DIANTARA SYARAT UNTUK KITA MENCAPAI SIFAT TAQWA
Syarat yang perlu untuk seorang mukmin mencapai sifat taqwa ialah seseorang itu perlu mendapat hidayah yang berupa pimpinan Allah pada hati nurani kita dimana kita dapat merasakan hendak berbuat baik,selangkah kita ingin berbuat kebaikan dan kita berserah diri kepadanya insyallah kita akan terpimpin kearah yang diredhainya selagi kita bersangka baik kepada Allah yang mencipta kita.
Perlulah pada kita belajar ilmu ugama tentang islam dan iman kerana dua ini lah pegangan dan dari sini lah punca segala hidayah..jangan lah kita belajar kerana kita ingin pandai atau untuk berhujah mempertahan pendapat tapi belajar lah segala hukum hakam dan ilmu ugama Islam yang termampu untuk membentuk keimanan yang sebagaimana sepatutnya ada pada seorang mukmin dan untuk beribadah sebagaimana mana yang Allah terima bukan untuk yang lain-lain dan jauhi segala yang dilarang semampu mungkin.
Dan kita mesti lah memahami segala apa yang kita pelajari sedaya upaya dan Ilmu itu mesti lah yang dibenarkan oleh syariat.Bukan ilmu-ilmu yang dilarang atau bertentangan dengan sunnah dan al-quran.
Setelah mendapat ilmu berusaha lah beramal atau melaksanakannya semampu yang kita mungkin .
Dan disamping itu hendaklah kita bermujahadah kerana kita manusia biasa imam mudah berbolak balik,jangan percaya pada diri sendiri tapi percayalah kepada Allah kerana tiada kita ini dicipta tanpa dipedulikan.
Mujahadah yang tidak kuat atau ikhlas mudah mendatangkan jemu tapi berusahalah dan berdoa kepada Allah SWT jangan langsung kita tinggalkan usaha itu kerana terasa terlalu berat.
Mujahadah melawan nafsu itu kena buat dengan bersungguh-sungguh jika gagal usahakan lagi..tanam lah didalam hati kita tiada yang berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang kafir.
Terdapat dua jenis mujahadah.
Pertama ;Mujahadah dalam menunaikan suruhan Tuhan.
Bukan mudah hendak berbuat kebaikan dengan keikhlasan dan redha ,jika kita hendak bangun malam contohnya ia bukan pekara yang mudah tapi kita perlu sekali bermujahadah sehinggan terbit kemanisan iman dihati kita dalam beramal.
Kedua:Mujahadah dalam meninggalkan larangan Allah swt.
Contohnya seorang perokok walau pun berokok itu tidak djatuhkan hukumnya haram jika hanya sebatang dua dan tidak sampai ketagih tapi jika kita ada kesedaran dan ilmu maka harus kita bermujahadah untuk memperbaiki diri dan meninggalkannya.
Dan seorang islam itu perlu sekali bersikap istiqamah dalam apa jua ibadah yang dilakukan biar sedikit tapi berterusan..apa gunanya banyak tapi kemudian terus ditinggalkanSedikit itu lebih memberikan kesan umpama air yang menitis kebatu lama-kelamaan pasti ia akan menghasilkan lekukan.
Dan perlu lah kita bergurukan seorang yang benar-benar berpegang kepada AlQuran dan Sunnah Rasul dan jangan lah kita lupa untuk berdoa kerana doa itu lah senjata mukmin.
Semoga dapat kita berusaha kearah menjadi insan yang bertaqwa ,mungkin hari ini kita belum lagi seratus peratus menjadi insan yang benar benar bertaqwa kerana kita sendiri kenal siapa diri kita tapi bersangka baik lah setiap waktu pada Tuhan yang mencipta kita kerana pasti Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik buat kita..Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment