YANG MENJADI SAKSI

Wednesday 29 February 2012 0 comments

Ya ..illahi..engkau maha pemurah,maha penyayang..
menyayangi diketika marah 
memberi walau pada si penderhaka 
maha pengampun lagi maha pengasih..
kesempatan yang sentiasa ada..
buat kami semuanya..
tetapi ingat lah ia ketika kita didunia 
bila sampai saatnya amal tidak dikira lagi
pahala dosa tidak ditanya
saat-saat manusia berputus asa
tetapi siapakah golongan yang difirmannya... 
Ya rabbi..ya illahi/..
bagaimana diriku..jangan kau catatkan aku bersama mereka Sebagaimana firmanmu.."Pada hari musuh Allah dikumpulkan
dan dihalau keneraka dalam barisan yang terpisah-pisah.
sehingga kalau mereka telah sampai ketujuan
pendengaran,penglihatan dan kulit mereka akan menjadi saksi atas segala yang mereka lakukan


Mereka bertanya kepada kulitnya
:Mengapa engkau memberi saksi yang merugikan kami?
:Dijawap oleh mereka.:Allah yang menjadikan kamidapat berbicara
iaitu tuhan yang menjadikan segala sesuatu dapat berbicara.
Dia yang mencipta kamu pertama kali dan kepadanya pula kamu sekalian dikembalikan.:
Dulu kamu mengira dapat lepas dari kesaksian pendengaran,penglihatan dan  kulitmu..
bahkan kamu mengirakan Allah tidak mengetahui apa yang kamu laku kan
Itu lah sangkaan mu terhadap tuhan yang selalu engkau pegang
yang menjerumuskan kamu sendiri hingga kamu termasuk orang yang rugi.."


Ya Illahi..
mungkinkah terlepas hamba mu ini
yang sentiasa lupa diri
terima lah kami..himpun lah kami bersama para hamba yang engkau redhai
dari saat ini hingga akhir nanti
ampuni lah kami..



Mampukah kita?

0 comments
Hidup dizaman ini agak menghairankan.Terjadi perbalahan  dimana manusia saling tidak menghormati para pemimpin atau para ulama  dan mungkin semuanya terjadi kerana dizaman teknoloji yang agak canggih semua  nampaknya mudah dan semuanya pun diambil mudah..


Agama islam bukannya diguna untuk sesuatu keperluan yang bermusim tetapi kehendak Tuhan yang maha pencipta lagi Maha Agung.sewajarnya ia diguna kan disemua tempat,disetiap masa dan situasi.Tapi kita tidak mampu melaksanakan nya  dengan jiwa dan rohani .Kita selalu gagal dibahagian ini.
Dipersekitaran kita yang jelas nampak dan yang sukar kita lakukan hidup berkasih sayang.Jika dalam kehidupan dunia kecil ku pun aku sukar untuk menyayangi apa lagi hendak diharapkan pada dunia yang lebih luas. Semuanya kerana penghayatan arti iman itu tidak mampu dilaksanakan.


Sering dan berulangkali ku ingati diri penghayatan itu penting sekali,contoh nya dalam bab rukun Iman dan Islam.Untuk menghafal amat mudah sekali tetapi ia sekadar bersifat Ilmu.Dan tanpa penghayatan bolehkah kita katakan kita sudah beriman?
Ajukan persoalan ini pada diri kita,kalau kita menghayatinya pasti semua tindak tanduk kita mengikut panduan yang telah ditentukan,kerana Rukun Iman adalah panduan kehidupan manusia.
Jika tidak apa saja ibadah menjadi ibadah kepunyaan individu yang mempunyai kepentingan masing-masing.
Jika kita berkemampuan menunai ibadah haji contohnya,tanpa penghayatan rukun iman maka ibadah haji sekadar kita tunaikan dengan mengerjakan yang menggugurkan kewajipan ,sekadar dikatakan sah atau mendapat gelaran haji atau hajah tetapi kita tidak peduli adakah ia tertolak atau didterima disisi Allah.Tertolaknya amal kerana Allah itu maha mengetahui apa yang tersimpan didalam Qalbu kita.
Semua kejahatan yang lahir didalam kehidupan kita berpunca daripada kejahatan yang tersimpan rapi didalam hati nurani Dan setiap kejadian atau pengalaman baik buruk kehhidupan bersama ahli keluarga atau masyarakat kalau kita hanya melihat,sekadar melihat dengan mata kita tidak akan merasa apa=apa tetapi jika kita melihat dengan mata dan akal pasti yang tersirat itu menjadi ilmu buat kita, begitu lah juga jika kita melihat dengan hati nurani ia akan mendatangkan ilmu dan hikmah yang berharga.Hanya dengan didikan iman segalanya dapat kita jauhi apa yang merugikan  dan semoga kita sentiasa berusaha kearah jalan-jalan yang diredhai.

JIWA INSANIAH

0 comments
Terciptanya manusia didunia ini dan dalam menempuh kehidupan semenjak dari nabi Adam hingga kini  Allah sentiasa mendidik manusia dengan caranya dan mengikut keadaan Zaman.
Perlu dingatkan Allah yang mencipta dan bukan dicipta.Manusia dicipta dengan kemampuan yang berbeza-besa dan manusia yang berilmu amat beruntung dan manusia yang berilmu dan mempunyai sifat taqwa yang murni ada lah golongan insan yang bertuah didunia hingga keakhirat.


Ujudnya Allah tidak memerlukan pada pertimbangan aqal.jiwa dan hawanafsu tetapi manusia berkait rapat dengan hal-hal tersebut. Jika  kita  tidak memiliki jiwa bertauhid kepada Allah sentiasa kita berkeluh kesah didalam kehidupan.Tetapi kita diperintah untuk bersyukur,sesunguhnya Allah itu maha bersyukur maka bersyukurlah dengan apa saja kurnia illahi . Menyebut perkataan itu mudah sekali untuk merealisasinya amat sukar apatah lagi menjiwainya.Tetapi terima lah keterbatasaan kemampuan kita seadanya .Itu lebih indah,


Contoh dalam kehdidupan disaat berhadapan dengan tiga atau empat orang pendidik .kita secara amnya atau secara kerohanian dapat merasakan perbezaan cara dan sifat tetapi keikhlasan memainkan peranan penting pada pendidik dan yang dididik hanya dengan keikhlasan sedikit demi sedikit kita akan dapat memahami apa yg diajar dan perlu kita pelajari.Walau dalam cara atau kontek yang berbeza  pengisian nya tetap sama.
 Yang penting kita bersyukur kerana masih terdapat golongan yang berjiwa insanniyah kerana yang berilmu tidak semestinya dapat mendidikAda pelajaran tidak ada pendidikan  ilmu tinggal menjadi ilmu.Pendididikan tanpa ilmu juga bagaikan tidak ada panduan.Ilmu  sesiapa yang mengetahuinya boleh saja menyampainya tetapi untuk mendidik perlu guru yang telah menghayati dan mengamalkannya.
Yang penting kita perlu ingat menjadi guru yang bertaqwa bukan mudah tetapi mencari guru yang berilmu itu lebih mudah.
Bersyukur untuk kurnia Illahi semoga mendapat keberkatan dari apa yang disampaikan  dan dipelajari.

Sunday 26 February 2012 0 comments
Alangkah indahnya dizaman ingusan..
kita tetap tersenyum walau pun kita kepedihan
andai terluka atau kehilangan..tetap kita diterima seadanya
seperti menghadapi sebuah cereka..andai melaung mau pun melolong
siapa peduli..
kita hanya budak kecil..
pandangan  cuma didepan mata..menjadi pintar  namun tetap sibodoh dimata yg dewasa ..
masa berlalu..kehidupan tidak seperti dahulu
kasih yang terhakis tetap begitu
jiwa yang disemai dari didikan yang keliru
akhirnya menjadi insan yang
berhati kaku,..
ruginya kamu..andai menjadi insan sebegitu.
Apa untungnya menjadi insan yang berhati batu
zaman ingusan mu telah pun lama berlalu
tidak mungkin tersenyum insan disekelilingmu
andai kau tetap membisu
tiada siapa yang mengerti kemana arah tujuan mu dan apa mau mu
Jangan kau kira dunia tersenyum sedangkan  tangisnya tidak pernah kau dengar
jangan mengharap angin yang berlalu menyapamu
kerana ia tetap begitu..
Biarkan dan lepaskan segala apa jua rantai-rantai kepahitan
dendam yang terbit atas kemahuan
hawanafsumu..
Jangan sampai terbelenggu..hingga tiba waktu
tertutup rapat semua arah yang ingin kau tuju..                    
Saturday 25 February 2012 1 comments
Berjalan dipersisiran bendang
mengingati aku dizaman kanakkanak 
dahulu aku hanya suka bermain disini
kerana jiwa ku bebas sebebasnya..
tidak perlu risau tentang baju yang kotor
tidak perlu risau tentang segalanya
bumi yang luas terbentang,menyambut dengan riang
berlari kesana kemari
begitu indah sekali,
siapa yang menjadi teman-temanku
kuinbas kembali saat-saat itu
aku menjadi terpaku..siapa dan dimana 
bukan ahli keluarga tidak juga ibunda dan bukan adik beradik tetapi seperti 
bendang padi ia menyimpan seribu makna
dan melambangkan silaturahim yang begitu kukuh
susah senang sentiasa bersama-sama
begitu lah rahsia alam..begitu juga mula nya mereka menyemai
kerana ukhwah yang begitu mendalam.Terhasilnya bendang yang sarat dengan padi yang subur dan menguning.
Telah begitu jauh ku tinggal kenangan dan pengalaman itu
hampir hilang segala keindahan
mujurlah lah aku masih diberi kesempatan,menjenguk dan meninjau-ninjau..
kini masih jua kumiliki segelintir teman-teman 
yang hidup dizaman moden tetapi tetap turun kebendang
aku menjadi malu pada diri ku
sering kali musim menyemai mereka mengajak ku
walau tidak ku tolak tetapi aku cuma berdiam
bila tiba musim menuai ..
mereka tetap ingat
mengajak aku kebendang,untuk menikmati hasil bumi walau tidak setitik peluh ku keluarkan
aku menjadi semakin malu bila diberi bahagian
kini  aku memberi seribu alasan..mungkin kerana aku bukan seperti dahulu..
tidak mungkin menganggu atau berlari-lari
aku hanya ingin melihat bendang dengan makna yang dalam
rahsia yang tersirat,, mengajar aku arti sesebuah ikatan
dan kesetiaan persahabatan.
Dan indahnya makna kasih sayang
0 comments









Anggap saja apa yg  dicatatkan disini seperti kita menerima hidangan dari seseorang,kalau ia menepati selera silakan minum jika tidak bukannya susah untuk kita menolak.Didunia ini kita mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak walaupun kita tahu kuasa Allah tetap tidak terbatas.Mengingati diri sendiri lebih penting dari mengingati orang lain ,begitu apa yang ku catat semuanya buat diriku .suami dan anak-anakku.Ingat dan mengingati mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat,yang jelas dan nyata kita lebih mudah ingat wajah orang tetapi jika kita tidak melihat cermin pasti sukar untuk kita mengingati bagaimana rupa diri kita sendiri.
DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU SENTIASA DALAM KERUGIAN,KECUALI ORANG-ORANG YANG SALING INGAT DAN MENGINGATI.(Surah WAL -ASR)
Mengingati diri tentang Tauhid adalah perkara pertama yang terpenting,alangkah berbahagia jika sempurnanya bertauhid kepada Allah tetapi bertauhid dan memahaminya tidak mudah.Belajar Tauhid mungkin mudah.dikatakan bertauhid secara Ilmu tetapi untuk kita mengamalkan dalam kehidupan seharian atau didalam keluarga amat sukar sekali.
Contoh apa saja kita dapat kita rasa ia hasil kemampuan kita dan bukan hasil dari uluran kasih Allah.Sekelip mata kita berbangga dan tidak merasa malu kepada Allah SWT.
Hilang dari diri sifat bersyukur dan tidak takut jika tidak bersyukur,tidak pernah kita terfikir adakah kita menerima atas Rahmatnya atau cuma Istidraj sahaja.
Apabila kita ditimpa berbagai bentuk kesusahan didunia kita sering mendahuluinya dengan rasa kecewa dan berputus asa,dengan segala bentuk kesusahan yang kita hadapi bukannya membuat kita semakin mengenal Allah tetapi membuat semakin bertambah derhaka.Lalu aku sering bertanya pada diriku sendiri:Apakah tandanya aku sudah bertauhid?
Diakhir zaman semua nya mahu menyebut temtang Islam tetapi tentu ianya terbahagi dari golongan yang bagaimana,munafik,fasik,jahil atau benar-benar dasar perjuangannya mengikuti Islam.Kadang-kadang kita berjuang kerana ingin menjadi pemimpin,atau melepaskan satu kelompok yang dizalimi.
Didalam sesebuah keluarga pun terjadinya penindasan begitu juga masyarakat dan dunia keseluruhanya.Ideologi yang berbeza atau penindasan berdasar nationalisme,sosialisme atau pragmatisme dan semuanya perlu diperjuangkan berdasar perjuangan yang benar bertauhid kan kepada Allah SWT
Mampukah kita dan tidak malukah kita mengaku orang yang bertauhid sedangkan kita tidak mengamalkannya didalam kehidupan kita.Semoga aku sentiasa ingat tentang pentingnya perkara ini.Swmoga bermanfaat buat aku dan juga anda semua.


JIWA YANG ROSAK

0 comments
Kesilapan kita sering mencari kebahagiaan dengan makhluk walaupun adakalanya kita sedari mengharapkan redha manusia itu sebenarnya menjauhkan diri dari redha Allah.
Kenapa kita sering berhadapan dengan kehampaan akibat tindak tanduk manusia ..jawapannya kerana kita terlebih dahulu melakukan kesilapan dalam menentukan arah sesuatu perhubungan.


Masyarakat kita hari ini lebih banyak kerosakan yang kita lihat dari baiknya.Kita merungut dan berkeluh kesah walhal kita juga penyumbang dalam kerosak itu.Bagaikan seorang jutawan yang dermawan,mengumpat dan membuka aib orang .keluarga dan jiran-jiran.
Biasanya apabila sesuatu masyarakat itu terlalu kronik,lihat lah pada bangsanya pasti bangsanya telah rosak.Apabila ia telah menyeluruh kerosakannya sukar sekali untuk dibendung.
Begitulah juga dalam sebuah keluarga .apabila kelihatan rosaknya seluruh keturunan sesebuah keluarga itu pasti asalnya atau punca bermula dari sebuah kehidupan yang zalim dan rosak.
Ia biasanya terjadi kerana tabiat dan sifat-sifat jahat yang diasuh dan ditanam kedalam sesebuah keluarga.
Sebagaimana Allah berfirman:"Lahirlah kerosakan dilautan dan didaratan disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri" dari ayat dtersebut harus kita persoalkan kepada diri kita sendiri kerana kerosakan itu menyusahkan 
Tidak perlu kita menuding jari kearah yang lain kerana perlanggaran hukum Allah harus dihentikan dan harus bermula dari diri kita sendiri.Semoga kita dapat membaiki rohani kita yang telah pun tercalar.
Semoga bermanfaat buat dirku.



Jiwa Merdeka

0 comments
Dikala hati berbicara..
sam:an wa toatan
Disaat aqal mengajar
arti sebenarnya penyesalan
duduk bertafakur dalam perihnya rasa membina rohani
tersungkur dihamparan sujud berkali-kali ..
Dalam derita yang parah
nafsu yang berdalih-dalih
Aduhai jiwa
sebenarnya engkau tidak dapat memilih-milih
taat itu bukan seperti perut kosong perlu disi
andai kau lengah  dan banyak menyanggah
kerana terbelenggu namun itu  bukannya  kepuasan dan kebahgiaan
Biar merdeka didalam sekatan
kebebasan biar ada keterbatasan
Setapak demi setapak
aturlah langkah mu.
pasti pautan hati dengan Tuhan  terasa indah dan puas.
walau bersamanya tidak bebas namun kuasanya tidak akan pernah terbatas
Merdekalah wahai jiwa
mencari arah
jangan selamanya kau terjajah
dalam kecewa dan gelisah

FIRAUN DIZAMAN MODEN

0 comments
Hal yang paling dikhuatiri apabila Allah mengunci mati hati orang yang sombong,takabur dan bermaharalela.Bagaikan tiada lagi keuntungan buat kita bila telah berada disituasi ini.Aku sering merasa takut pada diri ku sendiri atau setiap perbuatan ku kerana paling ku khuatiri bila perbuatan jahat ku pandang indah sekali.
 Sepertinya Firaun,dizamannya tiada siapa yang dapat menandinginya.Lihat lah bagaimana dalam surah Al-Ghafir,Allah berfirman'
"Firaun memerintahkan;
"Wahai Hamman,binalah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat sampai kepintu-pintu: :Iaitu pintu langit agar aku dapat menemui Tuhan Musa:sesungguhnya aku menuduh Musa seorang pendusta.
Demikian lah diperindahkan dimata Firaun,kejahatan perbuatannya dan dia terhalang dari jalan Allah.Tipu muslihat Firaun hanya membawa kerugian belaka.(Ghafir ayat 36-37)
Perhatikan tidak kira kita simiskin atau sikaya dizaman ini tanpa kita sedari sikap-sikap Firaun mendarah daging kecuali orang-orang yang berpegang teguh dan beriman kepada segala suruhan dan menjauhi apa yang dilarangnya.
Mudah saja bagi kita mengata Firaun kerana kita tidak sekaya Firaun lalu kita pernah sedar atas keburukan sikap Firaun yang kita amalkan.
Ingat lah Firaun dizaman ini tidak semestinya seorang jutawan..sikapnya ada pada orang orang disekeliling kita dan juga diri kita sendiri..
Semoga bermanfaat buat kita semua.
0 comments
Hujan yang jatuh berderai
menbasahi bumi .;
Angin yang berlalu
berirama syahdu
Terdengar nyanyian sang cengkerik
entah..kadangnya aku keliru
kukatakan ia menyanyi kerana bahagia
bagaimana andainya ia  menangis kerana kedinginan
Suara cengkerik tetap begitu
ada waktu menyentuh kalbu
Kenapa hati semakin pilu
seperti telah terputus kalimat syahdu
sehingga sukar sekali dimengerti
andai didekati tetap saja ia begitu.
Wahai diri;;
lihatlah dirimu
matahari tidak mungkin mengejar  malam
dan malam tidak mungkin mendahului siang
Matahari  tahu membawa diri
Bulan tetap setia mengabdi

Tetapi engkau bukan seperti itu
Mengatur langkah langkah sumbang
menyelusuri jalan-jalan yang terlarang
hanya kerana luasnya terbentang..
Ingat ..
ada batas-batasnya
cuba berhenti
 bagai telah tersedia
gaung dalam yang memberhaya
andai tersilap langkahmu;
kembali
mohon ampun pada Illahi..
Monday 6 February 2012 1 comments
Kemuliaan bukan kerana hebatnya kita dimata manusia
bukan kerana mampu nya menahluki dunia
tidak juga kerana harta atau nama
tapi lihat diri kita
apa yang kita ada
hawanafsu tetap sukar diawasi kecundang disaat menghadapinya
Cukup..cukuplah ..
Bertafakur dan muhasabah.. apa hebatnya andai dapat terbang diudara
andai bumi terlipat menjadi sejengkal..
perjalanan berbulan menjadi sehari
lihat saja
bagaimana dia musuh kita yang nyata..
bergerak dari timur kebarat dalam sekelip mata
tetap saja dia yang terkutuk
yang hebat andai akhlak yang suul menjadi husnul
usah diheran yang papa menjadi kaya tapi heran lah pada yang
kaya menjadi papa tapi tetap tersenyum kerana
kepercayaannya pada pencipta...
Ingat..ingatlah
tanda tanda kurnia illahi
ditetap dalam satu kedududukan..
seperti benih buah yang ditanam
hingga berbuah....lunak dan manis
Firman Allah menjadi peganganan..
maka nikmat tuhan mu yang mana kamu dustakan..
1 comments
Kenapa..
kelmarin sinar mu memancar
tumbuhan semuanya segar bugar
bunga bunga yang begitu indah
menghiasi taman hati
perjalanan hidup begitu mudah

Hari ini ku jenguk keluar jendela
tiada sinar cahaya
rupanya hujan telah turun
segalanya tidak selancar hari kelmarin
lantas aku berkeluh kesah
merasa gelisah..dan resah..
seketika..
aku tersedar..alangkah malunya
kerana menjadi manusia begini
Mengapa tidak tahu memahami..
benar sekali
tiada artinya dosa besar jika
engkau wahai pencipta..ku ingat untuk beristighfar
dan bagaimana ku anggap dosa-dosa kecil
andai itu lah amalan ku.
sedang engkau tidak redha
1 comments
Ingin rasanya kembali kedaerah asal..
mengenali arti perjuangan..tapi setiap kali melangkah pasti terhenti
sepertinya ada yang menahan langkah-langkah ini
apakah begini rupanya langkah seorang pencundang
atau   seorang yang tidak cekal
kadangnya tidak dapat mengimbau dan tidak mungkin menghirau
sepertinya  hidup didunia yang asing
walau dikelilling riuh rendah
tetap saja sunyi sepi menjadi pilihan .
Tanpa musuh,tanpa teman
bagaimana mungkin berjuang

Tersadai keletihan 
kerana geram dan dendam
kerana kehampaan 
setiap
kali berdepan insan insan yang tiada pegangan
Hidup lah seadanya
biarkan saja mereka..itu lah kata kata 
membujuk hati yang terluka..
Siapa lah kita
usah mencuba mengubah segalanya...
Atur lah langkah  secermat mungkin.pasti
akan ditemui jalan-jalan 
yang luas terbentang.
untuk meneruskan perjuangan.