KETIKA ANDA SAKIT

Friday, 18 January 2013
Sakit atau ketika segala penyakit mendatangi kita segala-galanya boleh berubah sekelip mata.Ketika itu lah timbulnya kesedaran tiada yang lebih bernilai dari memiliki tubuh badan yang sihat.Dengan kesihatan yang dimiliki apa pun urusan dunia maupun akhirat menjadi begitu mudah.Tidak perlu atau tidak kira adakah ia seorang jutawan atau seorang yang fakir.Apabila sakit atau ditimpa penyakit rasa peritnya tetap sama.
Berada dimana pun sakit tetap sakit dan hanya rahmat Allah yang kita perlukan ketika menghadapinya.

Persoalannya adakah kita menghadapi setiap penyakit dengan kekuatan atau dengan keimanan kita kepada Allah.Setiap kali ada bencana apa pun didunia yang mendatangi kita itu lah ujian buat diri kita sendiri.Dikala sakit manusia boleh kehilangan arah,ada yang mendatangi bomoh dan ada yang berbangga mampu masuk kehospital yang berprestij dan berbangga kerana mampu membayar dengan mahal atau berbangga dengan segala-gala nya dalam berbagai bentuk,malang kita lupa kenapa kita sakit.Kita lupa ada yang perlu dan wajib kita ingat.

Perlu kita tahu ketika sakit ia berkait dengan dunia dan akhirat dan ia datang dengan rahmatnya untuk menyedar dan menginsafkan .kerana itu sesiapa yang sakit pasti diwaktu malam penyakit itu lebih berat dan terasa.Dari pengalaman sendiri rasa sakit lebih perit diwaktu malam dari siangnya dan kita perlu tahu kenapa dan semuanya dengan sebab-sebab yang tertentu.
Semuanya kerana pada waktu malam kekuatan syaitan terdapat dimana-mana dan membawa tenaga negatif kepada sesiapa jua yang sakit.
Jika ada sesiapa yang mendapat serangan jantung kebiasaannya yang kita dengar kebanyakannya terjadi diwaktu malam.Sebaiknya ketika sakit kurangkan waktu tidur begitu juga ketika kita sihat,kerana syaitan mudah menangkap kita ketika itu.Tidur yang berlebihan akan menambah kemurungan dan menjadikan rohani kita semakin lemah. Gunakan ia untuk berzikir,solat dan apa yang baik untuk dunia dan akhirat dan tidur ketika perlu sahaja.

Sakit atau sesuatu penyakit itu bukannya sesuatu yang buruk di pengakhirannya kerana ia ada tanda amaran buat manusia semuanya.Kerana itu jangan asal anda telah sihat saja dan makan ubat lalu anda lupa untuk mengkaji darimana dan kenapa anda sakit.Apa pun sakit yang kita alami yang pentingnya hendaklah akhirnya mendatangkan kesedaran kita untuk mendekati diri kepada illahi dan kesedaran atas tiap kesilapan dan dosa-dosa.Berusaha memperbaiki rohani dan jasmani dan sabar dan benar-benar memilikinya.


Semoga bermanfaat buat semua.

0 comments:

Post a Comment