Cuba kita luangkan sedikit dari masa untuk merenung keadaan kita dan lihat dan selami lah jiwa kita sedalam-dalamnya semoga kita bertemu dengan segala rahsia siapa diri kita sebenarnya.
Mencari kekuatan rohani dan jasmani melalui berbagai cara dizaman moden yang boleh merosakkan akidah yang disogok dan dipapar diblog ,media dan buku buku yang ada dipasaran bukan nya yang terbaik,andai kita salah cara memahaminya ia boleh menjerumus kan seseorang itu kelembah yang hina iaitu syirik.
Berapa ramai dan sejauh mana kita dapat memahami bahawa segala sesuatu selain Kekuasaan Allah itu ada lah batil dan tiada kuasa memberi manfaat maupun mudarat.
Dan sejauh mana kekuatan iman kita melawan hawa-nafsu untuk benar-benar mengakui segala cara atau benda itu hanya sekadar sesuatu yang berfungsi dengan izin Allah.
Apa saja yang ingin kita lakukan,tidak kira apa pun ia,contoh jika kita pening kepala dan kemudian kita terfikir dengan makan sebiji panadol pasti pening akan hilang,dan tanpa kita sedari panadol menjadi tuhan yang kita lantik tanpa sedar.
Tanpa kita sedari setiap hari kita menduakan kuasa Allah.
Yang lebih berat untuk kita atasi dan amal ialah menyakini segala sesuatu itu tiada kuasa melalui iman bukannya ucapan.
Ramai sekali kita temui orang-orang yang berkata,dengan izin Allah baru ia berfungsi atau berguna tetapi manusia atau kita sendiri sedar kebanyakannya sekedar ucapan untuk mengambil hati sesama manusia agar tidak dituduh syirik tetapi sebaliknya ucapan itu sekedar dilidah sahaja bukannya diimani.
Terbaik dan yang selamat hendak lah kita sentiasa berfikir dan kembali kepada ALLAH setiap kali hendak mengunakan atau memulai sesuatu,hendaklah kita sendiri berusaha mendidik jiwa kita agar benar-benar tahu membezakan yang batil dan haq,kerana ini lah yang paling sukar untuk dilakukan.
Bacalah sebahagian wasiat RASUL kepada SAIDINA ALI.R.A.
WAHAI ALI:
Tidaklah dianggap beragama bagi orang yang tidak tunduk kepadanya,
tidak lah dianggap berakal bagi orang yang tidak berpandu kepadanya,
tidaklah dinggap beriman bagi orang yang tidak warak dalam agamanya
tidaklah dianggap beribadah bagi orang yang tidak tahu agama(jahil),
tidaklah dianggap bermaruah bagi orang yang tidak bersedekah,
tidaklah dianggap bertaubat bagi orang yang tidak mendapat taufik daripadanya.
WAHAI ALI;
Barangsiapa yang tidak warak dari kemaksiatan,maka perut bumi itu lebih baik baginya dari punggungnya(permukaannya) kerana tiada keimanan dalam hatinya.
WAHAI ALI;
Pokok warak itu adalah meninggalkan apa yang diharamkan Allah,dan pokok kemuliaan pula adalah meninggalkan kemaksiatan.
WAHAI ALI;
Banyak tidur itu mematikan hati dan meninggalkan kebaikan dan banyak kelakukan dosa itu mematikan hati dan mengakibatkan penyesalan.
WAHAI ALI;
Sesiapa yang diberi nikmat oleh Allah lalu dia bersyukur,bila diuji dia bersabar dan bila melakukan kejahatan dia memohon keampunan,maka ALLAH masukkan dia kedalam syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya..
Wahai diriku,hingga kesaat ini aku sekadar masih membaca wasiat ini,wasiat yang indah dan panduan jalan yang selamat,namun aku masih saja tersasar dan belum mengimaninya dengan roh dan jiwa yang benar sebagaimana yang diredhai oleh Allah yang maha berkuasa.
Semoga bermanfaat buat kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment