saat masa terhenti

Friday 17 May 2013 0 comments
Disebalik senyum dan tawa
suka dan duka
disebalik jiwa yang leka
terselit rahsia tanpa jawapan
kita hanya manusia biasa
tidak akan pernah tahu saat-saatnya
semuanya tidak pasti
meskipun tiada kepastian tetapi ia pasti terjadi
disebalik wajah lesu
adakala terbaring lemah dan ada saat tegak gagah
semua itu bukan jawapannya
kerana kita tetap tidak tahu saatnya..

Namun ada jawapan yang memang pasti,tentang yang pasti terjadi
yang haq dan yang nyata,dosa dan bekalannya apa
hari-hari yang dilalui
antara yang ditakuti dan dinanti kerana ia pasti
saat-saat getir selangkah demi selangkah menuju jalan yang penuh onak dan duri.
persoalan yang tidak pernah berhenti
bagaimana kah nasib nya nanti.

Detik-detik itu
tiada tenang tanpa desiran
hanya rahmat illahi yang kita harapkan.
bila semua nya kian memudar.takdir mu lebih cepat dari apa dan  segalanya
itu lah tanda akhir nya penantian dan harapan
untuk kita pencinta dunia.

Segala nya bagai dibelenggu sepi
tertahan dan terhenti
bersama hilangnya harapan direlung hati
yang menyesak hingga kelubuk jiwa
bingung sedih dan duka
sujud yang tinggal mungkin telah diburu waktu
sukma kenapa merasa pilu
mungkin kerana saat-saat kelam menghambat hati
dibelenggu khilaf menghukum terasa berat menghimpit
menambah gelisah berteman resah

Saat utusan mengintai
tak mungkin kita sedar
bila masa terhenti
tak mungkin dapat kembali
tak ada rindu yang berteman sepi
saat-saat itu terjadi
hanya bersendiri
kerana kita bukan penghuni dunia abadi.



Cara-cara mengqadha solat

Monday 13 May 2013 0 comments
 Kali ini kongsi bersama tentang mengqadha solat ,sesiapa yang terluput solat tidak kira kerana keuzuran maka wajip keatasnya bersegera mengqadhakan solat tersebut,cuma jangan lah kita merasa telah terlepas dari dosa kerana telah mengqadha,tetap kia perlu bertaubat kepada Allah kerana selama ini tidak mendirikan solat wajib atau pun sengaja melalaikannya.

Seseorang yang tahu akan dirinya telah terluput waktu solat maka wajip atasnya mengqadha solat wajip terlebih dahulu dari solat sunat.

Namun ada keuzuran yang menggugurkan kewajian solat;
Wanita yang dalam haid dan nifas.
Sesiapa yang dalam haid dan nifas tidak diwajipkan menunaikan solat dan juga tidak diwajipkan mengqadha solat yang tertinggal didalam waktu tersebut.

Gila;
Orang-orang yang menghadapi masaalah diatas yang berterusan tidak diwajipkan mengqadhakan solat,kecuali gila yang hanya sementara,kerana setelah sembuh wajip buat yang gila sementara itu mengqadhakan semua solat yang terluput.

Pingsan;
 Seseorang yang pengsan akan gugur kewajipan solat sekiranya pengsan nya berterusan masuk kewaktu solat wajip yang seterusnya atau dalam kedua-dua waktu solat fardu yang diharuskan jamak.

Umpama orang yang pengsan sebelum waktu zuhur dan berterusan sampai matahari terbenam,berhubung perkara sebegini mengikut mahzhab syafii adalah tandanya pengsan itu berlangsung dalam satu waktu solat.

Murtad;
Orang yang murtad atau keluar dari agama islam tetapi kemudian bertaubat dan kembali kepada agama islam hukumnya sama dengan orang yang kafir asal,artinya tidak wajip mengqadha solat yang
terluput didalam waktu dia murtad,tetapi mengikut mahzhab syafiie wajip bagi yang murtad kemudian kembali bertaubat dan mengqadhakan solat yang telah terluput dalam waktu tersebut.

Yang  dianggap terluput waktu solat dan tidak dianggap berdosa tetapi tetap wajip mengqadhakannya
adalah kerana terlupa dengan tidak sengaja atau tertidur.Ini berpandu kepada riwayat Rasulullah yang bersabda:

Ertinya;"Sesungguhnya tidak termasuk kelalaian kerana tertidur,tetapi kelalaian itu waktu terjaga.Oleh sebab itu seseorang daripada kamu terlupa mengerjakan solat atau tertidur sehingga tertinggal ibadah solat,hendaklah dia mengerjakanya apabila dia sedar dari tidur"(hadis riwayat an-Nasai' dan at-Termidzi)

Cara mengerjakan solat Qodha:
Jika  solat yang tertinggal itu solat Qasar ketika didalam musafir;

Sesiapa yang terluput solat qasar,ketika itu dia dalam bermusafir,sekiranya solat yang tertinggal solat zuhur asar atau isya yang asalnya 4 rakaat dan apabila diqasar menjadi 2 rakaat tetapi apabila jatuh mengqadhakannya hendaklah dikerja secara sempurna iaitu mengikut bilangan rakaat asal ,kerana hukum asal solat ialah itmam(sempurna)


2.Solat yang tertinggal solat orang bermukim;
Jika mengqadhanya wajip mengqadha nya seperti bilangan rakaat asal juga,sekali pun dia semasa hendak mengqadhanya itu sedang dalam bermusafir.

3;Jenis solat yang hendak diqadha itu solat sirri yang dibaca secara senyap;
Sekiranya seseorang itu tertinggal solat sirri iaitu solat yang dibaca senyap seperti solat zuhur dan asar,maka jika solat ini diqadhakan pada waktu malam ,hendaklah dibaca secara kuat(jahr),walaupun pada asal solat itu ditunaikan secara senyap.Sekiranya diqadha waktu siang maka dibaca secara lazimnya.

4;Jika solat yang tertinggal itu solat Jahr yang dibaca secara kuat ayat ayatnya.
Sekiranya seseorang itu tertinggal solat yang dibaca secara kuat,seperti solat margrib,Isyak dan subuh,maka jika mengqadhakannya waktu siang ia tidak dibaca secara kuat walau asalnya solat itu solat jahr,cuma ia dibaca secara perlahan,kecuali jika diqadha pada waktu malam maka dibaca secara kuat secara lazimnya.

Dan dari apa yang dihurai dari kitab fikh semua yang perlu diperhatikan ialah waktu waktu yang kita hendak melaksanakan solat yang hendak diqadha tersebut.

Niat solat qadha ialah seperti berikut;

'SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ZUHUR EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

:SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ASAR EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

;SAHAJA AKU SOLAT FARDHU MAGRIB TIGA RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

:SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ISYAK EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

;SAHAJA AKU SOLAT FARDHU SUBUH DUA RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TAALA.











(ha







Sebuah perjalanan

Friday 10 May 2013 0 comments
Ya rabb
ada ketika aku seakan baru tersedar
berbolak balik
hilir mudikku
didunia milikmu
pada alam benda
begitu terasa
perjalanan nya begitu jauh
melelahkan
adakala membosankan.

Ya rabb
saat menempuh perjalanan
yang berubah-ubah
bersilang -silang
mudah dan sukar
takdirmu lebih cepat tibanya
yang mampu menahan
untuk bersenang-senang
dan bertenang
dan juga
menahan dari patahnya harapan
kerana segala ujian.

Perjalanan ini memang bukannya mudah
meski pun telah diaturkan langkah 
dengan sejuta impian yang indah
kita harus pasrah,
ranjau-ranjau kehidupan
seiring perjalanan
kerana hawanafsu selalu mengambil bahagian
kadangkala lorong dan jalan
yang bersimpang-simpang
dipandang indah dan mengasyikkan.
lantas menjadi pilihan.
Bermula segala kesilapan
setelah keletihan mencari arah tuju,
tersentak dalam keletihan
rupa-rupanya jalan itu berliku-liku
berombak-ombak,bagaikan lautan yang tiada ketenangan.

Ya rabb..
kemana lagi mengharap,kepada siapa lagi hendak menghadap
sifat belas kasihmu
telah pun wujud sebelum
terciptanya aku
jangan lah engkau tolak diriku
dari kedua sifatmu.
kerana telah nyata
kelemahan dan keperluan ku.

Ya Rabb
yang terjadi
apa yang layak
kekurangan,kerendahan ,kelalaian dan kebodohan ku
namun daripada mu 
tetap muncul
segala yang haq 
dari kemuliaan dan kebesaranmu.

Sungguh buta matahati kerana
tiap saat terlepas kesedaran
dari diawasi.
sungguh rugi dagangan
hamba yang tiada
mendapat bahagian 
rasa malu dan rasa cinta
padamu

Ya Rabb..
dari dua sifatmu
ada ketika
aku tersedar
kembali memperhatikan
apa sebenarnya tujuan perjalanan ini
dengan rahmat mu
ku perhati makna alam benda
saat itu
diselubungi cahaya
pertunjuk matahati
mudah-mudahan
aku mampu dan akan kembali
kepadamu ya illahi
dari alam ini.
beri lah agar aku mengerti
sebagaimana
ketika masuk kedalamnya
dan ketika meninggalkannya
terselamat dan terpelihara
jiwa dan ruh ku
dari segala halangan dan gangguannya
anugerah lah pada ku
hati yang enggan bersandar kepada
alam benda dan dunia
kecuali,
Allah 
Lailahailahuwa.,



siapa kita

0 comments
Kita ini milik tuhan
tiada satu pun didunia ini milik kita
apa pun yang kita punya semua miliknya
anihnya kita ingin dan tetap ingin menguasai
begitu sekali malangnya
kerana sering saja terlupa
yang kita cuma seorang hamba
tetapi berjiwa hina
berkeluh kesah ketika diuji

ketika jiwa terdesak
kerana doa doa yang tertolak,semuanya bagaikan bertentangan dari apa jua keinginan
terbuka nafsu dan akal
lalu mencipta seribu tipu muslihat 
menghambat dan mengheret kearah kejahatan nafsu syaitan
mencipta jalan
kearah jalan yang mendidik jiwa semakin kelam
hawanafsu ingin terlepas dari segala ujian

saat tiada keredhaan
itu lah tandanya 
belum kenal Allah yang esa
yang berkuasa dan mencipta segala-galanya
yang mengetahui hikmah disebalik kemuslihatan
dikala tiada hikmah yang melekat dijiwa
akal menjadi tumpul
mata hati nenjadi buta
memaksa diri berdusta

Kerana kasihnya Allah
terlepas segala belenggu 
yang menghalang keinginan
pun belum tentu ada kesedaran
masih diulit bisikan syaitan
masih dikuasai nafsu dan keinginan
hati berkata kata
semuanya kerana maqbulnya doa dan pinta