MELARAT DAN MANFAAT

Tuesday, 15 May 2012
Berkata-kata atau bercakap menjadi tabiat dan kegemaran manusia,Agak mustahil dan mungkinkah kita dapat menahan diri dari berkata-kata dan berapa lama kah masa yang termampu untuk berdiam atau membisu.
Tetapi memang benar semakin banyak kita bercakap jika tidak disertakan akal dan hati semakin bertimbun kesalahan yang bakal kita lakukan.
KENAPA?
Kerana jika setiap apa yang bakal diucap itu menguasai kita dan pasti ia membuat seseorang itu semakin jauh menyimpang dan menyebabkan ia keliru dan hilang arah.
Bahaya pada lidah ialah apabila berbohong dan bohong itu pula tidak mendatangkan kesalahan pada hati dan akal.Ini lah penyakit yang kita takuti.
Manusia itu berbeza-beza cara berfikir dan berkata-kata tetapi perbezaan tidak boleh kita jadikan sebab untuk kita berbangga diri atas cara orang lain yang kita anggap lemah atau lembab kerana jika kita bersikap demikian tanpa disedari kita menjadi manusia yang sombong kerana membiar diri kita dikuasai oleh sesuatu yang kita anggap betul walhal kita tidak tahu apakah situasi kita disisi Allah ketika itu.
Perhatikan dalam situasi yang berbeza-beza adakalanya pertengkaran terjadi walau seseorang itu tidak langsung berniat jahat atau mengeluarkan perkataan yang boleh dijadikan pertengkaran tetapi disebabkan keadaaan manusia yang menerima itu berbeza-beza caranya jadi yang terbaik hendak lah berhati-hati dengan insan-insan yang sebegini mudah mencemar suasana.
Cara yang terbaik tanamkan didalam hati kita bahawa orang-orang yang suka bertengkar atas perkara yang tidak sepatutnya ada lah orang -orang yang dikuasai oleh hawanafsunya.Bersabarlah dan jangan sekali mengikuti jejak-jejak mereka.

Berbalik kepada hal berkata-kata,cuba kita fahami firman Allah swt::'Tidak ada suatu perkataan yang diucapkan manusia melainkan ada pengawas,siap sedia mencatatnya(surah.QAF..ayat 18..
Kita sebenarnya tidak peduli dengan apa yang diingatkan melalui firmannya,walau diingat kita tetap atau sengaja lupa lalu muncullah kata-kata yang membawa kepada malarat.
Setiap yang baik bermanfaat semoga apa yang kita laku kan lebih kita arahkan kepada yang memberi manfaat buat sesiapa saja disekeliling kita.

0 comments:

Post a Comment