Terdapat tiga makhluk Allah yang setiap satu darinya memiliki asal usul ciptaan yang berbeza.
Diantara tiga makluk ini,manusia dicipta oleh Allah swt selepas dicipta malaikat dan jin.Allah berfirman;
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.Dan jin pula,kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap keliang bulu roma .Dan ingatkan lah peristiwa ketika tuhan mu berfirman kepada malaikat;"Sesungguhnya aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering,yang berasal dari tanah yang kental yang berubah,"(al Hijr 15;26-28)
Dan dari firman Allah membuktikan dan merupakan penjelasan tentang siapa diantaranya yang terlebih dahulu diciptakan.
1.Malaikat dicipta dari cahaya
2.Jin dicipta dari api
3.Manusia dari Tanah.
Jin bahan asas untuk ciptaannya ialah api dan disebut didalam surah al-hijr,ayat 27 menerangkan ia dicipta dari......."angin yang panas"
Diantara ketiganya syaitan dari jenis makhluk jin dan sebagaimana Allah swt menjelaskan dalam firmannya:Dan ingatkanlah peristiwa ketika berfirman kepada Malaikat; "Sujudlah kamu kepada Adam".lalu mereka sujud melainkan Iblis:
Iblis: ia adalah dari golongan jin.(kahf 18-50);
Yang dimaksudkan dari golongan jin kerana bahan asas ciptaan makhluk ini dari bahan yang sama iaitu api.
Adapun Iblis,ia adalah dari salah satu nama syaitan,dan tidak terdapat pertunjuk sahih apakah iblis ketua syaitan atau syaitan yang menjadi ketua.
Allah dan Rasul mendiamkan persoalan ini;"Siapakah Iblis",berarti ia bukan persoalan yang penting untuk dihurai yang pentingnya kita tahu Iblis dan syaitan itu saling berkait dan terdapat perkaitan antara iblis dan syaitan dan dapat dilihat pada ayat berikut,setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
Allah swt berfirman kepada Iblis "Pergilah lakukanlah apa yang engkau rancangkan!kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka,maka sesungguhnya neraka jahannamlah balasan kamu semua,sebagai balasan yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahkanlah penyokong penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka:dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak mereka dan janjikan lah mereka dengan janji-janjimu,padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata (al-Isra"17;63-64).
Iblis berkata;"wahai tuhan ku!Jika demikian,berilah tempuh kepadaku hingga kehari mereka dibangkitkan (Hari Kiamat)"Allah berfirman; "dengan permohonan mu itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempuh.Hingga kehari masa yang termaklum.
Iblis berkata;'wahai tuhanku !kerana engkau telah menjadikan daku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan memperindahkan segala jenis kemungkaran kepada Adam dan zuriatnya didunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.kecuali hamba-hamba mu diantara mereka yang ikhlas. (al-Hijr 15;36-40)
Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain;
"kecuali hamba-hamba mu diantara mereka yang ikhlas.
Maka setelah rahsia ini dibuka oleh iblis ,rahsia untu melawan syaitan ialah ikhlas dalam beragama.Biar semuanya kerana Allah.
Dan mengenai jin yang tergolong dengan iblis kerana mereka dicipta dari api,ada pun jin dalam surah Al- Jin ayat 11 (Di antara kami ada Jin yang soleh dan ada pula yang tidak demikian.
dan didalam surah Al-Jin ayat 14 ayat yang berbunyi(Diantara kami ada yang muslim,namun ada jua yang menyimpang dari kebenaran,siapa pun yang berserah diri kepada Allah,dialah yang mendapat jalan yang lurus dan benar.
Tetapi jin yang menyimpang dari kebenaran bakal jadi bahan Neraka Jahannam.(S. al-jin 14-15)
Dan ayat yang membuktikan ada jin kafir dan ada yang mukmin.
Katakanlah Muhammaad,"Diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengar al-Quran dan berkata;"kami telah mendengar al-quran yang sangat menakjubkan,yang membawa kejalan yang lurus maka kami pun beriman kepadanya dan kami tidak mungkin mempersekutukan Tuhan kami dengan sesuatu.
Sesungguhnya Tuhan kami maha tinggi dan maha agung ,dia tidak beristeri dan tidak pula berputera"(Surah AL- Jin ayat 1-3)
0 comments:
Post a Comment