Yang sebaiknya

Thursday 28 February 2013 0 comments
Dimulakan dengan nama Allah mudah-mudahan apa yang dikongsi disini dapat difahami,kerana terbatasnya pengetahuan tentang sesuatu yang sering dibincang bersama teman-teman,pengalaman bersama -sama orang yang arif,tarbiah dan pengetahuan yang dihulur dari guru-guru yang beriman dan sentiasa berpandu kepada al-quran dan hadits Rasulullah,semoga dari apa pun yang kita kongsikan sedikit sebanyak ada kebaikannya.

Bercakap dan menulis dari pengalaman itu lebih baik dari kita meneka-neka,sedikit kebimbangan
yang mengisi ruang hati boleh menyebab kita berfikir berjam-jam atau berhari-hari.
Kerana kita bimbang yang tidak kenal kedudukan sendiri dan akhirnya ada saat kekhuatiran itu menyebab kita pun berfikir,bagaimana pula nasib kita dikemudian hari.

Kenapa tidak bermula dari orang yang biasa-biasa kemudian menjadi orang yang abid dan kemudian menjadi orang yang melampau,itu lah diri kita jika lalai mudah sekali terperangkap dengan hasutan syaitan dan keinginan hawa -nafsu sendiri.
Bukan berbicara untuk semua manusia ,cuma buat orang-orang yang juga seperti diriku sendiri.
Bermula dari Rasulullah,kemudian kepada para sahabat,para shidiqin,sholihin para guru kita yang arif,para ulama yang benar mereka ini bukan seperti kita.
Ingatlah hanya kita berharap benar agar langkah-langkah perjalanan kita benar -benar mampu mengikut jejak-jejak mereka.

Lihat lah saja diri kita,jangan sekali berani mengata kita seorang yang tawadhuk,taat,arif,alim,warak dan seorang yang mursyid,jangan berani melabel diri sebagai wali,
jangan mengada-ngada dalam beragama,jangan sekali-kali..

Yang sebaiknya pohon lah ilmu dan hikmah daripada yang mencipta kita,Allah itu maha berkuasa
kita cuma para hambanya dari berkah  zikir dan wirid yang istiqamah Allah kurniakan kita kemanisan Iman,tetapi itu bukannya tanda kita telah hebat,iman kita seperti dua jari yang sentiasa ada perubahannya dalam tiap geraknya ,nafsu kita sentiasa berbolak-balik dalam bentuk yang berbeza-beza.
Apakah kita lupa bahawa semuanya itu cubaan belaka,didalam berzikir pun syaitan tetap ambil tempat.
Kecuali orang yang ahli tentangnya tetapi bukan orang-orang seperti kamu atau aku.
Kenapa kerana aku telah melihat kamu dan kamu juga telah melihat diriku,paling senang kukata
Islam itu tidak boleh diambil sebahagian dan ditinggal sebahagian lagi.
Yang paling mudah pun kita tidak dapat menyelesaikannya bagaimana hendak dikatakan diri seorang wali.Kenapa beribadah kemudian ingin menjadi wali,kemudian mengikitiraf diri sebagai wali.
Bab fiqih belum selesai bagaimana mungkin mencapai darjah mursyid.Bila bermusafir kita masih memilih tempat tidur,bab makan kita masih memilih-milih makanan yang lebih bertaraf dimata kita tidak kah kita sedar tentang itu?
Tiba-tiba kita bercakap tentang khusyuk,tentang kehebatan,tetapi contoh apa yang kita beri.
Bercakap tentang lalai,bercakap tentang iman dan Islam.Bercakap seolah-olah telah begitu baiknya contoh kita berikan. Lalu hati ku yang jahat pun  berkata,ah cakap tak serupa bikin,bagaimana orang luar,tidak mustahil jika hati mereka pun berbicara,bagaimana ahli dan orang pimpinan kita , tidak kah akan hilangkewibawaan seorang pemimpin yang begini.


Allah berfirman didalam hadis Qudsi"Hai para hambaku jika kamu ingin masuk kewilayahku
maka engkau jangan tergoda oleh Mulki,Malakut dan Jabarut,kerana
Alam Mulki ialah syaitan bagi orang Alim,Alam Malakut Syaitan bagi golongan yang Arif dan
Alam Jabarut adalah syaitan bagi orang-orang yang ingin masuk ke Alam Qudsiyah.

Untuk orang seperti kita itu lah yang akan kita hadapi kerana hukum wajib dan sunat pun masih sukar dibezakan apatah lagi yang batil dan bidaah.kita masih jauh begitu jauh sekali,tidak kah malu kepada Allah?Dalam proses memperbaiki diri pun kita masih ditahap sifar.

Semuanya sekadar perkongsian dan peringatan bersama-sama agar kita sedar dimana selayaknya diri kita dan sedar kelemah diri sendiri.Supaya kita tidak sebarangan dalam setiap apa yang bakal kita lakukan.

"Semoga bermanfaat"



Bahaya yang tidak disedari

Sunday 24 February 2013 0 comments
Entri ku kali ini mungkin agak keras tetapi apapun ia tetap satu kenyataan,apa pun seperti yang kita sendiri tahu kehidupan kita bukannya satu perjalanan yang boleh kita ambil jalan sesuka hati yang kita mahu.
Semuanya ada peraturan dan semua nya ada batasan.Semua kita harus bertanggung-jawap atas segala yang diamanahkan,apa sebenarnya salah satu dari apa yang amat wajip diperhatikan ialah pengunaan kemudahahan Internet dan apakah tanggung-jawap kita terhadap diri sendiri.Tidak perlu kita sentuh orang lain cukup diri sendiri sahaja,kerana disini lah bermula segala-galanya.

Apa pun kemudahan yang kita ada seharusnya kita letakkan sempadan syariat dan sempadan kesedaran dari hati agar kita tidak menyalah gunakan kemudahan itu yang akhirnya segalanya akan kita tanggung dikemudian hari.

Seorang wanita yang telah berkahwin ada lah haram hukumnya jika membenarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kerumahnya.Siapa yang tidak tahu tentang hukum begini,mustahil semua pun tahu cuma perlaksanaan yang kita abaikan.
Apa bezanya dengan kemudahan internet,wanita-wanita yang menggunakan kemudahan internet membiarkan lelaki yang bukan dari saudara mara,cuma kenalan dialam maya masuk dan berbual dan beramah mesra itu sama hukumnya dengan perbuatan yang keji,sama hukumnya dengan wanita yang membenarkan lelaki yang bukan muhrim masuk kerumahnya.

Perbuatan begini sama dengan merosakkan diri sendiri,kerana ia telah mengizinkan perkara yang tidak sepatutnya meroboh dan memasuki ruang yang seharusnya dijaga dengan sempadan yang ditetapkan.
Mungkin bagi setengah pihak ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi ia adalah perbuatan mungkar yang merosak hati nurani dari  hari kehari dan akhirnya ia cuma tinggal sebuah penyesalan jika sudah terlambat hendak menyedarinya.
Kenapa tidak mahu belajar jujur walau pun tiada orang disekeliling melihat perbuatan kita tetapi ingat lah Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan.
Kenapa tidak sedar perbuatan itu sama dengan orang-orang yang berkalwat,berdua-duan dengan orang yang bukan muhrim,.fikir-fikirkan.In shaa Allah kita cuba perbaiki segala kesilapan.

"Peringatan buat diri sendiri dan sekadar perkongsian bersama"

Mazmumah bahaya

Saturday 23 February 2013 0 comments
Hidup ini adalah sebuah perjalanan ,perjalanan yang kita sendiri tidak tahu apa dan apa lagi yang ada dihadapan kita.Tetapi meskipun kita tidak tahu apa yang bakal kita tempuhi tetapi kita tetap tahu apa yang telah kita laku kan disetiap berlalunya perjalanan dan proses kehidupan .

Bagaimana seharusnya segala amal ibadah,zikir dan apa jua yang kita lakukan seharusnya kita mendapat hasil,kerana benar sekali tanpa hasil apa lah gunanya sebuah perjuangan yang kita laung-laungkan.
Apa lah gunanya kita bercakap tentang Islam jika amalan dan sifat syaitan yang kita sukakan.

Dikatakan hasil tidak perlu kita lihat begitu jauh sekali,cukup kita lihat disekeliling diri kita dan juga perhubungan diantara keluarga kita.
Jika kita hidup dengan sifat kehambaan,sedar sebagai hamba Allah maka segala ujian Allah atau seorang yang  sengaja diuji oleh sesamanya untuk melihat sejauh mana kekuatan rohani dan hasil dari amalan yang dilaung-laung itu akan mudah menghadapi segala yang mendatang tanpa ada rasa sakit hati,dengki dan prasangka buruk sesama mukmin dan manusia.
Itu pun dikatakan hasil,jangan lupa ini adalah hasil yang paling dekat dengan diri kita.

Antaranya kita perhatikan lagi,bagaimana,adakah kita memiliki rasa kehambaan atau ketuanan,jika kita memiliki sedikit rasa ketuanan ia sudah cukup memusnah kan segala benteng yang kita bina dalam sekelip masa,rasa ketuanan membuat seorang insan itu bersifat memiliki,dan menghilangkan rasa kehambaan ,lalu hilang rasa malu terhadap Allah,walau berkali-kali kita ditarbiah tidak ada yang singgah atau melekat untuk diamal,kerana terlalu panjangnya angan-angan kita dan kita mahu semuanya disebut atas usaha kita sendiri,bagi hati kita itu cara yang kita suka dan dalam proses perhubungan sesama manusia kita tidak suka jika ada yang melangkau diri kita,itu lah antara sifat syaitan yang ada pada diri manusia.
Kenapa kita terlalu ego dan lupa diri kita sendiri.
kenapa kta masih ingin bersifat ingin memiliki dan hilang sifat kehambaan.Seharusnya ada rasa malu yang perlu kepada Allah yang memiliki segala-galanya.
Tidak kah kita sedar rasa ketuanan itu lah yang menyebab semua penyakit hati ,sombong,dengki dan segalanya.
Seseorang yang jujur dan ikhlas seharusnya mencontohi kehidupan perjuangan dan cara pergaulan dizaman Rasulullah,seorang yang mengaku mencintai Rasulullah sepatut nya telah hilang rasa dengki dan prasangka buruk terhadap sesama saudara nya sendiri.harus telah sedar setiap kali sifat ingkar terbit kepada suami.
Syurga apa yang ada hendak dicari jika ketaatan kepada suami  dan kederhakaan tidak dapat kita beza kan,Kita manusia tidak lari dari berbuat dosa tetapi setiap kali jua kita perlu perbaiki diri.
Apa yang perlu kita takut ada lah kita rasa diri kita betul dan tidak tahu membeza dosa yang kita lakukan.
Dan itu lah yang dikatakan su-ul khatimah,sehingga kita tidak kenal apa itu dosa,apa yang dilarang dan disuruh.
Lihat lah disaat tiba-tiba sakit hati kita hanya kerana seorang manusia yang kia sanjung sedangkan ia hanya manusia sama seperti diri kita yang belum pasti jua nasibnya diakhirat maka berarti kita telah memiliki sifat ketuanan dan memiliki yang melampau,sedangkan Allah itu yang maha hebat pun tidak ada batasan untuk makhluknya mengenali dan berinteraksi dengannya.
kenapa pula sesama manusia?
Jangan lah hanya kerana seorang manusia kita lupa apa yg dibenci Allah.
Dan jangan sekali kita merasa diri kita bagus hingga kita lupa apa yang kita lafaz kan.Sehingga kita ambil remeh sesuatu yang dihulur dan nasihat yang diberikan.
Dan jangan sekali kita bersandar kepada kepercayaan sendiri dan lupa pada apa yang Allah dan rasul telah peringat kan buat semua manusia.

"Peringatan buat diri sendiri dan semoga bermanfaat""

BAHAYANYA SIFAT TAKBUR

Tuesday 5 February 2013 0 comments
Manusia mudah sekali dihinggapi sifat takbur,dan berbangga pula bila memiliki sifat buruk ini.
Sifat takbur bukannya sesuatu yang patut kita biar kan bermaharajalela dijiwa ,sebaiknya nya
berusaha muhasabah diri kerana sifat ini punca segala kejahatan .

Seseorang bila dihinggapi sifat buruk ini akan selalu membenarkan pendapat sendiri ,akal dan tidak perlu lagi beriman atau berpandu kepada Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.Dia menjadi tuhan kecil,menjadi raja dan menjadi segala-galanya.
Apabila kita berbangga pula menjadi lah kita manusia yang sukar dimengerti,tidak kira ia seorang 
abid atau pun dia telah pun mengerjakan haji atau umrah,banyak sedekahnya,semuanya dibuat dengan diungkit-ungkit dan menunjuk-nunjuk.

Bukan susah nak kenal sifat takabur,kalau membeli ubat,ubat yang dibelinya lah yang paling mahal,kalau ada harta,hartanya lah yang paling bernilai,jika dah kemekah ilmu yang disampainya semua benar dan betul mengikut fikiran sendiri dan mudah sekali nampak aib orang seolah dirinya dilahirkan suci bersih.
Alangkah malunya kita bersikap seperti ini.

Allah s.w.t berfirman:"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombong diri terhadapnya,sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan
mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta kedalam lubang jarum" (Surah al-Araf-ayat 40)

"Ingatlah dan kenangkanlah ihsan tuhan kepada kamu ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada didalam hati mereka terhadap kebenaran Islam,perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu,lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasulnya dan kepada orang-
orang yang beriman sehingga tercapailah perdamaian serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah taqwa ,serta mereka disisi Allah adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah Taqwa "itu serta ahlinya.Dan ingatlah Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Sifat takabur merupaka kebinasaan diri yang boleh mendapat kehinaan dan deraan didunia sebelum diakhirat,
Khatimul Asham berkata,"hendaknya jauhi diri daripada mati dalam tiga keadaan,iaitu takbur,tamak dan ujub,kerana Allah Taala tidak akan mengeluarkan sseorang itu dari dunia sehingga diperlihatkan dulu penghinaan keatas nya atau sekurang-kurangnya keatas keluarga sendiri.
Orang yang tamak pula tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah merasakan amat memerlukan secebis roti dan seteguk air kerana terlalu lapar dan dahaga.
Orang-orang yang ujup juga tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah diperlihatkan dirinya
bergelumang dengan air kencing dan tahinya sendiri"

Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah bersabda yang berbunyi;"
"Orang-orang yang sombong,keras kepala dan takbur,akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti
kumpulan semut,yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka disisi Allah S.W.T.

Dan Rasulullah saw bersabda:
'Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan menganggap hina kepada orang lain"
Ingat lah takbur ini sentiasa ada bersama kita dan kita selalu lupa atau sengaja hendak membinasakan diri sendiri,

Allah swt berfirman:"Aku akan memalingkan mereka dari ayat-ayat ku orang-orang yang menyombongkan dirinya dimuka bumi tanpa alasan yang benar (Q.S 7-146)
Demikian lah Allah mengunci hati setiap orang yang takbur lagi sewenang-wenangnya(Q.S 40:35)

Oleh itu muhasabah diri setiap waktu kerana ia bertapak tanpa memilih sesiapa pun,walau serajin mana pun seorang itu beribadah atau pun telah menutup seluruh aurat atau pun telah menunaikan haji dan umrah atau pun seorang yang banyak sedekah dan dermawan dan apatah lagi jika seorang yang jahil dan ahli maksiat semua nya akan dihinggapi sifat takbur dan hendaknya kita sedar dan berusaha menjauhinya.

"semoga bermanfaat buat kita semua"
I