Dimulakan dengan nama Allah mudah-mudahan apa yang dikongsi disini dapat difahami,kerana terbatasnya pengetahuan tentang sesuatu yang sering dibincang bersama teman-teman,pengalaman bersama -sama orang yang arif,tarbiah dan pengetahuan yang dihulur dari guru-guru yang beriman dan sentiasa berpandu kepada al-quran dan hadits Rasulullah,semoga dari apa pun yang kita kongsikan sedikit sebanyak ada kebaikannya.
Bercakap dan menulis dari pengalaman itu lebih baik dari kita meneka-neka,sedikit kebimbangan
yang mengisi ruang hati boleh menyebab kita berfikir berjam-jam atau berhari-hari.
Kerana kita bimbang yang tidak kenal kedudukan sendiri dan akhirnya ada saat kekhuatiran itu menyebab kita pun berfikir,bagaimana pula nasib kita dikemudian hari.
Kenapa tidak bermula dari orang yang biasa-biasa kemudian menjadi orang yang abid dan kemudian menjadi orang yang melampau,itu lah diri kita jika lalai mudah sekali terperangkap dengan hasutan syaitan dan keinginan hawa -nafsu sendiri.
Bukan berbicara untuk semua manusia ,cuma buat orang-orang yang juga seperti diriku sendiri.
Bermula dari Rasulullah,kemudian kepada para sahabat,para shidiqin,sholihin para guru kita yang arif,para ulama yang benar mereka ini bukan seperti kita.
Ingatlah hanya kita berharap benar agar langkah-langkah perjalanan kita benar -benar mampu mengikut jejak-jejak mereka.
Lihat lah saja diri kita,jangan sekali berani mengata kita seorang yang tawadhuk,taat,arif,alim,warak dan seorang yang mursyid,jangan berani melabel diri sebagai wali,
jangan mengada-ngada dalam beragama,jangan sekali-kali..
Yang sebaiknya pohon lah ilmu dan hikmah daripada yang mencipta kita,Allah itu maha berkuasa
kita cuma para hambanya dari berkah zikir dan wirid yang istiqamah Allah kurniakan kita kemanisan Iman,tetapi itu bukannya tanda kita telah hebat,iman kita seperti dua jari yang sentiasa ada perubahannya dalam tiap geraknya ,nafsu kita sentiasa berbolak-balik dalam bentuk yang berbeza-beza.
Apakah kita lupa bahawa semuanya itu cubaan belaka,didalam berzikir pun syaitan tetap ambil tempat.
Kecuali orang yang ahli tentangnya tetapi bukan orang-orang seperti kamu atau aku.
Kenapa kerana aku telah melihat kamu dan kamu juga telah melihat diriku,paling senang kukata
Islam itu tidak boleh diambil sebahagian dan ditinggal sebahagian lagi.
Yang paling mudah pun kita tidak dapat menyelesaikannya bagaimana hendak dikatakan diri seorang wali.Kenapa beribadah kemudian ingin menjadi wali,kemudian mengikitiraf diri sebagai wali.
Bab fiqih belum selesai bagaimana mungkin mencapai darjah mursyid.Bila bermusafir kita masih memilih tempat tidur,bab makan kita masih memilih-milih makanan yang lebih bertaraf dimata kita tidak kah kita sedar tentang itu?
Tiba-tiba kita bercakap tentang khusyuk,tentang kehebatan,tetapi contoh apa yang kita beri.
Bercakap tentang lalai,bercakap tentang iman dan Islam.Bercakap seolah-olah telah begitu baiknya contoh kita berikan. Lalu hati ku yang jahat pun berkata,ah cakap tak serupa bikin,bagaimana orang luar,tidak mustahil jika hati mereka pun berbicara,bagaimana ahli dan orang pimpinan kita , tidak kah akan hilangkewibawaan seorang pemimpin yang begini.
Allah berfirman didalam hadis Qudsi"Hai para hambaku jika kamu ingin masuk kewilayahku
maka engkau jangan tergoda oleh Mulki,Malakut dan Jabarut,kerana
Alam Mulki ialah syaitan bagi orang Alim,Alam Malakut Syaitan bagi golongan yang Arif dan
Alam Jabarut adalah syaitan bagi orang-orang yang ingin masuk ke Alam Qudsiyah.
Untuk orang seperti kita itu lah yang akan kita hadapi kerana hukum wajib dan sunat pun masih sukar dibezakan apatah lagi yang batil dan bidaah.kita masih jauh begitu jauh sekali,tidak kah malu kepada Allah?Dalam proses memperbaiki diri pun kita masih ditahap sifar.
Semuanya sekadar perkongsian dan peringatan bersama-sama agar kita sedar dimana selayaknya diri kita dan sedar kelemah diri sendiri.Supaya kita tidak sebarangan dalam setiap apa yang bakal kita lakukan.
"Semoga bermanfaat"
"Semoga bermanfaat"
0 comments:
Post a Comment