ORANG -ORANG YANG GHARIB

Thursday, 19 April 2012
Rasulullah S.A.W bersabda berbahagia lah orang-orang yang gharib,dan untuk memahaminya agak sukar kerana terfikir mampukah menjadi orang-orang yang sebegini,dan mengapa kita ada waktunya merasa gelisah,resah dan sedih,semuanya kerana tidak mampu meletakkan diri dan rohani kita menjalani kehidupan orang-orang yang gharib.Dan tidak layak termasuk didalam berkah sabda Rasulullah SAW.Sabda baginda adalah doa buat umatnya dan doa dan panduan buat umatnya.
Menulis dan menyatakan dari pengalaman dan sejarah diri lebih mudah rasanya,berkongsi rasa hati rasanya kita mampu menjauhi sifat-sifat munafik,setiap saat kita mudah melakukan dosa kecil yang dihimpun dan akhirnya menjadikan diri menghimpun dosa-dosa besar.Alangkah ruginya.
Bercerita tentang orang yang gharib,ialah orang-orang yang mampu memperbaiki apa-apa yang dirosakkan oleh manusia,dan jika orang mengajak kerana dunia semata-mata tetap terselit dihatinya dan tindakannya untuk akhirat,sering bertanya mampukah?
Rasulullah bersabda sebaik-baik manusia ialah yang mampu memberi manfaat kepada oang lain,dan bertuahlah orang yang sebegini.
Bertuah kerana mampu mengajak orang berfikir bukan dunia semata-mata tetapi untuk mencintai Tuhan dan akhirat.
Yang anehnya kebanyakan orang-orang sebegini seperti orang yang terpinggir dan dagang,kerana terdapat sebab musababnya.Dan hanya mereka orang -orang yang gharib tahu kenapa dan mengapa,kita cuma mampu melihat luarannya sahaja.
Tidak mudah untuk kita berada ditempat ini,andai dilatih belum tentu kita berjaya,dan jika kita mempunyai keinginan ,cita cita belum tentu dapat kita selaraskan jiwa kita dengan minda,didalam perjuangan kita tidak dapat bersatu dan didalam kekeluargaan pun gagal untuk bersabar dan disitulah kita sering gagal.
Setiap kali berfikir dan muhasabah diri tidak perlu pergi jauh,cukup diri kita dan keluarga terdekat,akhirnya kita sedar sebenarnya kita gagal kerana tidak mampu mengikuti apa yang telah didtetapkan kepada manusia untuk menjadi taat kepada Allah dan Rasul dan beriman kepada kitab Al_Quran dan bertindak selaras dengan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Manusia suka memberi alasan kepada hawanafsu dan semoga kita sentiasa dilindungi andainya ada perkara yang batil dalam tindak-tanduk tanpa disedari.Apapun sebagai makhluk dan hambanya jangan lah kita lupa berdoa agar niat kita sentiasa kerana Allah dan tiada siapa pun didunia ini dapat memastikan  apa jua keselamatan kita dalam soal akidah dan kepadanya kita berserah..Dan kepada mu Ya Allah kami mohon pertunjuk andai tersilap langkah kami didunia ini.

0 comments:

Post a Comment