Hujan yang jatuh berderai
menbasahi bumi .;
Angin yang berlalu
berirama syahdu
Terdengar nyanyian sang cengkerik
entah..kadangnya aku keliru
kukatakan ia menyanyi kerana bahagia
bagaimana andainya ia menangis kerana kedinginan
Suara cengkerik tetap begitu
ada waktu menyentuh kalbu
Kenapa hati semakin pilu
seperti telah terputus kalimat syahdu
sehingga sukar sekali dimengerti
andai didekati tetap saja ia begitu.
Wahai diri;;
lihatlah dirimu
matahari tidak mungkin mengejar malam
dan malam tidak mungkin mendahului siang
Matahari tahu membawa diri
Bulan tetap setia mengabdi
Tetapi engkau bukan seperti itu
Mengatur langkah langkah sumbang
menyelusuri jalan-jalan yang terlarang
hanya kerana luasnya terbentang..
Ingat ..
ada batas-batasnya
cuba berhenti
bagai telah tersedia
gaung dalam yang memberhaya
andai tersilap langkahmu;
kembali
mohon ampun pada Illahi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment