Berjalan dipersisiran bendang
mengingati aku dizaman kanakkanak
dahulu aku hanya suka bermain disini
kerana jiwa ku bebas sebebasnya..
tidak perlu risau tentang baju yang kotor
tidak perlu risau tentang segalanya
bumi yang luas terbentang,menyambut dengan riang
berlari kesana kemari
begitu indah sekali,
siapa yang menjadi teman-temanku
kuinbas kembali saat-saat itu
aku menjadi terpaku..siapa dan dimana
bukan ahli keluarga tidak juga ibunda dan bukan adik beradik tetapi seperti
bendang padi ia menyimpan seribu makna
dan melambangkan silaturahim yang begitu kukuh
susah senang sentiasa bersama-sama
begitu lah rahsia alam..begitu juga mula nya mereka menyemai
kerana ukhwah yang begitu mendalam.Terhasilnya bendang yang sarat dengan padi yang subur dan menguning.
Telah begitu jauh ku tinggal kenangan dan pengalaman itu
hampir hilang segala keindahan
mujurlah lah aku masih diberi kesempatan,menjenguk dan meninjau-ninjau..
kini masih jua kumiliki segelintir teman-teman
yang hidup dizaman moden tetapi tetap turun kebendang
aku menjadi malu pada diri ku
sering kali musim menyemai mereka mengajak ku
walau tidak ku tolak tetapi aku cuma berdiam
bila tiba musim menuai ..
mereka tetap ingat
mengajak aku kebendang,untuk menikmati hasil bumi walau tidak setitik peluh ku keluarkan
aku menjadi semakin malu bila diberi bahagian
kini aku memberi seribu alasan..mungkin kerana aku bukan seperti dahulu..
tidak mungkin menganggu atau berlari-lari
aku hanya ingin melihat bendang dengan makna yang dalam
rahsia yang tersirat,, mengajar aku arti sesebuah ikatan
dan kesetiaan persahabatan.
Dan indahnya makna kasih sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Assalamualaikum, teman sentiasa diingati..
Post a Comment