Siang yang panjang bagai berkurun lamanya
menanti saat mentari membenam diri
berjuang berhempas pulas sepanjang hari
ingin menembus tirai takdir
kerana rasa khuatir
mungkin yang terjamin itu tak mungkin tiba
Kerisauan hati mungkinkah kerana terhijapnya Syu"aa"ulbashirah
hingga condong kepada kemampuan diri
bingung dan gundah
mengatur diri
hingga terputus dari pencipta
berkali-kali ku bertanya
mengapa
kerana terangnya sinar cahaya nur mu
menjadi samarnya penglihatan ku
Terbatasnya panca indera
bagaikan menyalahkan takdir
silaunya pandangan kerana kelalaian
menepis debu yang berterbangan
menumpang bagaikan dedalu yang merosakkan
Ya Illahi..
andai tajamnya matahati
semua itu bukannya semata-mata kerana adanya
hingga aku terlupa memperhatikan alam buatan mu
bersabar dengan segala ciptaanmu
bagaimana mungkin dapat melihat kesempurnaan dzat mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
New comments are not allowed.