Dikala hati berbicara..
sam:an wa toatan
Disaat aqal mengajar
arti sebenarnya penyesalan
duduk bertafakur dalam perihnya rasa membina rohani
tersungkur dihamparan sujud berkali-kali ..
Dalam derita yang parah
nafsu yang berdalih-dalih
Aduhai jiwa
sebenarnya engkau tidak dapat memilih-milih
taat itu bukan seperti perut kosong perlu disi
andai kau lengah dan banyak menyanggah
kerana terbelenggu namun itu bukannya kepuasan dan kebahgiaan
Biar merdeka didalam sekatan
kebebasan biar ada keterbatasan
Setapak demi setapak
aturlah langkah mu.
pasti pautan hati dengan Tuhan terasa indah dan puas.
walau bersamanya tidak bebas namun kuasanya tidak akan pernah terbatas
Merdekalah wahai jiwa
mencari arah
jangan selamanya kau terjajah
dalam kecewa dan gelisah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment