SIAPA ORANG KAYA SEBENARNYA.

Wednesday 28 March 2012 0 comments
 Bila sebut saja tentang kekayaan yang terbayang difikiran kita ialah  ialah tentang wang ringgit yang melimpah ruah,rumah.kereta mewah dan segala yang berbentuk kebendaan..Mungkin tidak semuanya bersetuju bila dikata semua kita yang bergelar manusia didunia ini memiliki kekayaan yang tiada ternilai.Hanya kita tidak tahu mengenal arti kekayaan dan kemiskinan.
Jika sepanjang dalam kehidupan asyik menoleh kepada kekayaan yang berupa kebendaan maka selama itu lah kita orang yang miskin.rkataan kaya yang
Contoh didalam dan dimana jua kita berada belajar lah dari apa yang ada disekitar kita,baik keluarga sendiri,diri sendiri atau orang lain.Manusia semuanya sama dari segi penguasaan hawanafsu.
Namun ada juga manusia yang setiap saat ingin belajar tentang kehidupan dan kadang-kadang disalah mengertikan.
Setiap apa yang Allah firmankan semuanya benar dan hanya kita yang lalai dan leka.Jika kita berbalik kepada kebangkitan atau pun kemajuaan dan keperluaan yang paling penting ialah wang,Dimana saja kita pergi dan berada memiliki wang yang cukup itu amat penting sekali.Antara wang dan kesihatan,kesihatan yang lebih utama dan diantara wang ,sihat dan iman maka menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa itu lebih utama dan wajip dimiliki oleh semua manusia.
Berbalik kepada siapa orang kaya yang sebenar,Seseorang yang miskin tiada berharta yang melinpah ruah tetapi jika memiliki sifat  taqwa dan dengan apa saja yang di miliki kurnia illahi digunakan untuk beramal ibadat kerana Allah ,orang yang sebegini lah orang yang terkaya didunia dan akhirat.Begitu juga jika orang kaya yang dermawan dan taqwa maka ia tergolong orang-orang yang kaya dunia akhirat.
Orang kaya jika dia miskin iman dia masih beruntung didunia tetapi orang-orang yang miskin tetapi miskin juga imannya maka bertambah kerugiaan dunia dan akhirat.Klau kita lihat negara yang miskin,susah tiada makanan bukannya tanda Allah tiada memberi peruntukan untuk manusia disitu tetapi semuanya kerana dosa-dosa.Dan ingat juga ada yang miskin tidak beriman kerana dosa dan ada yang kaya dan tidak beriman pun dikayakan kerana dosa.
Kejahatan bermula kerana miskinnya iman,baik dari golongan kaya maupun miskin.Untuk itu kita sedar disaat bila dan siapa orang-orang yang kaya sebenarnya.Semoga kita dapat menyingkirkan sifat menyimpan dunia dihati tkerana menjadi mudahnya kehidupan kita jika kita hanya menyimpannya ditelapak tangan,tidak  berbekas andai apa pun yang terjadi

RAHMAT TUHAN TIADA TERBATAS

Monday 26 March 2012 0 comments
Allah mempunyai kekuasaan menghambur dan mengurniakan rahmatnya kealam ini kepada semuanya tanpa terbatas,sekalipun dunia ini penuh sesak dengan nikmat Allah dan sekalipun kehidupan ada diantara manusia itu  mampu meraih tahap tahap nikmatnya dan mampu memilih-milih tetap saja dunia ini bukannya syurga,dunia ini tetap penuh dengan kesulitan,noda dan kenistaan.
Kerana itu manusia juga mempunyai pandangan yang berbeza dalam menilai dunia,,ada dikalangan kita yang menganggap sesuatu itu bernilai tetapi ada pula yang menganggap sesetengah itu langsung tiada nilainya.
Walau apapun perbezaan pandangan dan nilai manusia didalam hal keduniaan tetap ia bukan penghalang didalam ssuatu jalilnan selagi ia tidak merosakkan keimanan. Hakikatnya diantara manusia dan semua rahmatnya dan mahkluk atau alam ini tiada satu pun nikmat dan rahmatnya boleh kita anggap  kecil nilainya dan tiada satu pemberian rahmatnya yang rendah nilainya.
Semoga kita dapat menjadi manusia yang berakal dalam menilai sesuatu tentang dunia dan semoga kita sentiasa ingat sebagaimana Allah berfirman didalam surah At-Takhasur (bermegah-megah) dan sentiasa kita mengambil pengajaran darinya.Hidup lah seadanya dan nikmati pemberian Allah dengan rasa syukur yang terindah hidup didunia ialah apabila kita mampu kenal batasan nilai kehidupan kerana kita belum lagi merasa alam akhirat dan apa yang ada disana semuanya benar namun jiwa ini belum mampu merasa kebenarannya kerana itu kita masih berada dipersimpangan yang arahnya kita belum pasti..Dan ada dikalangan manusia kesenangan dan kesusahan didunia ini  bagaikan satu permainan kerana jiwa mereka dikurniakan dengan kesabaran yang indah.
Tetapi bukannya salah jika menjadi orang yang kaya raya atau berada..orang orang yang berada atau mampu dan tangannya sentiasa diatas itu adalah termasuk orang-orang yang beruntung disisi Allah kerana ia mampu mendahului orang lain dari dirinya sendiri dan tidak semuanya mampu bersikap begini.,tetap untuk hidup didunia dan peringatan buat semua dan juga aku sendiri yang sudah nyata beruntung ialah orang-orang yang benar-benar dapat mensucikan jiwanya..semoga aku atau kita semua benar-benar mampu mensucikan jiwa kita dan mampu membatasi keinginan kita terhadap dunia,kerana apa yang kita banggakan belum pasti Allah redha atau suka.
Semoga bermanfaat buat diri ku dan semuanya.

serikandi (buat teman-teman dari sabah negeri dibawah bayu)

0 comments
Aduhai teman..
siapa lah aku..
kamu bagai serikandi,bagaikan sekawan burung yang terbang ,
bermusafir melihat keindahan alam,meninjau meneliti rahsia ciptaan tuhan
Angin,api ,air dan tanah bersatu dalam setiap langkah
tersimpul rapi dalam pautan yang indah..
Alam yang diterangi cahaya makhluk
nur yang menerangi hati
terbenamnya cahaya alam
dunia tidak menjadi sepi
Aduhai teman.. langkah-langkah indah kamu langkah-langkah yang diredhai.
bagaikan kan perahu yang melintasi bayangan pohon didalam air
tak mungkin terhalang
selagi ada izin tuhan
perjumpaan dan perpisahan bagaikan gelombang
memuncak tinggi dan menghempas kepantai
meninggal buih-buih yang hilang disentuh tangan.
namun berbekas dalam ingatan.
Saturday 24 March 2012 0 comments









Pernah aku menyusup kekamar qalbumu..
terpegun aku seketika ketika ku kuak daun pintu mu
tampak
bagai sebuah kamar yang putih
menyimpan seribu rahsia
seperti hampir terhakis kasih
menyentuh perasaan
bagai disepuh kehampaan
terlena seketika
ingin kuusap
ingin ku hulur damai
agar tenang badai yang bergelora
biar menjauh detik -detik walang yang mendekat
biar bersama merasa duka
alam sentiasa berbicara
biarkan saja
lalu aku berhenti
namun aku terlupa tiada aku berdaya
gelora memuncak 
kutahan pedih tanpa rintik airmata
walau berkurun
andai tidak bersua 
jangan diucap belasungkawa
pada jalinan
yang setia.

AMAL YANG TERTOLAK

Wednesday 21 March 2012 0 comments
Aku paling suka bercerita tentang hal-hal sebegini untuk mendidik diri sendiri dan juga pernilaian atas sesuatu  yang kita lakukan.
Kecenderungan kita untuk mendapat pernolakan itu lebih jelas kerana kita sering memilih kearah keinginan kita yang melebihkan hawanafsu kita sendiri.
Kerana itu para ulama sering berkata untuk beramal dan beribadah itu agak mudah tetapi sebaliknya untuk menjaga amal ibadah itu amat sukar sekali.
Kenapa kerana kita mungkin berjaya membangunkan amal ibadah tetapi kita belum pasti lagi apakah amal ibadah yang kita bangun itu dapat menyelamatkan.Dan apatah lagi jika langsung kita tiada beramal ibadah.
Didalam setiap nafas yang kita hembus dan setiap saat kita diuji dan setiap kali jua kita melenting dan ternyata sentiasa gagal didalam menghadapi ujian.
Apabila ku terlihat tanaman bunga atau kebun ku sendiri pasti aku mulakan semua itu dengan semangat yang berkobar tetapi ada harinya aku terlupa untuk menjaganya dan menyiram seperti biasa ternyata semuanya akan didatangi serangga atau layu.Kadangnya kita bersusah payah memulakannya tapi hsilnya kita tidak dapat,begitu juga dalam beramal ibadah dan jika kita gagal menjaganya pasti semuanya menjadi sia-sia.
Solat yang kita dirikan tidak dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.Semoga kita sentiasa berhati-hati dan setiap saat memohon keampunanannya dan semoga Allah sentiasa mengampuni kita yang sentiasa melakukan dosa.

JEMAAH

0 comments
Jemaah selalu dikatikan dengan orang islam tetapi sebaliknya jemaah itu tidak semestinya begitu kerana ada yang terdiri dari Jemaah umum dan ada yang terdiri dari Jemaah Islam dan Jemaah itu bermaksud satu kelompok yang biasanya diikat oleh satu keyakinan yang mempunyai satu tujuan atau pegangan yang diyakini dan sudah semestinya ia dibawah satu pimpinan dan ada jemaah yang baik dan pasti ada juga yang batil.

Menjadi kebiasaan ada keterikatan itu berdasarkan agama dan ada pula kerana tradisi dan adat-adatnya,turun temurun atau pun kerana idealogi tertentu.Ada jemaah yang tetap dan ada yang  berubah-ubah dan ada yang mendatang.
Apabila dinilaikan secara pandang mata setiap yang  berkumpulan dan mempunyai  satu perjuangan itu adalah sebuah jemaah namun tetapi jika kita nilai kan secara pandangan mata hati kita apabila terdapat didalam sesebuah parti atau jemaah itu mempunyai kepentingan peribadi yang tersembunyi maka tidak layak digelarkan hidup berjemaah.
Jemaah bukannya semesti yang berlabelkan agama tetapi apa saja parti didalam negara kita itu pun termasuk didalam erti Jemaah.
Hidup berjemaah bermula dari sebuah keluarga dan kemudian luar dari lingkungan tersebut dan bukannya mudah untuk kita mengatakan hidup berjemaah sedangkan hidup didalam kelompok kekeluargaan pun masih gagal.Apatah lagi jika sebuah jemaah yang besar atau kelompok yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Kini ia lebih sesuai digelarkan sebuah organisasi dan perjuangannya terpulang kepada niat individu yang memimpin.Kerana kebanyakan akhirnya tidak berpegang kepada prinsip yang dilaungkan.Jemaah yang seperti ini selalunya dikatakan jemaah umum.

Jemaah Islam pula biasa nya mencari jalan-jalan yang dredhai dan sudah semestinya sesebuah Jemaah yang memperjuangkan agama Islam tidak boleh lari dari pegangan Al-Quran dan Sunnah kerana apabila selangkah ia kearah bidaah yang diadakan kerana hawanafsu maka ia dikatakan Jemaah yang batil.Perjuangannya mesti kearah mencari redhanya Allah bukan kerana syurga dan neraka tetapi kerana Allah SWT.
Mesti bersifat taqwa kerana sebuah Jemaah yang dipimpin oleh yang memiliki sifat taqwa yang sebenar disisi Allah bukan pandangan atau nilaian manusia itu maka Rahmat Allah pasti sentiasa ada dan dengan rahmatnya saja kita akan selamat didunia dan diakhirat.

Malangnya hari ini kita gagal hidup berjemaah didalam kekeluargaan kerana kita membiasakan diri kita dengan sifat-sifat jahat,mengumpat ,tamak kan harta ,memfitnah dan berpura-pura dan kerana gagalnya sebuah jemaah kecil yang dipimpin oleh yang bergelar ibu atau bapa yang terdiri dari diri kita sendiri dan akhirnya perpecahan terjadi dan apabila ia terjadi ternyata azab lah yang mendatang.Dan segala bala dan azab yang menimpa itu pun masih tidak mampu membuat kita sedar atas segala kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan.
Terjadi permusuhan dan rasa benci didalam hati meskipun luaran tidak nampak.Yang akhirnya merugi kehidupan dunia dan apatah diakhirat.

"Semoga bermanfaat buat diriku dan semuanya"

KURNIA-KURNIA ALLAH

Monday 19 March 2012 0 comments
Untuk mengenali setiap kurnia illahi itu amat sukar sekali,apa saja kurnianya baik yang berupa indah atau duka pasti akan kita  terima dengan sifat tidak tahu mensyukurinya.Sedang Allah sendiri bersifat maha bersyukur walau Allah SWT tidak memerlukan nya.
Alangkah ruginya kerana tidak memberi waktu pada diri sendiri untuk memikirkan semua kurnianya, dibiar saja diri sendiri mengikuti keinginan hati yang semakin memberi kesan buruk dan semakin tebalnya sifat mazmumah.Andai dapat mensyukuri setiap kurnia illahi itu ternyata lebih berharga meskipun sedikit sekali amal kita,menyedari segala nikmat dan bala dan apa saja kejadian atau pengalaman dipersekitaran kita pasti mempunyai maksud dan mengandungi rahsia-rahsia Allah pasti segala masaalah atau fitnah dari manusia yang suka memfitnah tidak mampu menembusi hati nurani dan melemahkan semangat kita,malahan kita akan menerimanya dengan mempertimbangkannya dengan akal yang waras dan pasti tindakan yang kita ambil diredhai Allah swt. Dan jika kita mampu mengakui segala atau apa saja bentuk kesalahan kita dan tetap kita berharap berada didalam lingkungan belas kasihnya mudah-mudahan kita akan dapat rahmatnya.
Yang pasti hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah swt.Tapi kita kerap merasa bahawa segalanya yang kita laku kan kerana kekuatan diri kita sendiri.Jika berterusan begitu bila lagi kita hendak sedar atau tahu bersyukur.
Dan setiap hari kita selalu melupai kurnianya dalam bentuk perbuatan dan perkataan.Pasti setiap kalimat yang keluar itu menunjukkan bentuk hati kita sendiri.Dan setiap saat hendaklah kita sedar manusia yang suka memfitnah itu tidak akan berubah dimana saja dia berada tetapi kita sendiri yang perlu sedar bahawa segalanya harus kita hadapi sebagai satu ketentuan Allah yang mengandungi rahsia-rahsianya yang penuh hikmah.


Semoga bermanfaat buat diriku sendiri dan teman semua.

Musafir

0 comments
Tidak mungkin akan dicapai pinti-pintu taat,
jika terus menunggu
andai terbuka pintu-pintu itu
didepan mata..
tentu tetap saja keliru,kerana tertutupnya pernerimaan mu..
ku cari keselamatan diri..
kucari jalan jalan yang pasti
tersilap dan alpa,terdiam kaku didalam dosa
adakalanya rasa takut itu lebih indah.
kerana aku tidak mampu terlena
adakalanya ..
rasa taat telah menghumban aku jauh ..hampir saja terjatuh digaung yang curam
aduhai musafir..
setiap kali ku berbisik
cari lah pintu pintu itu.
ketuklah pasti ada yang mempersilakan,
masuklah dan bertenang lah disana..
biar jemu jiwa pada tarikan dunia.agar dapat ku berbisik-bisik padamu.
aduhai musafir..
engkau kini terlalu sedikit bersedih..
dunia yang kau pilih..
haya bersuka-suka.dan engkau terus terlena...
Thursday 8 March 2012 0 comments
Perjalanan yang jauh
arah  tuju yang berbeza
tujuan yang berlainan bagaikan sebuah kenangan yang berbagi..
pahit manit pasti terasa
namun engkau tidak sedar..mengapa


tiada siapa yang peduli
dipintu mana kau berdiri,selama nya kau masih mampu menerpa jalan-jalan itu ..
kerana sebenarnya engkau memang suka berada disitu
Kasihani dirimu..
hingga saat ini engkau tidak kenal siapa dirimu
engkau lupa jejak-jejak yang kau tinggalkan
tanpa rasa takut jika dijadikan panduan


saat itu
kau rasa dirimu benar dan kau kata kau berjalan seiring dengan taqdirmu
betapa angkuhnya
engkau berjalan seolah tiada memerlukan usaha,bergerak seakan tiada berikhtiar
semuanya kerana  terasa begitu hebat
Selamanya tidak mungkin dapat kau raih
cintanya
selama-lamanya
tidak mungkin sempurna
selagi bertiupnya angin kencang
dilubuk qalbu mu yang kau sangkakan tenang,,
Engkau masih keliru
lihatlah jalan yang kau pilih itu
berliku-liku..

Lalai

Tuesday 6 March 2012 0 comments
Kau atur langkah dan kau hayun kaki ..
kau daki bukit yang tinggi ..
keletihan dan nafas mu tercungap-cungap
namun kau rasa bahagia..
meski nafas mu tercungap-cungap keletihan . duduk ditebing yang curam
beralas batu batu yang halus dan rumput yang tajam
Satu kebanggaan..
mencari ilham yang tak kesampaian..


Angin dingin yang berhembus
begitu terasa,begitu selesa..
pasti kau kata..
angin bagai memeluk mu
senja yang berwarna merah begitu indah
lantas kau amati apa lagi yang ingin kau cari..
Ya Rabb..
teringat firmanmu:Aku bersumpah demi waktu senja yang merah"
apakah rahsia disebalik rahsia ..pasti ada..
kau amati dengan teliti ciptaan illahi
tapi tidak kepada yang menciptanya
kau khayal pada hembusan angin yang nyaman..
kau pilih pada waktu waktu yang terlarang..
Saat-saat..
hamba-hambanya tersungkur dihamparannya
kau dengar bisikan keinginanmu
ingin menikmati waktu senja yang indah.
Ingin sekali kau lihat matahari..
yang terbenam diwaktu malam..
tetapi esok pasti menyirna lagi
tetapi andai kau biar matahati mu terbenam
tunduk pada bisikan
niscaya kau akan kehilangan
seperti tidak mungkin terkumpulnya antara
cahaya dan gelap..
gerak dan diam..





SAHABAT

0 comments
Didalam kitab suci Al-Quran Allah swt menyebutkan tentang golongan kanan dan bukannya mudah untuk termasuk dalam golongan kanan jika melihat kepada  keimanan kita,begitu juga disebut bahawa golongan muqarabbin itu kebanyakannya orang-orang yang terdahulu dan sedikit dari orang yang kemudian.Seorang mukmin beribadah bukan kerana syurga atau takutkan neraka tetapi seorang yang mukhlis harus beribadah kerana Allah SWT.
Namun kita tetap mengharap untuk masuk kedalam syurga Allah.
Didunia ini selagi kita ada kesempatan berusaha lah mencari sahabat atau bersahabat dengan orang-orang yang bertanggung jawap terhadap sesama sahabat ,mudah-mudahan kita dihimpun bersamanya kelak diakhirat.Kadang-kadang dengan kasih Allah kita mendapat kebaikan dari orang yang baik-baik.

Sahabat itu ada beberapa golongan,
Golongan yang soleh apa yang kita temui dari golongan ini ia sekadar atau dapat menunaikan  tanggung jawapnya apabila diperlukan bantuan disaat diperlukan.

Golongan kedua yang disebut didalam Al_Quran iaitu golongan muqarrabin,golongan begini sukar dicari dan kita sendiri bagai terpisah dari akhlak sebegini seumpama langit dan bumi.Bertanggung jawap,dan mempertahankan ugama Islam dengan nyawa dan harta   dan berjuang  seperti para nabi dan para Rasul dan mungkin kah sedangkan untuk menjadi soleh dan solehan pun belum lagi kita mampu.

Dan golongan ketiga golongan shidiqin iaitu orang -orang yang berjuang dan berkongsi segala harta kekayaan atau mendahului sahabat dari diri sendiri dan memberi keperluan atau bantuan kepada orang lain terlebih dahulu ketika diminta bantuaan walaupun pada ketika itu dia memerlukannya baik berupakankan kenderaaan,wang ringgit ,makanan,pakaian dan sebagainya.
Dan mereka ini lah golongan yang tegas seperti yang kita baca dari kitab dan hadist-hadist.

Sekadar perkongsian..walau aku bukan seperti mereka..

0 comments
Buih-buih itu sentiasa ada ...
apabila ombak menghempas kepantai .lalu ia mewujudkan dirinya
kerana sunatullah
dan begitu lah kejadian alam..
jika kau hampiri buih-buih itu kerana ingin melihat keindahan alam,
meninjau atau meneliti rahsia ciptaan tuhan
dipersilakan..
namun jangan sekali mendekatinya tanpa kesedaran..
kebatilan umpama buih-buih yang melanda pantai..
Jangan lah kau ayun langkah-langkah mu umpama kupu -kupu yang berterbangan ..
Lihatlah dirimu..
taman-taman itu telah lama lengang
sunyi dan telah kering bunga-bunga indah disini
kenapa tidak kau sirami... biar subur menghiasi bumi
basahi dengan titisan kasih niscaya akan kau lihat.
segalanya hampir punah
akan kau lihat kerosakan yang bakal menghinggap..
kembalilah..

BERSAHABAT

Monday 5 March 2012 0 comments
Sahabat atau bersahabat biasanya kita kaitkan atau rasakan ungkapan untuk sesiapa yang tiada bertalian nasab atau darah dengan kita tetapi kita lupa sahabat itu adalah satu ikatan yang diiktiraf oleh naluri manusia buat insan insan yang mereka pilih atau suka atau layak.Bersahabat boleh saja dengan adik beradik atau saudara mara dan bermusuh pun begitu juga.Adik beradik atau saudara mara pun boleh menjadi sahabat atau pun musuh sesamanya.


Kerana sahabat itu biasanya setelah dikenal sifat-sifat yang ada,berkenalan pula amat mudah dan berkawan satu ikatan yang agak longgar dan an sahabat paling sukar dicari.
Rasulullah SAW memggunakan gelaran sahabat kepada para pengikutnya yang setia dan beliau mengambil Sayidina Ali sebagai menantu beliau atau sebagai saudara.Dan sayidina Ali pun salah sseorang daripada sahabat beliau.
Bersahabat itu ada beberapa peringkatnya,secara umum,berada didalam perjuangan atau pun jemaah,secara khusus pula kerana mendalami ikatan jiwa atau saling berkasih sayang bukan untuk orang bercinta tetapi bersahabat tanpa kepentingan dan bersahabat secara dipersaudara atau bersaudara dan biasanya ada pertalian darah diantaranya.Seperti perhubungan Rasulullah saw dengan sayidina Ali.


Bersahabat kerana Allah swt itu ikatannya kukuh sekali kerana ikatan akidah tiada kepentingan meski pun tidak bersua ,lama tiada berjunpa atau terputus hubungan kerana kesukaran atau masa dan masaalah kehidupan ia tidak akan menjejaskan ikatan dan pautan yang telah ditanamkan di sanubari yang luhur.Dlam diam tetap saling mendoakan itu lah disebut ikatan yang tulus ikhlas.
Bersahabatlah kita semua kerana Allah kerana iman dan akhlak yang murni ikatannya pasti hingga keakhirat dan mendapat perlindungan dari Allah SWT didunia hingga perlindungan di padang Msayar pada hari tidak ada perlindungan selain dari perlindungan dari Allah SWT.

NIAT KITA

0 comments
Selama ini kita seringakali merasakan apa yang ada atau orang-orang disekeliling kita agak merimaskan atau menyusahkan tetapi perjalanan waktu yang kita selami dengan kesedaran akan mengajar dan mendidik kita selaras dengan pengalaman akhirnya kita akan mengatakan benar sekali setiap apa sahaja yang Allah ciptakan dimuka bumi ini bukannya sia-sia  hanya kita sendiri yang tidak pernah mahu tahu dan kerana sifat-sifat begitu membuat kita tidak mahu menerima kenyataan yang ada didepan mata kita atau di sekeliling kehidupan zahir dan batin.

Bila telah sampai kita keperingkat sedar akan kesilapan kita selama ini dengan sendiri kita mampu mendidik jiwa dan rohani kita bersabar didalam setiap kali kita tercabar.Bukan mudah tetapi setiap saat kita tanam didalam jiwa kita manusia itu berbeza-beza dan cara kita menghadapinya pun tidak sama,walau cara nya tidak sama tetapi kita perlu ingat niat kita mesti sentiasa yang sama.Kerana Alah swt.
Apa saja tindakan kita selain ini ada lah batal dan tiada bernilai langsung disisi Allah.
Allah swt berfirman"Ada diantara manusia mengaku mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat padahal mereka tidak beriman.
Kalau kita tiada kesedaran firman Allah ini hanya tinggal bacaaan sahaja tetapi tidak kita tanyakan pada diri sendiri apa kaitannya dengan diri dan perbuatan kita dari masa ke-semasa .
Semua tindakan yang kita ambil didunia ini perlu kepada niat yang betul dan lurus.
Jangan sampai kita terlupa apabila kita mengharap bantuan dari orang tua atau sesiapa saja untuk mencapai apa saja keinginan, kita tidak sempat peduli bagaimana caranya.Dan sanggup berbohong kemudian kita tutup dengan niat niat ucapan luar yang baik-baik dan tanpa malu apabila tercapai impian kita ucapkan alhamdulillah dan lupa bahawa setiap yang dimaqbul dari niat dan cara yang salah itu bukannya dikurniakan dengan rahmatnya dan  lupakah kita bahawa Allah itu maha mengetahui apa yang terdapat didalam sanubari kita. 
Dalam hal  hal sebegini kita tidak mungkin dapat melarikan diri,setiap hari pasti kita berhadapan dengan kerenah-kerenah manusia dan untuk itu hendak lah sentiasa menanam niat yang baik dan  benar sebelum kita bertemu sesiapa pun atau berkumpul dengan ahli keluarga maupun teman .Hendak lah sentiasa kita sedar bahawa apa pun yang Allah ujudkan diseliling kita sebenarnya untuk mendidik diri kita sendiri.
Semuanya umpama cermin andai kita dapat menembusi jadi lah orang -orang yang sabar tetapi andai niat awal kita pun tidakk betul belum pasti kita mampu menanganinya.


Begitu lah kehidupan  hendak lah kita mulakan setiap hari dengan niat yang baik selagi  masih bernafas dan berfikir lah dengan waras,luangkan waktu,muhasabah diri dan tanya apa sebenarnya niat ku sebelum  memulakan sesuatu.
Jika kita tidak mahu berubah hari ini esok belum tentu lagi ..masih kah ada waktu
Semoga kita pun sentiasa tabah mengasuh tabiat buruk kita sendiri kearah kebaikan dan tabah menghadapi insan-insan yang sentiasa menjadi ujian dalam perjalanan kehidupan  kita didunia ini.
Semoga bermanfaat buat diriku..

MENGAPA TERHIJAP?

Saturday 3 March 2012 0 comments
Dinamakan manusia kalau dinasihatkan selalu saja menjawap"aku bukan malaikat"
tetapi perlukah kita mencari alasan untuk berbuat dosa dan kesalahan kerana kita manusia.
Lihat dan kita belajar dari segala pengalaman yang kita tempuhi atau dari insan disekeliling kita.Selalunya terhijapnya bantuan atau pertolongan Allah didalam perjuangan kita yang berbagai bentuk kerana tiada sifat taqwa.
Kerana dosa-dosa yang kita sedari atau tidak,dosa zahir atau bathin dan kerana kemurkaannya Allah ,maka Allah berlepas diri dan pertolongan atau kejayaan sering  dtersekat-sekat.


Sekiranya tanpa sifat taqwa tapi kita berusaha keras dengan gigih  dan berjuang hingga berjaya dimata manusia tetapi jika itu bukan kurnia  dengan keredhaan Allah kepada kita tapi dengan secara istidraj hasilnya tetap tidak berkah atau tetap kita tidak dapat menjadi insan yang bertaqwa atau berpegang teguh kepada ajaran Islam ,sebaliknya kita menjadi manusia yang angkuh dan keras hati.
Apakah artinya jika kita berada disituasi ini.


Islam itu agama yang selamat dan menyelamatkan dan kejayaan yang Allah redhai membawa berkat ,rahmat dan keampunan tetapi tanpa ilmu atau tiada jiwa bertauhidkan kepada Allah kita merasakan kejayaan dan kekayaan itu adalah apabila kita dapat menunjuk-nunjuk kepada sesama manusia.
Keredhaan Allah kita ketepikan ,itu artinya kejayaan dalam dosa dan kederhakaan.
Aangkah sedihnya kita bila terdengar dari segelintir manusia yang sanggup berkata hukum hukum Islam itu jika semuanya dipatuhi tidak akan menyampai kan kita kemana-mana.
Semuanya kerana keimanan kita kepada pencipta itu hanya sebagai pakaian aqal dan kita tidak mahu mengasuh jiwa kita  hingga kesan kebesaran Allah itu jauh dari jiwa kita.


Semoga bermanfaat.



MENGAPA KITA LALAI

0 comments
Manusia selalu lalai dan tidak mahu mengambil peringatan walau pun telah wujudnya dua peringatan.Pertamanya secara semula jadi dan keduanya dengan kedatangan ajaran Islam.
Kenapa kerana kita manusia  tersangat mementingkan diri dan dengan mudah dapat dihasud oleh syaitan dan terus mengikut perintah hawanafsu.
Sifat-sifat begini jika kita berbangga memilikinya maka kita akan suka jika segala kebaikan atau kesenangan itu milik kita sahaja.
Manusia memang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,perlu kita mendidik jiwa kita sendiri dan insan yang lainnya agar tidak lalai dan melupakan segala peringatan dari ajaran Islam atau peringatan semula jadi.
Mendidik diri bukannya mudah apatah lagi yang lainnya.Kerana mendidik itu tidak cukup hanya setakat memenuhi keperluan atau dengan ilmu pengetahuan yang banyak kerana tidak mustahil manusia menjadi semakin hebat kejahatanya kerana berilmu yang tinggi tetapi apa yang penting mendidik semula fitrah manusia.

Untuk membangun fitrah manusia  hanya dengan menyuburkan kembali keimanan kita kepada  Allah SWT.Menyemarakkan rasa kehambaan dan cinta kepada Tuhan dan sesama manusia.Mudahkah untuk kita memiliki sifat-sifat yang terpuji?Tentu tidak apatah lagi hendak menapakkannya didalam jiwa kita.Nsmun semua itu sangat penting
kerana jika kita tidak berusaha  mendidik diri sendiri berarti kita menzalimi diri sendiri,mungkin kita bukan dari keturunan yang soleh atau solehah tetapi tujuan kita tetap kearah itu.
Jangan lah dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau tabiat yang buruk,kita bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga semua insan disekeliling kita.
Semoga bermanfaat buat diri ku dan semuanya..

Kenangan

0 comments
Kenangan umpama tumpukan debu terkumpul rapi bagaikan satu lhazanah..
berkali kali di bersihkan,namun tetap saja hadir di depan mata..
bagai surat surat  lama yang tersimpan dilaci yang usang
kenangan cuma tinggal kenangan
mengatur langkah bagaikan hilang segala keyakinan..


 Melewati jalan jalan itu..
menghambat kembali
cerita cerita silam yang telah lama pergi
dari ingatan..
 kini  segalanya tidak seperti dahulu
siapa pun kita..pasti terselit rasa pilu
bagaikan terhiris ..pedih,


Kini semua nya bagaikan telah tiada
semuanya telah menjauh
senuanya pergi membawa hati.
berkali-kali tetap sama..kenapa kerana langkah kita semua tidak senada
berkali-kali mencuba mencari,ternyata hampa
malah langkah-langkah semakin sumbang.
jelas dan ketara..


Telah hilang segala keindahan..
taman itu tiada lagi serinya
sepi sekali..
kerana semuanya sukar dimengerti.





Negara Jiran

Thursday 1 March 2012 0 comments



Aku suka kota ini
setiap kali aku berada disini.jiwa ku tenang dan damai
setiap kali aku bermusafir..
pasti ku temui pengalaman yang mengajar arti kehidupan
tetapi itu bukan satu kemestian  
aku suka berada disini
bagaikan terangkat segala bebanan
ku tinggal segala yang merimaskan..
Kota ini tidak menjanjikan apa apa
nanun pandanganku berbeza 
langitnya terbentang luas
suasana indah sekali..
kota ini membisikkan kata cinta
pautan hati
kepada tuhan yang maha pengasih..
Tiada yang perlu kurisaukan
tentang masakan atau makanan
halal semuanya bersih
hingga sedutan nafas tidak perlu was-was
tempat beribadah
tersergam dan tersedia khas
dimana sahaja..
semuanya mudah disini
walau kita cuma seorang musafir..
terasa bagai dirumah sendiri


.BEGITULAh SEBENARNYA

0 comments
Keturunan kita atau anak-anak kita adalah pewaris dan mewarisi apa yang kita kita miliki.Bukan bercerita tentang harta benda atau pun tentang mewarisi harta warisan tetapi tentang keyakinan kita bahawa kita mengaku kita percaya bahawa Allah itu maha adil tetapi keadilan Allah itu tidak kita kaitkan dengan kejadian kita atau keturunan kita.
Manusia itu pandangan terhadap sesuatu tidak sama ada yang cuma memandang sesuatu dengan mata,ada yang mengunakan aqal dan ada yang memandang dengan aqal dan hati.
Kalau kita perhatikankan sebuah keluarga mungkin pada pandangan kasar kita melihat 
sebuah keluarga itu hampir keseluruhan keturunannya rosak,tetapi kita tidak mahu belajar dari semua itu ,sebenarnya apa saja dari sesebuah keluarga jika anak-anaknya rosak terutama anak-anak lelaki secara jelas kita dapat mengenali bagaimana latar belakang orang tuanya
Lihat lah bagaimana sejarah nabi Ibrahim a.s dan bagaimana pula tentang keturunannya..sejarah membuktikan kebersihan dan kemurnian sifat taqwa yang beliau miliki tercatat dan anak-anak lelakinya pun tetap ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa .
Jangan kita berselindung disebalik ketaatan ,kemudian kita bersikap seolah seorang yang warak tetapi percaya lah jika bukan kerana adanya cinta kita pada dunia pasti anak-anak yang kita lahirkan memiliki sifat taqwa.Tetapi kerana cintanya kita pada dunia dan kerana lupanya kita bahawa Allah itu maha mengetahui akan apa yang ia ciptakan kita pun lupa untuk meluangkan waktu menoleh kepada anak-anak kita yang semakin tua tetapi masih menyusahkan kita.
Lihatlah diri kita,derhaka itu bukan sahaja kita melawan kata-kata orang tua tetapi setiap kali kita menyusah mereka baik dari segi kewangan atau keperluan dan terus menerus kita begitu itu pun satu dari perbuatan derhaka yang Allah tetap tidak suka.
Kemudian kita akan memiliki anak atau keturunan yang akan menyusah kita dengan cara yang sama atau berbeza,semuanya kerana terlebih awalnya kita memiliki sifat sedemikian,ia terjadi kerana tiada keinsafan didalam hati sanubari kita.Allah itu maha pengampun dan maha mengasihi.Jangan mengada-ngada dalam soal beriman kepada Allah dan jangan merasa diri kita tidak berdosa..tetapi taati lah perintahnya dalam keadaan kita sedar siapa diri kita sebenarnya.Kita manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa.Tetapi jangan sekali ia menjadi alasan untuk kita bermaksiat pada nya.
Usah kita bertanya kenapa dan sifat siapa yang anak kita miliki..malu lah pada yang mencipta.
Perlulah kita bertaubat,apa saja sifat mazmumah yang anak kita miliki semuanya diwarisi dari diri kita sendiri.Usah menyalah taqdir dan cermin kita ialah anak-anal kita dan kita dapat mengenali bagaimana isi hati seseorang itu dari kejujuran sifat anak-anaknya.
Belum dapat dikatakan hebatnya seseorang itu jika masih memiliki anak-anak lelaki atau perempuan yang tidak bertaqwa kerana insan yang bertaqwa itu sentiasa jujur dalam jua tindak tanduknya;sifat sombong,bohong atau takbur jika ada pada anak kita pasti sifat itu diwarisi dari ibu-bapa.Kita yang terlebih dahulunya derhaka sebelum kita warisi kepada keturunan kita.
Hal-hal sebegini lebih ku tuju buat keluarga ku sendiri semoga kita sentiasa ingat siapa diri kita sebelum kita mengata orang lain atau pun sebelum kita hendak memuji keturunan kita  .
Senoga bermanfaat.

KENALI DIRI

0 comments
Dikatakan manusia sentiasa sahaja kita melakukan kesalahan,sentiasa saja ada masaalahnya ,didalam pergaulan dan kehidupan seharian,kerana semua ini sudah menjadi lumrah,jika hari ini kita ketawa esok belum pasti lagi mampu tersenyum.


Kita manusia berbeza-beza caranya menghadapi setiap masaalah yang kita hadapi,ada yang tabah dan tentu ada yang cepat mengelabah.
Walau apa pun masaalah yang bakal kita hadapi,baik yang merupakan masaalah sikap atau kesusahan apa jua jangan lah kita larikan diri dari menghadapinya dengan iman.
Para guru ku sering menasihati hadapi lah sesuatu itu dengan jiwa yang bersih niscaya kita tidak rasa terbelenggu dengan setiap kejadian.
Dulu aku sering mengelabah apabila menghadapi apa saja masaalah,mujur kini mampu ku atasi semuanya kerana aku belajar dan terus belajar mengenali arti kehidupan jiwa dan yang penting mengenali diri sendiri.


Kini aku cuma ingin berkongsi bahawa tua itu pasti terjadi,mati juga pasti tetapi menjadi dewasa,menjadi insan yang bertaqwa itu belum tentu lagi.
Dulu aku mungkin memandang remeh pandangan rakan ku yang telah pun belajar mengenali dirinya tetapi memang benar sekali ilmu itu perlu dicari dan antara aku dan mereka tetap ada bezanya.Mereka yang mengenali dirinya sendiri pasti akan mengenali penciptanya.
Aku masih belum dapat meluahkan apa yang ingin ku sampai secara yang jelas tetapi ingat lah satu perkara"kita bukan hamba pada sesiapa baik pada diri sendiri,harta benda atau manusia tetapi kita ada lah hamba kepada yang mencipta kita.


Kenapa kita rasa terbelenggu disebabkan sesuatu masaalah,lepaskan rasa bersalah dan usah simpan rasa simpati yang kita lafazkan dibibir sahaja kerana ia akan membuat kita semakin cenderung memiliki jiwa yang keliru.
Kenapa tidak kita fikirkan tiap sesuatu itu dari Allah,tiap musibah terjadi hanya dengan izinnya,setelah kita usahakan sesuatu berserah lah sepenuhnya kepada Allah yang maha mengetahui buruk baiknya sesuatu itu.


Walau pun kita telah mendirikan  solat tetapi perkataan bohong tetap pakaian kita maka kita semakin mundur.Tanpa kita sedar kita semakin menutup cahaya ilmu dan tidak mungkin mampu kita raih.
Segelintir manusia suka menyebut perkataan sumpah demi Allah tanpa disedari kata kata itu membuat kita semakin jauh dari berkata benar,kalau kita betul pada satu tempat tetapi mungkin berbohong pada keadaan yang lain.
Usah biasakan diri kita bersumpah sedemikian,yang penting setiap saat perhatikan niat dan arah tujuan hati kita sehingga kita benar=benar mengenali diri kita dan perbuatan kita seharian.


Bukan mudah untuk kita mengenali diri kerana didalam jiwa kita tersimpannya sifat kebinatangan bila sifat taqwa kita jauhkan.
Allah SWT berfirman "Ada diantara manusia mengaku mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat padahal mereka tidak beriman"
Dan apa yang tersirat didalam ayat tersebut perlu kita perhatikan..berdoa agar kita bukan orang yang sedemikian,tetap sahaja kita tidak tahu disituasi apa kita sebenarnya dalam pandangan Allah.Berbaik sangka dan perbaiki diri itu yang sepatutnya.