Posted by
ummi zainab
Saturday, 25 February 2012
Anggap saja apa yg dicatatkan disini seperti kita menerima hidangan dari seseorang,kalau ia menepati selera silakan minum jika tidak bukannya susah untuk kita menolak.Didunia ini kita mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak walaupun kita tahu kuasa Allah tetap tidak terbatas.Mengingati diri sendiri lebih penting dari mengingati orang lain ,begitu apa yang ku catat semuanya buat diriku .suami dan anak-anakku.Ingat dan mengingati mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat,yang jelas dan nyata kita lebih mudah ingat wajah orang tetapi jika kita tidak melihat cermin pasti sukar untuk kita mengingati bagaimana rupa diri kita sendiri.
DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU SENTIASA DALAM KERUGIAN,KECUALI ORANG-ORANG YANG SALING INGAT DAN MENGINGATI.(Surah WAL -ASR)
Mengingati diri tentang Tauhid adalah perkara pertama yang terpenting,alangkah berbahagia jika sempurnanya bertauhid kepada Allah tetapi bertauhid dan memahaminya tidak mudah.Belajar Tauhid mungkin mudah.dikatakan bertauhid secara Ilmu tetapi untuk kita mengamalkan dalam kehidupan seharian atau didalam keluarga amat sukar sekali.
Contoh apa saja kita dapat kita rasa ia hasil kemampuan kita dan bukan hasil dari uluran kasih Allah.Sekelip mata kita berbangga dan tidak merasa malu kepada Allah SWT.
Hilang dari diri sifat bersyukur dan tidak takut jika tidak bersyukur,tidak pernah kita terfikir adakah kita menerima atas Rahmatnya atau cuma Istidraj sahaja.
Apabila kita ditimpa berbagai bentuk kesusahan didunia kita sering mendahuluinya dengan rasa kecewa dan berputus asa,dengan segala bentuk kesusahan yang kita hadapi bukannya membuat kita semakin mengenal Allah tetapi membuat semakin bertambah derhaka.Lalu aku sering bertanya pada diriku sendiri:Apakah tandanya aku sudah bertauhid?
Diakhir zaman semua nya mahu menyebut temtang Islam tetapi tentu ianya terbahagi dari golongan yang bagaimana,munafik,fasik,jahil atau benar-benar dasar perjuangannya mengikuti Islam.Kadang-kadang kita berjuang kerana ingin menjadi pemimpin,atau melepaskan satu kelompok yang dizalimi.
Didalam sesebuah keluarga pun terjadinya penindasan begitu juga masyarakat dan dunia keseluruhanya.Ideologi yang berbeza atau penindasan berdasar nationalisme,sosialisme atau pragmatisme dan semuanya perlu diperjuangkan berdasar perjuangan yang benar bertauhid kan kepada Allah SWT
Mampukah kita dan tidak malukah kita mengaku orang yang bertauhid sedangkan kita tidak mengamalkannya didalam kehidupan kita.Semoga aku sentiasa ingat tentang pentingnya perkara ini.Swmoga bermanfaat buat aku dan juga anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment