PENTINGNYA BERILMU

Thursday, 24 January 2013 0 comments
Manusia jika bercakap mengenai seseorang ia menjadi bijak dan cermat sekali,dibuka aib dan begitu petah sekali lidah membuka aib insan lain tanpa rasa bersalah apatah lagi rasa berdosa.
Kenapa jadi sedemikian kerana diri merasa begitu baik dan sempurna ,bersih dari dosa dan noda atau kerana kita telah pun mengerjakan solat,atau sudah banyak sodaqahnya,sudah menutup aurat,sudah kaya raya berpelajaran tinggi dan mampu dalam segalanya dan yang lazimnya terbit sifat sebegini kerana telah merasa begitu sempurna ia sebagai seorang islam kerana telah pun mampu mengerjakan haji dan umrah.

Bukan mengata sesiapa, rasa-rasanya diri sendiri pun bersifat sebegini dan mudahan dijauhkan Allah dan jangan tergolong dari golongan yang sebegini.
Berbalik kepada sifat dan amal ia sesuatu yang harus diperhatikan setiap kali timbulnya sifat mazmumah.
Sifat -sifat mazmumah itu mudah sekali mengiringi kita,dari hal yang nampak dan jelas sehingga hal-hal yang remeh dan kecil dan sukar dikesan.
Ahli ibadah,ahli yang faqih ,yang taat atau yang ingkar semuanya memiliki sifat mazmumah.Syaitan sentiasa menyelinap kedalam qalbu dan roh manusia dan hanya orang yang mukhlis yang terselamat dari tipu dayanya.

Kenapa kita rasa begitu selamat dengan amalan kita,apakah kita telah mengalami alam maut? Atau apakah kita telah mengalami alam kubur dan kemudian kita pasti kita telah pun dicopkan sebagai ahli syurga
Semua itu tidak ada yang menjelaskan siapa pun dan digolongan mananya diri kita selamat kah atau tidak kerana kita belum pun berada dialam yang kekal abadi.Kerana itu manusia tidak seharusnya hidup sesuka hati di-dunia ini tanpa ada batas-batasnya.Kelaziman kita suka berbuat dosa,walaupun kita tidak tahu bagaiman diri kita dalam pandangan dan penilaian Allah tetapi Allah menetapkan agar semua kita berpegang kepada Alquran dan sunnah nabi Muhammad saw. Dan itu lah pertunjuk ke-jalan yang diredhainya.Dan sentiasa bersangka-baik kepada Allah.

Meskipun telah berkali-kali  mengkhatamkan Al-quran dan juga menghafalkan terjemahannya  tetapi belum tentu menjamin seseorang itu mengamal keseluruhannya dan juga menjauhi larangannya.Ada ketikanya sahaja kita  sedar, "Oh ini lah yang diperintah Allah dan ini lah yang dilarangnya.
Biasanya hal hal yang kecil yang kita anggap remeh itu pun ada kesinambungan dengan apa yang tersirat didalam kitab suci Al-Quran.
Semoga Allah mengurniakan ilmu dan hikmah kepada kita atas setiap surah yang dibaca dan dapat difahami dan diamalkan setiap saat.

Dan Allah swt berfirman:Bermaksud"...mengangkat oleh Allah akan segala mereka yang beriman mereka itu daripada kamu dan segala yang datang akan mereka itu ilmu akan beberapa darjat...(Surah AL-MUJADALAH;ayat 11)

Dan nabi s.a.w. bersabda;"Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang abid ,iaitu seperti kelebihan aku atas sekurang-kurang daripada kamu."
Dan sabdanya;"Bermula faqih yang satu orang,iaitu terlebih afdhal daripada seribu orang yang abid.
Adapun ertinya orang yang banyak berbuat ibadah sahaja padahal tiada ia faqih,ertinya tiada ia faham pada pekerjaan yang dikerjanya.

Dan berkata Sayidina Ali karamallhu wajhah:Ertinya;
Telah mememadai dengan ilmu itu kemuliaan iaitu bahawa mengaku akan dia oleh seseorang yang tiada mengetahui ia akan dia dan suka ia dengan dia apabila dibangsakan akan dia kepadanya.
Dan memadailah dengan jahil itu kecelaan iaitu bahawa melepas atau menjauh daripada jahil oleh seorang yang ada ia padanya.

Dan begitu banyak hadis yang menerangkan tentang pentingnya kita mempunyai atau menuntut dan mempelajari ilmu agama melalui al-quran dan sunnah.Dan kerana mengabaikan kepentingan mempelajari hukum-hukum dan syariat yang ditetapkan  didalam Islam yang bermula dari rukun Iman dan Islam ,membuat kita merasa tidak berdosa dikala berbuat maksiat zahir dan bathin.Tetapi insan yang berilmu apabila ia menjadi seorang abid akan terserlah diwajahnya keinsafan dan sifat taqwa.Mudah-mudahan kita mengikut jejak-jejak insan-insan yang diredhai.

"Semoga bermanfaat,peringatan buat diri sendiri"

GERHANA

Monday, 21 January 2013 0 comments
Apabila terjadinya gerhana baik gerhana bulan atau matahari,terjadi disiang atau dimalam hari sebagai seorang muslim sewajarnya kita mengambil iktibar dari kejadian tersebut.Setiap kejadian adalah kerana Allah swt  hendak mengingati kita tentang kebesarannya.
Rasulullah saw bersabda ;

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah{Matahari dan bulan  tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang atau kelahiran seseorang tetapi Allah menakutkan hamba-hamba nya dengan kedua-duanya.(Hadis riwayat Abi Bakrah r.a)
Disebabkan kita tidak tahu apa yang Allah kehendaki disebalik kejadian tersebut maka ada lah wajar ia dianggap sebagai satu peristiwa yang menakutkan.

Didalam surah al israk ayat 59,Allah swt berfirman yang bermaksud;:"Dan biasanya kami tidak menghantar turunnya tanda-tanda melainkan untuk menjadi amaran(bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman."

Disebalik peringatan Allah dan apa yang tersirat didalam firmannya ,Rasulullah saw telah bersabda didalam khutbahnya yang mengingatkan kita tentang kehebatan Allah yang berbunyi:"Wahai umat Muhammad!"Demi Allah! sekiranya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sudah tentu kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
Rasulullah cemas disaat-saat terjadinya gerhana dan adalah wajar jika kita tidak memandang remeh atas kejadian itu juga.
Para sallafusoleh akan segera mengerjakan solat sunat dan berdoa sehingga berakhirnya kejadian yang mencemaskan ini.
Terdapat riwayat yang mengatakan seorang ahli ariffin yang bernama Thawus menangis ketakutan  hingga hampir-hampir menemui maut disaat melihat kejadian gerhana dan beliau berkata "Matahari itu lebih takutkan Allah daripada kita"

Diantara amalan sunat yang dikerjakan ketika kejadian gerhana ialah solat dan berdoa;Rasulullah bersabda yang berbunyi"Apabila kamu melihat gerhana maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi".

Telah berlaku gerhana,Rasulullah saw berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku kiamat,lalu baginda saw tergesa-gesa pergi kemasjid dan solat dengan berdiri,rukuk dan sujud yang panjang yang tidak pernah aku lihat baginda melakukan seperti itu.(hadis Abu Musa).

Diriwayat oleh  Aisyah r.a"Setelah nabi saw menyampaikan khutbah gerhana matahari,maka baginda memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.

Dan terdapat juga didalam sabda baginda yang berbunyi;"Apabila kalian melihat gerhana,maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah dan mengerjakan solat dan bersedekah."
Dan berzikir dan beristighfar juga diantara yang dianjurkan oleh baginda ketika kejadian atau jika kita melihat kejadian gerhana.

"Buat peringatan bersama"

KETIKA ANDA SAKIT

Friday, 18 January 2013 0 comments
Sakit atau ketika segala penyakit mendatangi kita segala-galanya boleh berubah sekelip mata.Ketika itu lah timbulnya kesedaran tiada yang lebih bernilai dari memiliki tubuh badan yang sihat.Dengan kesihatan yang dimiliki apa pun urusan dunia maupun akhirat menjadi begitu mudah.Tidak perlu atau tidak kira adakah ia seorang jutawan atau seorang yang fakir.Apabila sakit atau ditimpa penyakit rasa peritnya tetap sama.
Berada dimana pun sakit tetap sakit dan hanya rahmat Allah yang kita perlukan ketika menghadapinya.

Persoalannya adakah kita menghadapi setiap penyakit dengan kekuatan atau dengan keimanan kita kepada Allah.Setiap kali ada bencana apa pun didunia yang mendatangi kita itu lah ujian buat diri kita sendiri.Dikala sakit manusia boleh kehilangan arah,ada yang mendatangi bomoh dan ada yang berbangga mampu masuk kehospital yang berprestij dan berbangga kerana mampu membayar dengan mahal atau berbangga dengan segala-gala nya dalam berbagai bentuk,malang kita lupa kenapa kita sakit.Kita lupa ada yang perlu dan wajib kita ingat.

Perlu kita tahu ketika sakit ia berkait dengan dunia dan akhirat dan ia datang dengan rahmatnya untuk menyedar dan menginsafkan .kerana itu sesiapa yang sakit pasti diwaktu malam penyakit itu lebih berat dan terasa.Dari pengalaman sendiri rasa sakit lebih perit diwaktu malam dari siangnya dan kita perlu tahu kenapa dan semuanya dengan sebab-sebab yang tertentu.
Semuanya kerana pada waktu malam kekuatan syaitan terdapat dimana-mana dan membawa tenaga negatif kepada sesiapa jua yang sakit.
Jika ada sesiapa yang mendapat serangan jantung kebiasaannya yang kita dengar kebanyakannya terjadi diwaktu malam.Sebaiknya ketika sakit kurangkan waktu tidur begitu juga ketika kita sihat,kerana syaitan mudah menangkap kita ketika itu.Tidur yang berlebihan akan menambah kemurungan dan menjadikan rohani kita semakin lemah. Gunakan ia untuk berzikir,solat dan apa yang baik untuk dunia dan akhirat dan tidur ketika perlu sahaja.

Sakit atau sesuatu penyakit itu bukannya sesuatu yang buruk di pengakhirannya kerana ia ada tanda amaran buat manusia semuanya.Kerana itu jangan asal anda telah sihat saja dan makan ubat lalu anda lupa untuk mengkaji darimana dan kenapa anda sakit.Apa pun sakit yang kita alami yang pentingnya hendaklah akhirnya mendatangkan kesedaran kita untuk mendekati diri kepada illahi dan kesedaran atas tiap kesilapan dan dosa-dosa.Berusaha memperbaiki rohani dan jasmani dan sabar dan benar-benar memilikinya.


Semoga bermanfaat buat semua.

0 comments

Berkali ku dongak keatas
Ku lihat langit masih disitu
bumi pun masih ku pijak
tanah-tanahnya yang basah meninggalkan jejak
angin sepoi masih dapat kurasa
semuanya masih seperti biasa
tetapi yang aneh
aku kehilangan jejak
begitu jauh telah ku tinggalkan segala yang pernah ku lewati
semuanya kerana aku melangkah dan terus melangkah
tanpa jemu dan tanpa putus asa
ku cari jalan dan arah
walau berkali -kali ku hadapi jerih dan segala halangan
ada ketika aku bertanya
tidak kah engkau letih
atau tidak kah ingin berhenti seketika
persoalan yang melemahkan aku
ku singkir ia jauh-jauh dari sanubari ku
walau adakalanya hati ku tersentuh
dan adakalanya aku bertanya
dimana..kemana..dan mengapa..
biarlah selagi langkah ku dengan bismillah
akan ku teruskan
akan ku terokai arti kehidupan
walau aku atau kita tidak pernah tahu 
apa yang ada dihadapan.




SETIAP YANG DIHARAMKAN ADA SEBABNYA

Tuesday, 8 January 2013 0 comments
Didalam surah al-Imran Allah swt berfirman"Dan (aku datangkan kepada kamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan bagi kamu."
Ayat ini bermaksud tentang diutusnya nabi Isa dan tentang pengubahan sebahagian hukum yang ada.

Nabi Isa adalah adalah pembenar bagi kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Kitab Injil pula diturun kepada Nabi Isa.
Perlunya nabi Isa diutus menjadi Rasul terkandung didalam firman Allah yang bermaksud didalam merujuk didalam Taurat"
............."dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan untuk kamu."  (Al-Imran:50)

Faedah kitab sebelum ini adalah sebagai peringatan bagi orang yang lupa akan kitab-kitab sebelumnya ,dan kitab-kitab ini akan membawa perkara-perkara yang sesuai dan seiring dengan peredaran Zaman.
Mengubah sebahagian hukum yang ada tetapi menetap kan soal akidah dan tiada perubahan didalamnya.Dan juga tidak merubahkan kisah-kisah sejarah.

Ada pun yang diubah ialah tentang sebahagian hukum saja,melibatkan penghalalan sesuatu yang diharamkan kepada bani Israel.Dan semuanya rahsia Allah berserta hikmahnya tentang yang dihalal dan diharamkan.
Apa yang diharamkan bukan sahaja kerana membahayakan kesihatan tetapi juga melibatkan masaalah adab,disiplin dan taabbud.

Diantaranya Allah berfirman:
                                                     "Maka disebabkan kezaliman orang-orang yahudi,kami haramkan keatasnya memakan makanan yang baik-baik yang dahulunya dihalalkan bagi mereka dan kerana mereka banyak menghalang manusia daripada jalan Allah swt.(An-Nissa;160)

Dan ayat ini tidak menunjukkan pengharaman Allah keatas mereka kerana sesuatu  sebab yang boleh membahayakan mereka tetapi atas sebab-sebab yang lain.
Dan nabi Isa diutus  untuk menghapuskan pengharaman beberapa perkara yang diharamkan oleh Allah kepada Bani Israel,yang terdapat didalam firmannya yang bermaksud;
                      "Dan kepada orang-orang yahudi,kami haramkan segala binatang yang berkuku dan daripada lembu dan kambing.kami haramkan  keatas mereka lemak dari kedua-dua binatang tersebut,selain lemak yang melekat dipunggung kedua-duanya atau di perut besar dan usus atau yang bercampur dengan tulang."

Dan sesungguhnya semua rasul yang diutuskan dan kaum yang dianugerahi Rasul dituntut untuk menyembah Allah yang satu
Dan tiada perubahan pada Akidah  tentang setiap perubahan hukum.

DAJJAL

Sunday, 6 January 2013 0 comments

Tentang dajal dia bukannya jin tetapi dia dikatakan manusia berketurunan yahudi. Dajal kemunculan dikaitkan dengan akhir Zaman.

Dikata ayah dajjal tinggi,gemuk,bentuk hidung seperti paruh burung,manakala ibunya gemuk.
Imam Al- Barzanji mengatakan bapanya berketurunan dari seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan nama syaqq,manakala ibunya dari bangsa jin.Dan dikatakan ia hidup dizaman Nabi Sulaiman as .
Berarti dajjal manusia yang tergolong yang ajalnya ditangguhkan.
Nabi Isa ditangguh kematiannya dan diangkat kelangit oleh Allah  s.wt.sehingga tiba saat diturunkan semula kedunia dan dikabarkan beliau akan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
Iblis pun ditangguh kematian sehingga hari kiamat.

Huzaifah r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda.Katanya dajjal orang yang buta matanya panjang rambutnya dan lebat.Mempunyai syurga dan neraka.Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Shahih Muslim)

Antara ciri yang disebut juga dia seorang yang masih muda.Berbadan besar dan agak kemerahan,Berambut kerinting dan tebal.Dari belakang kelihatan seperti dahan kayu yang rimbun.Mata kirinya  kelihatan seperti buah kismis yang kecut,dan mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan.
Kedua belah matanya cacat didahinya tertulis tulisan "kafir,dan dapat dibaca oleh setiap orang mukmin.

Mengikut hadis at-Tabarani,kedua-dua tanda ini menjelma hanya setelah Dajjal mengaku sebagai Tuhan.Dan sebelum pengakuan itu kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada kelihatan pada diri dajjal.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a,dia berkata Rasulullah s.aw. pada suatu hari menceritakan tentang Al-Masih Dajjal ditengah kumpulan manusia beliau berkata:"Sesungguhnya Allah swt itu tidak buta.Ketahuilah sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal itu buta sebelah matanya yang kanan seakan-akan matanya itu buah anggur yang tersembul.
Kemudian dalam mimpi Allah swt menampakkan kepadaku seorang lelaki dalam pernampilannya yang paling baik dengan rambut terurai diantara kedua bahunya,rambutnya lebat dan daripada kepalanya mengalir air.Dia meletakkan kedua tangannya pada bahu dua orang lelaki sambil bertawaf disekeliling kaabah."Lalu aku bertanya:"Siapakah ini?"Mereka menjawap dia adalah al-Masih bin Maryam.
Kemudian aku melihat seorang lelaki yang dibelakangnya kucing yang buta disebelah mata kanannya,seperti IbnuQuthn,orang yang pernah aku lihat,dia juga meletakkan kedua-dua tangannya dibahu seorang lelaki dan bertawaf di al-bait,lalu aku bertanya:"Siapakah ini? Mereka menjawap:"Al-Masih Dajjal.

Menurut riwayat dalam shahih Muslim,bahawa dajjal itu sudah pun wujud,dirantai disebuah pulau dan dengan izin Allah swt dia akan menjelajah permukaan bumi disebelah timur.

Dajjal akan hidup selama empat puluh hari sahaja.Namun hari pertamanya sama dengan masa selama setahun,hari keduanya masanya sama seperti satu bulan dan hari ketiga sama seperti lamanya seminggu dan hari-hari yang lain sama seperti hari-hari yang biasa.

DALAM HADIS RIWAYAT MUSLIM;
Dikatakan :Kami bertanya;"Wahai Rasulullah!Berapa lamakah ia akan tinggal dimuka bumi ini?
Nabi saw menjawap:
                        Ia akan tinggal selama empat puluh hari.Hari yang pertama seperti setahun dan hari yang berikut seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu,manakala hari yang selebihnya seperti hari kamu yang biasa.

DAJJAL merupakan ujian buat umat Nabi Muhammad saw dan disebabkan itu Allah telah memberikannya kemampuang yang luar biasa;Antaranya,

Sebelum kedatangan dajal dunia disebelah timur atau orang Islam diuji oleh Allah dengan kemarau yang panjang selama tiga tahun berturut-turut.

Umat akan dilanda kebuluran dan kemudiannya disaat-saat genting ini lah dajjal muncul.
Dajjal akan menggunakan kelebihannya dan berkata kepada awan."Hujan lah"dan hujan pun turun ,daerah tersebut menjadi subur dan bertambah lah kepercayaan orang-orang didaerah itu dengan kehebatan dajjal.
Orang Islam yang mukmin yang tidak mahu mengaku dajjal sebagai Tuhan akan tetap didalam kesusahan.

Dan diriwayatkan seluruh yang menyokong dajjal akan memiliki segunung makanan dan orang yang tidak mahu bersekutu dengannya akan kelaparan.
Para sahabat pun bertanya;

                        "Jadi apa yang dimakan oleh orang islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah? Nabi menjawap;"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,bertasbih dan bertaubat.Zikir-zikir itu penganti makanan."(H.R Ibnu Majah)

Seumpama syurga dan neraka itu bersamanya,sungai yang terdiri dari air dan juga terdiri dari api.Ia akan menggunakannya untuk menguji keimanan orang islam.
Apa yang kelihatan seperti neraka ada syurga dan yang seperti syurga ialah neraka.

Dajjal memiliki kepantas dalam setiap pergerakannya;
Kami bertanya ;"Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?
Nabi menjawap;"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "AL-Ghaist iaitu hujan atau awan yang dipukul oleh angin yang kencang."(H.R Muslim)
Namun begitu dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci iaitu Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

Dan dajjal mendapat bantuan dari syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya atas tujuan mereka untuk menyesatkan kaum muslimin atau anak cucu Adam.
Begitu hebatnya fitnah dajjal semoga seluruh keturunan kita terselamat dari fitnah dajjal.