Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga akan menghadapi pahit manisnya sebuah kehidupan.Selagi kita bergelar manusia ada saja rintangan dan masaalah yang aka kita hadapi.
Kita sendiri tidak pernah tahu apa yang bakal kita hadapi esok yang pastinya kita mesti bersedia mesti tabah dan redha dengan apa yang bakal medatangi kita..Masaalah yang datang dari berbagai perkara,masaalah kewangan,akhlak suami atau istri,orang tua,anak anak dan berbagai lagi,
Dalam menghadapi semuanya kesepaduan jiwa tiap pasangan memainkan pekara penting,Tanpa kesepaduan jiwa segalanya sukar diatasi.Kerana itu kita sebagai wanita yang sering terkalah oleh hawa nafsu harus bijak untuk mengawal diri agar kesepaduan akhirnya dapat diwujudkan dengan mendidik jiwa kita agar taat pada hukum syariat yang ditetap oleh Allah s.w.t.Namun bukan persoalan ini yang kita bincangkan disini,tapi tentang hal-hal yang diambil ringan oleh segelintir kaum wanita.Sedangkan ianya sesuatu yang harus diutamakan.
Yang selalu berkata rumahku syurgaku kebanyakannya kaum wanita.kerana didalam rumahnya lah tempat wanita mencari syurga dan mencapai darjat yang tinggi diakhirat kelak dan dirumah lah merupakan medan jihad bagi kaum wanita.kebanyakan kita wanita tidak mau menyedari semua ini.Hukum hukum syariat wajip kita ketahui.
Tidak semestinya sebuah rumah tangga itu dilimpah dengan kemewahan,walau siapa pun ,mewah atau miskin, rumah yang besar atau kecil,rumah yang cantik atau buruk yang penting rumah kita itu suci..suci dari najis anak anak kita. Dan menjaga kesucian dan kebersihan rumah pun ada caranya Dan itu lah yang akan kita bicarakan disini..Tapi kebanyakan wanita hanya tahu berkata rumahku syurga ku ,sedangkan bila masuk kerumah mereka kita akan merasa kecewa kerana kebanyakan wanita hanya menghias rumah mereka dengan alat dan perabot mahal tapi air kencing anak anak dibiarkan berciciran dan kesucian rumah tidak diambil berat,yang hanya dipentingkan dekorasi nya sahaja.
Bagai mana rumah ku syurgaku ,coba kita fahami adakah syurga itu dibayang sesuatu yang indah tapi bernajis?.Untuk semua wanita diluar sana ingatlah wajip dan yang dituntut keatas kita adalah menjaga kesucian rumah kita agar mudah untuk kita beribadat kepada Allah kerana najis atau air kencing yang kita bersihkan begitu saja tanpa mengikut cara mensucikannya mengikut hukum thaharah akan membatalkan wuduk .Baik baik sayang mengundur diri semoga kita wanita sentiasa menyedarinya.
"Semoga bermanfaat"
1 comments:
Cantik nya warna cat. Boleh tahu code apa dan jenama apa ye.
Post a Comment