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD;'SESUNGGHUHNYA BAGI ORANG-ORANG BERPUASA PADA WAKTU BERBUKA,TERSEDIA DOA YANG MAKBUL.
DALAM HADIS LAIN BELIAU BERSABDA;"ADA TIGA GOLONGAN YANG TIDAK DITOLAK DOANYA IAITU ORANG YANG BERPUASA HINGGA WAKTU BERBUKA,IMAM YANG ADIL DAN ORANG YANG TERANIAYA.

MENJAUHI PEKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN PUASA;
SESUNGGUHNYA PUASA BUKAN SAHAJA MENAHAN DIRI DARIPADA BERLAPAR ATAU DAHAGA TAPI HENDAK LAH MENGIKLASKAN NIAT SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT;
RASULULLAH BERSABDA;'TIDAKLAH BERPUASA ITU HANYA DARI MENAHAN DIRI DARI MAKAN  DAN MINUM TAPI PUASA ADALAH MENAHAN DIRI DARI PERBUATAN YANG SIA-SIA DAN KEJI.

Rumah ku syurga ku

1 comments

       Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga akan menghadapi pahit manisnya sebuah kehidupan.Selagi kita bergelar manusia ada saja rintangan dan masaalah yang aka kita hadapi.
Kita sendiri tidak pernah tahu apa yang bakal kita hadapi esok yang pastinya kita mesti bersedia mesti tabah dan redha dengan apa yang bakal medatangi kita..Masaalah yang datang dari berbagai perkara,masaalah kewangan,akhlak suami atau istri,orang tua,anak anak dan berbagai lagi,
Dalam menghadapi semuanya kesepaduan jiwa tiap pasangan memainkan pekara penting,Tanpa kesepaduan jiwa segalanya sukar diatasi.Kerana itu kita sebagai wanita yang sering terkalah oleh hawa nafsu harus bijak untuk mengawal diri agar kesepaduan akhirnya dapat diwujudkan dengan mendidik jiwa kita agar taat pada hukum syariat yang ditetap oleh Allah s.w.t.Namun bukan persoalan ini yang kita bincangkan disini,tapi tentang hal-hal yang diambil ringan oleh segelintir kaum wanita.Sedangkan ianya sesuatu  yang harus diutamakan.

Yang selalu berkata rumahku syurgaku kebanyakannya kaum wanita.kerana didalam rumahnya lah tempat wanita mencari syurga dan mencapai darjat yang tinggi diakhirat kelak dan dirumah lah merupakan medan jihad bagi kaum wanita.kebanyakan kita wanita tidak mau menyedari semua ini.Hukum hukum syariat wajip kita ketahui.

Tidak semestinya sebuah rumah tangga itu dilimpah dengan kemewahan,walau siapa pun ,mewah atau miskin, rumah yang besar atau kecil,rumah yang cantik atau buruk yang penting rumah kita itu suci..suci dari najis anak anak kita. Dan menjaga kesucian dan kebersihan rumah pun ada caranya Dan itu lah yang akan kita bicarakan disini..Tapi kebanyakan wanita hanya tahu berkata rumahku syurga ku ,sedangkan bila  masuk kerumah mereka kita akan merasa kecewa kerana kebanyakan wanita hanya menghias rumah mereka dengan alat dan perabot mahal tapi air kencing anak anak dibiarkan berciciran dan kesucian rumah tidak diambil berat,yang hanya dipentingkan dekorasi nya sahaja.

Bagai mana rumah ku syurgaku ,coba kita fahami adakah syurga itu dibayang sesuatu yang indah tapi bernajis?.Untuk semua wanita diluar sana ingatlah  wajip dan yang dituntut  keatas kita adalah menjaga kesucian rumah kita agar mudah untuk kita beribadat kepada Allah kerana najis atau air kencing yang kita bersihkan begitu saja tanpa mengikut cara mensucikannya mengikut hukum thaharah akan membatalkan wuduk .Baik baik sayang mengundur diri semoga kita wanita sentiasa menyedarinya.

"Semoga bermanfaat"

BERKUMUR-KUMUR SELEPAS MINUM SUSU

0 comments

       Sesiapa diantara kita yang mempunyai kelaziman setiap kali lepas 

berwudhuk,kemudian sempat nak minum lagi sebelum sholat atau pun minum untuk berbuka puasa dan yang kita minum itu air yang manis atau pun susu,seelok-eloknya kita perhatikan apa yang perlu dilakukan selepas kita minum susu dan kita sudah pun berwudhuk.

       Walaupun perbuatan ini tidak ditegah dan tidak pula sampai membatalkan wudhuk,kerana telah pun ditetapkan sebab-sebab terbatalnya wudhuk tetapi hendak juga kita mengetahui sesiapa yang meminum susu sebelum mendirikan solat tetapi sudah berwudhuk 
mengikut hukum syara dari hadith yang dikeluarkan oleh At-Tirmidzi dan selain daripadanya yang berbunyi:

       (Diriwayat oleh Ibnu Abbas r.a. bahawasanya nabi s.a.w. meminum ia akan susu,maka kemudian daripada ia meminumnya maka meminta ia akan air,lalu berkumur-kumur ia dan sabdanya:

       "Bahawasanya ada baginya lemak yang mahu jadi melekat dicelah-celah mulut dan gigi."

       Kata Abu Isa."Hadith ini Hadith Shahih"





BERISTINJA

0 comments


Beristinja dan yang diharus dengannya:


Ada ketikanya tengah asyik bersembang tanpa kita sedari akan terselit topik bab thaharah atau bersuci.Ini lah sebaik-baiknya menjadi topik perbicaraan kita bersama ahli keluarga maupun jiran tetangga dan teman-teman.
Kehidupan kita sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa mengambil berat bahagian ini,kerana kesempurnaan perjalananan hidup kita berkait rapat dengan kewajiban untuk kita memahami arti bersuci.

Entri kali ni rasanya lebih sesuai kita faham bab beristinja.Kerana terdapat ahli keluarga yang tidak peduli langsung kewajipan seseorang itu untuk mempelajari ilmu fiqih.
Cara beristinja itu ada diantaranya menyebutkan dan bermula istinja dengan air itu harus,sebagaimana beristinja dengan batu dan diantara keduanya airlah yang lebih afdhal jika 
memakai satu diantaranya.Namun ada diantara ulama salaf meringkaskan bahawa batu lebih afdhal.

Diriwayatkan oleh Siti Aishah ummu al-mukminin radhiyallahuanhuma,katanya:"Suruh lah akan sekalian daripada suami kamu bahawasanya membersihkan diri mereka itu daripada kencing-berak dengan air.Maka bahawasanya aku malu akan mereka itu bercakap dan menyampaikan perbuatan nabi yang demikian kepada mereka.Dan katakan bahawasanya Rasulullah s.aw. adalah ia memperbuat akan istinja dengan air." (Hadith Hasan lagi shahih

Barang yang ditegah beristinja dengannya;


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud katanya;"Telah bersabda Rasulullah s.a.w.;"Jangan beristinja sekalian kamu dengan tahi binatang yang kering  dan jangan beristinja"dengan tulang
kerana bahawasanya tulang itu makanan saudara kamu sesama Islam daripada golongan Jin(Imam Abu Isa At-Tirmidzi)

CARA MANDI WAJIB

0 comments
Sebagai seorang Islam kita harus mengetahui cara-cara mandi wajip .Seseorang yang hendak mendirikan solat lima waktu itu tidak semesti mandi dahulu cukup lah dengan berwudhuk dan suci serba serbi dari najis tetapi yang mewajibkan kita mandi adalah kerana sebab sebab berikut.Dan tidak sah solat jika belum mengerjakannya.


SEBAB PERLUNYA MANDI WAJIP
1.Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar hingga terbenam kedalam faraj 
2.Keluar mani walau pun sedikit(bermimpi keluar mani atau bersetubuh
3.keluar haidh bagi perempuan
4.wiladah(ia itu sejurus selepas melahirkan)
5.keluar darah nifas selepas bersalin dan diwajib mandi setelah berhenti darah tersebut.
Mati (melainkan mati syahid)

RUKUN MANDI WAJIB ADA TIGA;

1.NIAT
2.MENGHILANGKAN NAJIS DIBADAN SAMAADA YANG JELAS(AYNI) ATAU YANG KURANG JELAS (HUKMI)
3.MENYAMPAIKAN SELURUH AIR DIBADAN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI KEHUJUNG KAKI.

JENIS NIAT MANDI WAJIB;

@MANDI DISEBABKAN HAID

"SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TA'ALA

"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA HAID KERANA ALLAH TA'ALA


@MANDI DISEBABKAN JUNUB,KELUAR MANI;

"SAHAJA AKU MANDI JUNUB KERANA ALLAH TA'ALA


@MANDI DISEBABKAN KELUARNYA DARAH NIFAS;

"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA NIFAS KERANA ALLAH TA'ALA

 (SEELOK-ELOKNYA MEMAHAMI DALAM BAHASA ARAB DAN MAKNA DALAM BAHASA RUMI.)

SUNAT KETIKA MANDI WAJIB

MENGADAP KIBLAT
MEMBACA BASMALAH
MEMBASUH DUA TELAPAK TANGAN
MENGAMBIL WUDHUK SEBELUM MANDI 
MENGOSOK DAN MEMBERSIH SELURUH ANGGOTA BADAN DENGAN TANGAN
BERTURUT-TURUT(MUWALAT)TANPA PUTUPUTUS
TERTIB DENGAN MENDAHULU PERKARA YANG HARUS DIDAHULUKAN
MEMBASUH SEBANYAK 3 KALI BERTURUT -TURUT

CARA MANDI WAJIB;
BERSIHKAN TUBUH DAN HILANGKAN SEGALA KEKOTORAN YANG MENGHALANG AIR SAMPAI KE SELURUH BADAN  SEMASA KITA MANDI.

SETELAH SELESAI MANDI BIASA DISUNATKAN BERWUDHUK TERLEBIH DAHULU SEBELUM MANDI WAJIB.
TETAPI TIDAK PERLU MEMBASUH KAKI KETIKA BERWUDHUK KERANA AKAN DILAKUKAN KEMUDIAN DI WAKTU AKHIR MANDI'
PERKARA INI HANYA SUNAT DAN TIDAK MENGAPA JIKA TERLUPA

DUDUK BERTINGGUNG BAGI YANG BERKEMAMPUAN INI BERTUJUAN MEMBUKA SEMUA ANGGOTA ZAHIR DAN MEMUDAHKAN AIR SAMPAI KEBAHAGIAN YANG SULIT SEPERTI QUBUL DAN DUBUR.
JIKA BERDIRI PUN BOLEH ASAL AIR SAMPAI KESELURUH TUBUH SEMASA MANDI.

NIAT DAHULU SEBELUM MANDI WAJIB
BAGI SESIAPA YANG TIDAK PANDAI BAHASA ARAB BOLEH DALAM BAHASA MELAYU.

SUNAT DIMULAKAN DISEBELAH KANAN KEMUDIAN DIIKUTI SEBELAH KIRI.

MULAKAN MANDI WAJIB DENGAN MENGALIRKAN AIR YANG MUTLAK DISALAH SATU ANGGOTA BADAN KANAN DAN DISERTAKAN NIAT MANDI HADAS .

HENDAKLAH MENGGOSOK ANGGOTA YANG ZAHIR SEPERTI ;
RAMBUT
KEPALA
TELINGA
HIDUNG
MATA
MULUT
TENGKUK
KETIAK
TANGAN
JARI
KUKU
BADAN
PUSAT
QUBUL
DUBUR
KAKI
DAN SEMUA PELIPAT ANGGOTA BADAN.

AKHIR SEKALI BASUH KAKI SEBAGAI PENYUDAH KERANA SEMASA AWAL MENGAMBIL WUDHUK KITA TIDAK MEMBASUH KAKI.

1. KELUAR HAID ;NIFAS ATAU MERANGKUMI SEMUA HADA BESAR.
(DIBACA DENGAN NIAT YANG DIBAWAH.

NAWAITU RAFA'AL HADHASIL AKBAARI LILLAHI TA'ALA;
 "SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TA'ALA

2MANDI SELEPAS BERSIH DARI HAIDH;

NAWAITU RHASLA AINIL HAIDHI LILLAHI TA'ALA
"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA HAID KERANA ALLAH TA'ALA

3.KERANA JUNUB ATAU KELUAR MANI
NAWAITU RHOSLA AINIL JANABATII LILLAHI TA'ALA
"SAHAJA AKU MANDI JUNUB KERANA ALLAH TA'ALA

4.KERANA NIFAS
NAWAITU RHOSLA AINIL NIFASLI LILLAHI TAALA
"SAHAJA AKU MANDI DARIPADA NIFAS KERANA ALLAH TA'ALA.

Ombak kehidupan

Thursday 13 December 2012 0 comments






Tampak dari kejauhan
sungguh mempersona
hati mu pun berbisik
oh.. alangkah indahnya
tidak puas
hanya melihatnya
dari tebing yang tinggi
ingin sekali engkau mendekati
jiwa mu terasa tenang
ketika menatapnya
hati mu bagai terpanggil
seperti ada yang
melaung-laung namamu dicelah desiran angin
lantas 
jiwa mu tersentuh
ingin sekali engkau mendekatinya
tak perlu difikir
kau aturkan langkahmu
selangkah demi selangkah
akhir tanpa sedar
telah pun berlabuh engkau dipergigian nya.
baru seketika engkau disitu.
jiwa mu yang yang tenang
tiba-tiba resah gelisah
kebingungan
melihat ombak yang bergelora
yang datang dan pergi tiada hentinya
kau pujuk hatimu
agar tenang dan sabar
Kau sentuh air dari lautan seluas itu
tetapi semuanya
jatuh bertitisan dicelah jarimu
hatimu bertambah resah
lalu engkau menyingkir diri
cuba menghindari dari percikan namun 
engkau telah pun berada disini
tak mungkin dapat dihindari dan tak mungkin sempat engkau menyingkir
kerana ombak itu tidak kenal siapa diri mu
kenapa mesti ia peduli
resahkah atau basahkah
pantai ini juga tidak menjemput
engkau sendiri yang memilih
untuk mendekatinya
lihatlah
hempasan ombak
menerjah pantai 
tanpa henti nya
tanpa sedar 
tanpa simpati
berubah lah pantai setiap masa
namun jangan engkau lupa
ada ketikanya
ia tenang jua.
tentu saat itu ,engkau akan berkata
tenangnya lautan
tanpa gelora
Pernahkah kau terjumpa
saat-saat lautan diam
membisu seribu kata..
jika engkau setia menjadi tetamunya
pasti harinya
 akan ada.


ANGGOTA YANG PERLU DIPANTAU TIAP SAAT

Tuesday 11 December 2012 1 comments
Berbicara mengenai hati terlalu banyak yang hendak difahami,sukar sekali kerana hati itu berkait sekali dengan akal,perbuatan semuanya tersimpan diqalbu iaitu hati dan akal mengimbanginya,apa yang akan terjadi seterusnya.

Tetapi segala kerusakan yang terjadi diqalbu,baik berupa apa jua kebimbangan tentu ada permulaannya,nah dimana bermulanya?
Semuanya bermula dari mata,boleh dikatakam pandangan atau mata mencakupi segala urusan baik urusan dunia mau pun akhirat dan seterusnya ia berputar kedalam qalbu kita.
kerana itu Sayidina Ali berkata;("orang yang tidak dapat menguasai matanya,qalbu(hatinya)tiada harganya.

Dan diikuti dengan lidah kita atau lisan,lisan kita amat berbahaya dan siksa kubur pun semuanya berpunca dari lisan .Tentu sukar sekali hendak menjaganya dan kita sering kalah disini.
Jika kita berkemampuan menjaganya tentu kita mendapat hasil darinya kerana hasil jerih kesusahan pasti ada ghonimahnya dan keuntungan kerana ketaatan akan kita perolehi dengan menjaga lisan.
Begitu juga hanya dengan satu perkataan mudah saja merosak ibadah kita.Ketika berpuasa kita dilarang dari mengumpat kerana ibadah itu rosak kerana lisan yang jahat.
Dan perpecahan sebuah keluarga disebabkan ada ahli keluarga yang buruk sekali lisannya atau terlalu berani lisan kita yang boleh disalah sangka walau tiada niat buruk sekalipun,begitu sekali peranannya lisan ternyata ia boleh mendatangkan keburukan maupun kebaikan.Dalm bentuk apa jua sebaik-baiknya dan kejayaan kita jika mampu menjaga lisan kita.

Dan diikuti dengan perut,perut yang diisi terlalu kenyang tidak akan membawa kebaikan,perut yang kenyang bukan ditunjuk dari gemuk dan kurusnya seseorang itu ,kerana ada orang yang kurus kuat sekali makannya dan ada orang yang memang fizikal nya besar tetapi makannya berpada-pada.
Hanya makanan yang berlebihan membuat hilangnya kemanisan dalam beribadah disebabkan rasa malas dan mengantuk,yang dikaitkan lebih mendalam ialah makanan adalah benih amal dan airnya amal.
Yang harus diperhatikan dari mana datangnya sumber segala yang akan kita gunakan untuk makan.Jika kita katakan ia benih dan airnya amal sudah tentu jika benih tumbuhan dari benih yang tidak baik maka tumbuhan-tumbuhan yang akan tumbuh pasti tidak baik juga dan tidak hairan jika ada tumbuhan yang akan merosakkan tanah.

Begitu juga diri kita sendiri,kerana bukannya senang menjaga semua hal yang disebut tetapi harus ada usaha dan muhasabah diri agar kita dapat mencari jalan penyelesaian atas apa jua kerusakan yang ada diminda dan jiwa kita.


"Semoga bermanfaat"



YANG KEKAL ABADI

Thursday 6 December 2012 0 comments
Di sana ada taman-taman indah
ada istana-istana
ada sungai-sungai yang mengalir
disana ada pohon-pohon buah
yang rendang dan tidak bermusim
sentiasa masak dan ranum 
walau disana ada segalanya

aku belum pernah kesana
suatu masa pasti akan kesana 
herannya ku sering terlupa
segala yang kekal dan benar
kerana aku
Disini pun ada segala-galanya
bermacam-macam keindahan  
berbagai kelazatan
keindahan
hingga terleka dari negeri yang berkekalan
Disini tersesatnya jiwa oleh kelazatan
membuat diri merasa aman.. 
disini jalan nya bersimpang siur
seperti bayangan 
adakala ia menaungi ada kala ia pergi
disini tiada kehidupan yang kekal
silih berganti malam dan siang.
lalu disini itu apa
kerana disini bermula segalanya
disini  telah disedia segala-galanya
untuk mencari jalan kesana.

kerana disana bukan semuanya indah
ada tempat yang gelap 
panas berbahang
makanannya tiada yang sedap
minumannya tiada yang manis
tiada yang sejuk atau menyegarkan
disana itu pun ada segala-galanya

Jalan nya disini bersimpang dua
ada tapak penuh dosa
jalan pintas syurga dunia
dan juga ada
jejak-jejak yang bersinar
penuh rahsia
bagaikan cahaya hati yang menyala-nyala.




Kecelakaan Besar

Sunday 2 December 2012 0 comments
Berkata Isa bin Maryam;"Kecelakaan besar bagi pemilik dunia bagaimana dia mati dan meninggalkannya beserta apa yang ada didalamnya.Dunia ini telah menipunya tetapi dia merasa aman darinya dan dia mengandalkan dunia itu tetapi dunia menghinakannya.Kecelakaan besar bagi orang -orang yang tertipu,bagaimana dunia itu memperlihatkan kepada mereka terhadap apa yang mereka benci,memisah mereka apa yang mereka cintai dan datang kepada mereka apa yang dijanjikan pada mereka.
Kecelakaan besar bagi orang yang dunia ini merupakan perhatiannya dan kesalahan-kesalahan merupakan amalnya,bagaimana dia akan dibukakan kejahatannya besuk dengan dosanya".

     (Dikatakan)Allah s.a.w. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa as: "Hai Musa,apakah hubunganmu dan apakah hubungan perkampungan orang-orang yang zalim.
Sesungguhnya itu bukanlah perkampungan bagimu,keluarkan lah perhatianmu darinya dan pisahkan lah dia dengan akalmu.Maka sejelek perkampungan adalah dia kecuali bagi orang yang beramal didalamnya maka sebaik -baik perkampungan adalah dia."Hai Musa,sesungguhnya Aku selalu menunggu orang zalim hingga Aku mengambil darinya untuk orang yang dizaliminya."

Siapa engkau

Friday 30 November 2012 0 comments
Saat  kau melihat 
lautan yang tiada tebingnya
yang tiada kesudahan
terfikir dihati,,dimanakah penghujungnya
 engkau tegak berdiri ditepian pantai 
renungan yang tajam mencari jawapan 
tentang kehidupan..
lautan yang sentiasa bergelora tiada hentinya
tak mungkin menjawap segala persoalan..

Kau hulur kaki mu mencecah air yang datang dan pergi
hulurkan sebelah
atau kedua-dua belahnya
cuba lah ayun langkahmu
selami lautan itu..walau pun tidak kedasarnya
cukup ditepiannya 

kenapa berhenti, mencari nafas
kenapa lemas di-air yang cetek
mungkin kerana
engkau bukan ikan bilis
riang
berenang dicelahan batu 
kerana ia lebih sesuai begitu
tetapi engkau seekor ikan yang besar
perlu menyelam hingga kedasar 

 

 

 

IMAN DAN TAQWA

Monday 26 November 2012 0 comments
Kenapa terlalu susah untuk mencapai ketahap meyakini dengan derajat iman yang sebenar-benarnya bahawa segala apa yang ada didunia,bahawa alam seluruhnya Tuhan yang mencipta dan mengaturnya dan segala apa yang ada miliknya dan ciptaannya dan tiada satu atau sesuatu yang mampu memberi mudarat atau pun manfaat buat diri manusia melainkan semuannya dengan izinnya jua.
Ingat Allah mengampuni semua dosa dengan syarat taubat nasuha tetapi Allah tidak akan mengampuni jika kita melakukan dosa syirik dimana kita menganggap ada kuasa lain yang mampu menolong kita atau yang lebih kita agung dari Allah s.w.t.

Manusia diera ini lebih banyak yang cenderung pada sesuatu yang mengajak hawanafsu untuk percaya bahawa sesuatu benda atau perkara yang karut marut.
Lihat saja begitu banyak manusia yang masih memuja sesuatu yang dicipta Allah 
Telah tiada sifat taqwa pada kebanyakan kita manusia.
Taqwa artinya nya kita seharusnya menunaikan semua yang diperintah ,menyesuaikan diri dalam hidup ini dengan kehendak dan keredhaannya.Berhati-hati didalam setiap tindak-tanduk dan bukannya hidup berhukum semau dan sesuai dengan keinginan hati.Dan menjauhi segala apa yang dilarangnya secara lahir atau rohani.

Bertanya kepada diri sendiri dimanakah diri kita dalam menyakini semua ini dan apakah benar kita memiliki sifat-sifat taqwa,Allah berfirman  yang berbunyi" bertaqwa lah kamu semurni mungkin "
kerana disamping kita beriman,manusia yang bertaqwa akan tunduk patuh ,memuja dan memuji kepada Allah tetapi jika mengingkari nya tidak beribadat menyembah terhadap Allah maka adalah wajar jika dikata durhaka kerana iman itu bukan sekadar diucapkan tetapi disertai dengan amal perbuatan..
Ternyata sukar sekali untuk memiliki sifat taqwa yang semurninya namun jangan berhenti dan berusaha untuk memiliki dan meyakininya

"Semoga bermanfaat"



FITRAH

Sunday 25 November 2012 0 comments
Engkau terpegun oleh bisikan
yang mengajakmu berlabuh
lantas menambat
lalu
terpisah segalanya dari apa jua yang ada
dan akal telah mengalih segalanya menjadi
tiap langkah terhenti..
hanya dengan sekali pandang 
yang tampak bercabang-cabang
lintasan hati ini 
selalu diragui
Ajakan nya berbicara..
tanpa sedar..
jatuh kejurang larangan
biarkan ia berbicara
usah ditanggapi segala keinginannya
biarkan perjalanannya terhenti
jadikan sebagai tawanan 
berwaspada ketika tegaknya dihadapanmu
ketika ia memanggil-manggil mu
bersembunyi lah
berteguh dalam benteng yang kukuh
berwaspada ia berdiri dipintu persembunyian mu
tiada lah ia akan sampai
melainkan dari pintunya                  

Aku

Saturday 24 November 2012 0 comments
Aku..

akalku melangkah lagi..kenapa ...
kenapa ada saja perbicaraan 
perlukan pengertian
kucari jawapan namun aku terhenti letih dan kehausan
tiap saat kebimbangan..
bagai terhempas dan berkecai..
kenapa langkah mu begitu cepat.
bersama nafsu yang tidak putus-putus berbicara
kenapa bila saja dilayan
pura-pura ia mendengar
pura-pura ia patuh..
cuba kau tanya.apakah benar ia mendengar dan patuh
tidak mungkin..
semua yang didengar hanya lah keinginan-keinginannya.
bukan dari sesiapa.
itu lah diriku..
kedustaan hati
mengikat janji tanpa perbuatan..
menginginkan segala keinginan ...

OH DUNIA

Monday 19 November 2012 0 comments
Engkau telah ada ketika belum aku didalamnya
alangkah baiknya jika engkau pergi aku tiada disana
mungkin kah begitu..
mundurnya engkau menjadi sesalan
umurku seumpama sebuah sumpahan
namun disaat engkau menghadap
bersama segala kesusahan..
Siapa saja yang ingin mendapatmu
pasti kelelahan...yang tertinggal kepayahan
berhati hati lah wahai diri..
yang halal akan dihisab
yang haram diazab
adakah tempatnya istirehat setelah kepenatan
dimana nikmatnya..
jika akhirnya dikerumuni penyesalan..
kerana terleka
tak mungkin kupisah engkau dari akalku
selagi adanya sasaran yang ingin dituju..

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Pasti..

Saturday 17 November 2012 0 comments
Aduhai..
adakalanya hati ku gentar terkulai
lemas dan khuatir
terjerat dipadang yang gersang dan sunyi
melintasi jalan yang hening dan sepi.
Aduhai diri..
kenapa
cuma adakala saja..
yang lebih kau sukai
lengah dan lalai
yang dilupa
bahaya yang besar ancaman yang benar
malapetaka yang melimpah ruah..
hari yang penuh musibah..
menghadapi bencana
bergulung gelap gelita
berbantal tanah
lihat lah
siapa yang peduli
mereka seperti engkau juga
leka dan mendekam
segala keinginan..
berangan setinggi langit.
Dihari engkau bersendiri..
Siapa yang peduli..


KENAPA BEGITU?

0 comments
Bersyukur jika dianugerah dengan umur yang panjang,bersyukur kita masih lagi bernafas ,berarti masih ada kesempatan untuk memperbaiki diri.Disetiap hembusan nafas itu pasti tersimpan berjuta rahsia duka dan suka.Semua manusia menempuhnya,cuma yang terindah ada lah bila kita sedar dan menghargai segala kesempatan yang ada kearah yang diredhai.
Kenapa setelah begitu lama kita didunia membuat kita terlupa bahawa pada satu saat dan ketika kita akan kembali jua kepada darimana asalnya .
Belajarlah mulai saat ini untuk muhasabah diri,belajarlah memperbaiki hati dan qalbu ,dimana telah begitu berkarat,jangan tunggu esok,esok belum tentu ada atau muncul buat diri kita.
Cuba dan terus berusaha memperbaiki segala yang wajip yang telah kita ketepi kan sepanjang masa yang telah berlalu.
Apalagi jika telah sampai keusia yang dimana segalanya tiada indah lagi..kecuali mendekati diri kepada yang Esa..
Terkadang kita lupa semuanya bakal kita tinggalkan ,kita lupa benar-benar lupa atau sengaja dan ada-ada saja yang boleh melalaikan dan mengabaikan segala yang sepatutnya menjadi bekal keperluan kita menempuh perjalanan dihari dimana tiada ibu-bapa,saudara,anak,kerabat dan teman dapat menolong.
Begitu lah aku sering menasihati diriku..kenapa engkau begitu,malulah kepada penciptamu.tunduk lah dan bertakwa dengan semurninya..Ada ketika kita lalai tetapi jangan lah menzalimi diri sendiri.
Tiada alasan hanya kerana kita  manusia yang dikurniakan hawa-nafsu kita boleh berbuat sewenang-wenangnya didunia ini.
Semoga bermanfaat buat semuanya.

HATI INI..

Wednesday 14 November 2012 0 comments
Musim dingin berlalu.
dikala musim panas menjelma..
terasa udaranya hangat...dingin.nyaman sekali


bumi menghijau...
semua nya berkembang,subur
semuanya bersemangat..
seolah-olah yang tua menjadi muda..
yang sakit menjadi sihat..
burung-burung berkicauan 
begitu indahnya kehidupan.. namun disaat terlena dibuai mimpi
menikmati keindahan..semuanya indah-indah belaka
tanpa disedari,telah tiba saatnya
segalanya berubah..
Udara menjadi semakin panas..
berobah lah musim
menjadi panas
oh..
malam bertambah semakin panjang..
siang dirasa terlalu singkat..
dimusim panas..
segalanya menjadi kering ..
hujan tak turun..air berkurang..
sungai dan sumur
semakin cetek..
tetapi ketika itu
pasti ada buahan yang menjadi masak dan ranum.
pasti ada manusia yang menjadi kuat dan kaya..
tidak semuanya berduka 
meniti musim..
begitulah hati ini..
dari musim dingin..kemusim kembang..
musim panas kemusim rontok..

ingin begitu saja ..tetap dimusim yang disukai ..
namun aku pasrah..begitu lah manusia,
hidup didunia..
SUNNAHTULLAH..tak mungkin terhindar..
andai tetap 
pasti  
segalanya telah rosak binasa..

Salam buat teman

Tuesday 11 September 2012 0 comments
Teman..
jangan lupa aku 
walau terbatas waktu
doakan aku,
aku
masih disini seperti dahulu..

Teman.
ramadhan telah berlalu..
waktu yang paling ku rindu
syawal pun cuma diakhir waktu
salam dan ampun maaf ku pohon dari kamu..
andai tersilap kata
meluka menghiris rasa..

Teman ,,
doa ku jua buat kamu
semoga sukses selalu
andai kamu ada waktu 
dengar lah bisikan
dari aku diangin yang lalu
salam rindu
buat kamu..


KITA SELALU LUPA

Monday 10 September 2012 0 comments
Cuba kita luangkan sedikit dari masa untuk merenung keadaan kita dan lihat dan selami lah jiwa kita sedalam-dalamnya semoga kita bertemu dengan segala rahsia siapa diri kita sebenarnya.
Mencari kekuatan rohani dan jasmani melalui berbagai cara dizaman moden yang boleh merosakkan akidah yang disogok dan dipapar diblog ,media dan buku buku yang ada dipasaran bukan nya yang terbaik,andai kita salah cara memahaminya ia boleh menjerumus kan seseorang itu kelembah yang hina iaitu syirik.
Berapa ramai dan sejauh mana kita dapat memahami bahawa segala sesuatu selain Kekuasaan Allah itu ada lah batil dan tiada kuasa memberi manfaat maupun mudarat.
Dan sejauh mana kekuatan iman kita melawan hawa-nafsu untuk benar-benar mengakui segala cara atau benda itu hanya sekadar sesuatu yang berfungsi dengan izin Allah.

Apa saja yang ingin kita lakukan,tidak kira apa pun ia,contoh jika kita pening kepala dan kemudian kita terfikir dengan makan sebiji panadol pasti pening akan hilang,dan tanpa kita sedari panadol menjadi tuhan yang kita lantik tanpa sedar.
Tanpa kita sedari setiap hari kita menduakan kuasa Allah.
Yang lebih berat untuk kita atasi dan amal ialah menyakini segala sesuatu itu tiada kuasa melalui iman bukannya ucapan.
Ramai sekali kita temui  orang-orang yang berkata,dengan izin Allah baru ia berfungsi atau berguna tetapi manusia atau kita sendiri sedar kebanyakannya sekedar ucapan untuk mengambil hati sesama manusia agar tidak dituduh syirik tetapi sebaliknya ucapan itu sekedar dilidah sahaja bukannya diimani.

Terbaik dan yang selamat hendak lah kita sentiasa berfikir dan kembali kepada ALLAH setiap kali hendak mengunakan atau memulai sesuatu,hendaklah kita sendiri berusaha mendidik jiwa kita agar benar-benar tahu membezakan yang batil dan haq,kerana ini lah yang paling sukar untuk dilakukan. 

Bacalah sebahagian wasiat RASUL kepada SAIDINA ALI.R.A.
WAHAI ALI:
Tidaklah dianggap beragama bagi orang yang tidak tunduk kepadanya,
tidak lah dianggap berakal bagi orang yang tidak berpandu kepadanya,
tidaklah dinggap beriman bagi orang yang tidak warak dalam agamanya
tidaklah dianggap beribadah bagi orang yang tidak tahu agama(jahil),
tidaklah dianggap bermaruah bagi orang yang tidak bersedekah,
tidaklah dianggap bertaubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripadanya.

WAHAI ALI;
Barangsiapa yang tidak warak dari kemaksiatan,maka perut bumi itu lebih baik baginya dari punggungnya(permukaannya) kerana tiada keimanan dalam hatinya.

WAHAI ALI;
Pokok warak itu adalah meninggalkan apa yang diharamkan Allah,dan pokok kemuliaan pula adalah meninggalkan kemaksiatan.

WAHAI ALI;
Banyak tidur itu mematikan hati dan meninggalkan kebaikan dan banyak kelakukan dosa itu mematikan hati dan mengakibatkan penyesalan.

WAHAI ALI;
Sesiapa yang diberi nikmat oleh Allah lalu dia bersyukur,bila diuji dia bersabar dan bila melakukan kejahatan dia memohon keampunan,maka ALLAH masukkan dia kedalam syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..

Wahai diriku,hingga kesaat ini aku sekadar masih membaca wasiat ini,wasiat yang indah dan panduan jalan yang selamat,namun aku masih saja tersasar dan belum mengimaninya dengan roh dan jiwa yang benar sebagaimana  yang diredhai oleh Allah yang maha berkuasa.

Semoga bermanfaat buat kita semua.