Apa kebaikan nya diantara lalat dan lebah

Friday 5 April 2013 1 comments
Bismillahirahamanirahim,berjumpa lagi kerana ada nya waktu yang terluang dan berkongsi kita mengenai persoalan dari dua jenis serangga yang sentiasa kita temui dan diantara keduanya salah satu darinya sukar untuk dihindari.

Lebah dan lalat adalah ciptaan Allah yang mempunyai rahsia dan keunikan sendiri yang mempunyai maksud yang tersirat namun disebaliknya tetap keduanya memiliki kebaikan dan keburukan.
Ini lah keadilan dari yang maha berkuasa yang mencipta segala-galanya namun kita manusia harus jua mencari apa yang tersirat disebalik ciptaannya untuk kita jadikan hikmah dan tauladan,mana yang buruk kita jadikan sempadan.

Lebah diketegorikan sesuatu yang lebih baik dari lalat,lebah sentiasa mencari sesuatu yang baik untuk dijadikan bahan makanannya meskipun ia berada dikawasan yang kurang elok.Lebah menjadi contoh yang elok dan ada yang tersirat didalam penciptaannya untuk kita pelajari.
Semua pun tahu dari madu yang dihasilkan oleh lebah mampu menjadi penawar pada pelbagai penyakit.
Yang kita lupa kita tidak nampak contoh yang baik dari sifat lebah yang mengunakan matanya melihat kearah kebaikan dan sentiasa sedar akan kebaikan yang lain disekitarnya,jika kita sedar betapa ia memiliki kelebihan yang tidak atau jarang dimiliki manusia yang dikurniakan akal kerana kita jarang mampu menghadapi segala kesusahan dan ujian dengan mata hati yang jernih dan tawakal,kenapa kerana kita sering mendahului setiap kesusahan dan ujian musibah dengan keluhan dan rungutan dan sesalan yang kadang-kadang nya membuat kita jatuh kejurang yang menjadikan kita kufur nikmat dan lupa segala ketentuan.

Lalat pula dari serangga yang suka menghinggapi tempat yang kotor,meski pun berada dikawasan yang luas dan indah ,lalat pasti lebih suka tempat yang bernajis,menghinggapi bangkai dan kemudian ia mendatangi tempat makanan manusia jika kita lalai kita menyajikan apa jua makananan pasti tanpa segan ia akan duduk beristirihat diatas sajian atau makanan manusia..
Lalat juga mampu menyebarkan penyakit dan kuman kerana perhatikan saja cara permakanannya dan tempat yang suka dihinggapinya.
Namun walau pun ia dikatakan kotor tetap ada jua kebaikannya,disebabkan hanya Allah yang tahu tentang rahsia yang tersirat didalam tiap -tiap penciptaannya maka kita perlu tahu apa rahsia disebalik rahsia yang tersirat,bukannya menghina atau mencari-cari kelemahan ciptaan Allah.

Ada hadith yang berbunyi;

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “ “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”  (Riwayat al-Bukhari)

Meskipun begitu tetap saja ada kebaikannya tetapi tetap harus kita  hindari  dari mencontohi tabiat lalat yang sentiasa mencari sesuatu yang buruk dari yang baik,
Al-imam Al-Ghazali ,didalam kitab nya Ihya-ulumuddin mengatakan lima perkara yang membukakan puasa orang orang yang berpuasa dan diantara satunya ialah menjadi lalat merah.kenapa ? kerana orang -orang yang suka mengadu domba dan mengumpat itu seumpama seekor lalat merah,lebih suka kepada hal-hal yang buruk dari hal-hal yang bermanfaat itu pun seperti sifat lalat. Manusia atau kita sendiri yang bersikap suka atau mencari-cari keburukan orang itu sama lah seperti lalat.
Tidak usah jauh jauh nak mengata orang lain,sikap ini ada pada diri kita sendiri jika kita tidak tahu muhasabah diri,tanpa sedar tanpa malu kita berbangga memiliki sikap sebegini.Seeloknya kita mula selidiki diri sendiri,

Lalat tetap lalat walau ia tidak membunuh kita secara terang atau menyerang kita secara ganas tetapi keburukan dan padah yang kita dapat ada lah secara senyap tanpa kita sedari atau ketika kita lalai dan leka sepertinya juga.
Keduanya jua mampu menyakiti kita tetapi caranya berbeza,lihat lah lebah ia tidak akan menyerang manusia jika kita tidak menganggunya.walau sebesar mana pun sarang lebah diatas pohon jika kita tidak menjoloknya tidak mungkin ia menyerang manusia yang melintasi atau duduk dibawah pohon tersebut.Tetapi jika ia menyerang manusia tahu-tahu lah  menyelamatkan diri.

Lalat pula seperti tetamu manusia,walau bukan disukai ia sukar dihindari  secara senyap
banyak keburukan yang datang darinya untuk kita perhati dan fahami.Biasanya kita jarang mengelabah jika melihat lalat tetapi berbeza dengan lebah,kita akan panik dan rasa khuatir.
Jadi terpulang kepada diri sendiri adakah kita kita hendak mencontohi sikap lebah atau lalat.
Apa yang penting kita tidak seharusnya seperti kedua-duanya kerana kita manusia dianugerah kan akal yang membezakan manusia dari kedua-dua serangga tersebut,cuma ada contoh dan ilmu yang Allah kurniakan di dalam setiap penciptaanya buat kita manusia fikir-fikirkan.

"Semoga bermanfaat dan buat peringatan kita bersama"