Monday, 6 February 2012
Kenapa..
kelmarin sinar mu memancar
tumbuhan semuanya segar bugar
bunga bunga yang begitu indah
menghiasi taman hati
perjalanan hidup begitu mudah

Hari ini ku jenguk keluar jendela
tiada sinar cahaya
rupanya hujan telah turun
segalanya tidak selancar hari kelmarin
lantas aku berkeluh kesah
merasa gelisah..dan resah..
seketika..
aku tersedar..alangkah malunya
kerana menjadi manusia begini
Mengapa tidak tahu memahami..
benar sekali
tiada artinya dosa besar jika
engkau wahai pencipta..ku ingat untuk beristighfar
dan bagaimana ku anggap dosa-dosa kecil
andai itu lah amalan ku.
sedang engkau tidak redha

1 comments:

{ Lok 7 } at: 7 February 2012 at 07:09 said...

jazakallah khairan kathira

Post a Comment