Saturday, 7 January 2012 0 comments
Manusia didalam menghadapi Nikmat kurnia Allah terbagi tiga.Pertama gembira dengan nikmat itu bukan kerana yang memberi..dan aku selalu berada disituasi ini.
Selalu bergembira semata-mata kerana keseronokan dan kepuasan dari nikmat dan ternyata termasuk orang yang lalai.bersesuai sekali dengan firman Allah;"Sehingga bila mereka telah puas gembira dengan apa yang diberikan itu,kami seksa mereka dengan tiba-tiba.

Kedua orang yang gembira dengan nikmat kerana kesedarannya ia semata-mata pemberian Allah kepadanya dan ini bersesuaian sekali dengan firman Allah:"katakanlah:kerana mereka mendapat kurnia dan rahmat Allah,maka dengan itu mereka harus gembira yang demikian itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.

Ketiga orang yang hanya gembira dengan Allah tidak terpengaruh oleh kelazatan lahirnya nikmat,dan tidak kerana kurnia Allah,lantaran sibuknya memperhatikan kekuasaan Allah,rasa terhibur hingga tiada apa pun yang ternampak kecuali Allah jua.

Mungkin kah ada kesempatan untuk memperhatikan didalam situasi mana kita berada disaat kita menerima nikmatnya,rasa-rasanya jarang sekali kita berbuat sedemikian,tetapi bersyukur lah kepadanya kerana kemudiannya kita sedar dan dengan Rahmatnya kita berpeluang untuk memperbaiki diri kita kerana perjuangan kita untuk menghindar segala yang tidak diredhainya tidak ada noktahnya..
0 comments
Siang yang panjang bagai berkurun lamanya
menanti saat mentari membenam diri
berjuang berhempas pulas sepanjang hari
ingin menembus tirai takdir
kerana rasa khuatir
mungkin yang terjamin itu tak mungkin tiba


Kerisauan hati mungkinkah kerana terhijapnya Syu"aa"ulbashirah
hingga condong kepada kemampuan diri 
bingung dan gundah
mengatur diri 
hingga terputus dari pencipta 
berkali-kali ku bertanya
mengapa 
kerana terangnya sinar cahaya nur mu
menjadi samarnya penglihatan ku
Terbatasnya panca indera
bagaikan menyalahkan takdir
silaunya pandangan kerana kelalaian
menepis debu yang berterbangan 
menumpang bagaikan  dedalu yang merosakkan


Ya Illahi..
andai tajamnya matahati
semua itu bukannya semata-mata kerana adanya
hingga aku terlupa memperhatikan alam buatan mu
bersabar dengan segala ciptaanmu
bagaimana mungkin dapat melihat kesempurnaan dzat mu.

Hati,Mulut dan Akal

Friday, 6 January 2012 0 comments
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Perjalanan kita didunia ini bukanlah sesuatu yang harus kita pandang remeh dan sambil lewa,hakikatnya semuanya tetap dicatat dan dipertanggungjawapkan.Walau pun demikian hati  selalu saja terkalah kerana syaitan-syaitan yang sentiasa mengelilingi hati kita,apabila telah dapat mereka bertempat dihati maka segala kejahatan apa saja terhias begitu indah dimata kita.
Perhatikan saja tabiat  manusia,mengaku orang yang beriman tetapi selidiki diri ,kita memberi,menderma atau berbuat kebaikan mengikut apa yang kita mahu dan bila suka tetapi jarang sekali kita ikhlas berbakti disaat Allah menentukannya.
Sering kita terlupa semuanya kita mahu mengikut keinginan kita.Kata kan ada teman-teman,saudara mara atau adik beradik meminta pertolongan kita dalam bentuk apa jua kita dengan mudah menolaknya,benar kerana tiadanya  Rahmat Allah kepada kita disaat itu maka kita tidak akan pernah menyedari kesilapan begini.Kita tidak sedar disaat orang meminta pertolongan kita itu mungkin dia benar-benar mengharapkannya  tetapi kerana hati  telah terhijap dari mengenali apa yang perlu dan tidak maka kita mengabaikannya , tetapi alangkah malunya kita jika kita lihat sifat Allah yang maha Rahman yang sentiasa memberi  walau pun kita tidak tahu mensyukuri nikmatnya.Bukan senang hendak mendidik hati  ini agar sentiasa ikhlas tetapi bukannya rugi untuk membuka matahati  kerana itu setiap kali terjadinya kesilapan begini ingat lah semuanya kerana hati kita jauh dari Rahmat Allah SWT.Dengan menyedari begini sedikit sebanyak  dapat mendidik hati  kearah yang diredhainya.
Hati dan mulut seakan tidak mungkin berjauhan tindakannya,apa yang tersirat dihati itu yang akan kita lafazkan dimulut,boleh dikata hati dan mulut yang berbentuk tidak lah sebesar mana tapi dapat mengheret kita kearah perbuatan dosa yang besar,boleh menjahanamkan kehidupan dunia dan akhirat kita,merugi dan menjadikan kita seorang yang muflis diakhirat,Alangkah sukarnya untuk menjaga keduanya.Setiap saat kita gunakan mulut kita untuk berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat .Kita berasa semuanya indah saja apa yang tersirat dan  dilafazkan .Dan akal yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia memainkan peranan penting untuk menentukan kita bersifat kearah kemanusiaan atau kehaiwanan.Sebagai manusia kita sering tersasar tetapi kita dikurniakan  akal berbeza dengan haiwan .Jika kita dapat membezakan kelebihan kurniaan Allah SWT kepada kita insyaAllah kita akan dapat menggunakan akal  dan mengarahkan hati  dan mulut kita untuk berhenti dari terus menerus melakukan kejahatan ,dan kita tidak mengikut tindak tanduk hawa nafsu kita yang seumpama haiwan yang sememangnya tiada memiliki akal.
Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita kerana Allah saja yang mengenali kita makhluk ciptaannya.Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang."Ya Allah ampuni lah dosa-dosaku".
2 comments
Tersekat dipersimpangan 
berlabuh diperhentian..aduh bagaikan hilang arah tujuan
Cuba melangkah mencari segala kekuatan
masih kah ada sisa-sisa yang tertinggal
awan yang berarak.
berlalu meninggalkan pandangan mata yang menatap
langit yang nenitis air
terasa bagai kan menangisi diri
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Cahaya ilmu bagaikan terdinding
oleh lapisan yang menjadi hijap
bagai bejana yang penuh 
kemuflisan udara


Bersekutu
umpama keldai membawa beban
adakalanya bagaikan kuda berlari mengejar saingan
apakah telah terukir 
kekhususan ini


Mungkinkah akan berhembus angin yang halus
meroboh yang terbentang
agar terangkat tabir
yang menjadi penghalang
terhentinya digarisan-garisan
gurisan akal..