SIAPA ORANG KAYA SEBENARNYA.

Wednesday, 28 March 2012
 Bila sebut saja tentang kekayaan yang terbayang difikiran kita ialah  ialah tentang wang ringgit yang melimpah ruah,rumah.kereta mewah dan segala yang berbentuk kebendaan..Mungkin tidak semuanya bersetuju bila dikata semua kita yang bergelar manusia didunia ini memiliki kekayaan yang tiada ternilai.Hanya kita tidak tahu mengenal arti kekayaan dan kemiskinan.
Jika sepanjang dalam kehidupan asyik menoleh kepada kekayaan yang berupa kebendaan maka selama itu lah kita orang yang miskin.rkataan kaya yang
Contoh didalam dan dimana jua kita berada belajar lah dari apa yang ada disekitar kita,baik keluarga sendiri,diri sendiri atau orang lain.Manusia semuanya sama dari segi penguasaan hawanafsu.
Namun ada juga manusia yang setiap saat ingin belajar tentang kehidupan dan kadang-kadang disalah mengertikan.
Setiap apa yang Allah firmankan semuanya benar dan hanya kita yang lalai dan leka.Jika kita berbalik kepada kebangkitan atau pun kemajuaan dan keperluaan yang paling penting ialah wang,Dimana saja kita pergi dan berada memiliki wang yang cukup itu amat penting sekali.Antara wang dan kesihatan,kesihatan yang lebih utama dan diantara wang ,sihat dan iman maka menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa itu lebih utama dan wajip dimiliki oleh semua manusia.
Berbalik kepada siapa orang kaya yang sebenar,Seseorang yang miskin tiada berharta yang melinpah ruah tetapi jika memiliki sifat  taqwa dan dengan apa saja yang di miliki kurnia illahi digunakan untuk beramal ibadat kerana Allah ,orang yang sebegini lah orang yang terkaya didunia dan akhirat.Begitu juga jika orang kaya yang dermawan dan taqwa maka ia tergolong orang-orang yang kaya dunia akhirat.
Orang kaya jika dia miskin iman dia masih beruntung didunia tetapi orang-orang yang miskin tetapi miskin juga imannya maka bertambah kerugiaan dunia dan akhirat.Klau kita lihat negara yang miskin,susah tiada makanan bukannya tanda Allah tiada memberi peruntukan untuk manusia disitu tetapi semuanya kerana dosa-dosa.Dan ingat juga ada yang miskin tidak beriman kerana dosa dan ada yang kaya dan tidak beriman pun dikayakan kerana dosa.
Kejahatan bermula kerana miskinnya iman,baik dari golongan kaya maupun miskin.Untuk itu kita sedar disaat bila dan siapa orang-orang yang kaya sebenarnya.Semoga kita dapat menyingkirkan sifat menyimpan dunia dihati tkerana menjadi mudahnya kehidupan kita jika kita hanya menyimpannya ditelapak tangan,tidak  berbekas andai apa pun yang terjadi

0 comments:

Post a Comment