Cara-cara mengqadha solat

Monday 13 May 2013
 Kali ini kongsi bersama tentang mengqadha solat ,sesiapa yang terluput solat tidak kira kerana keuzuran maka wajip keatasnya bersegera mengqadhakan solat tersebut,cuma jangan lah kita merasa telah terlepas dari dosa kerana telah mengqadha,tetap kia perlu bertaubat kepada Allah kerana selama ini tidak mendirikan solat wajib atau pun sengaja melalaikannya.

Seseorang yang tahu akan dirinya telah terluput waktu solat maka wajip atasnya mengqadha solat wajip terlebih dahulu dari solat sunat.

Namun ada keuzuran yang menggugurkan kewajian solat;
Wanita yang dalam haid dan nifas.
Sesiapa yang dalam haid dan nifas tidak diwajipkan menunaikan solat dan juga tidak diwajipkan mengqadha solat yang tertinggal didalam waktu tersebut.

Gila;
Orang-orang yang menghadapi masaalah diatas yang berterusan tidak diwajipkan mengqadhakan solat,kecuali gila yang hanya sementara,kerana setelah sembuh wajip buat yang gila sementara itu mengqadhakan semua solat yang terluput.

Pingsan;
 Seseorang yang pengsan akan gugur kewajipan solat sekiranya pengsan nya berterusan masuk kewaktu solat wajip yang seterusnya atau dalam kedua-dua waktu solat fardu yang diharuskan jamak.

Umpama orang yang pengsan sebelum waktu zuhur dan berterusan sampai matahari terbenam,berhubung perkara sebegini mengikut mahzhab syafii adalah tandanya pengsan itu berlangsung dalam satu waktu solat.

Murtad;
Orang yang murtad atau keluar dari agama islam tetapi kemudian bertaubat dan kembali kepada agama islam hukumnya sama dengan orang yang kafir asal,artinya tidak wajip mengqadha solat yang
terluput didalam waktu dia murtad,tetapi mengikut mahzhab syafiie wajip bagi yang murtad kemudian kembali bertaubat dan mengqadhakan solat yang telah terluput dalam waktu tersebut.

Yang  dianggap terluput waktu solat dan tidak dianggap berdosa tetapi tetap wajip mengqadhakannya
adalah kerana terlupa dengan tidak sengaja atau tertidur.Ini berpandu kepada riwayat Rasulullah yang bersabda:

Ertinya;"Sesungguhnya tidak termasuk kelalaian kerana tertidur,tetapi kelalaian itu waktu terjaga.Oleh sebab itu seseorang daripada kamu terlupa mengerjakan solat atau tertidur sehingga tertinggal ibadah solat,hendaklah dia mengerjakanya apabila dia sedar dari tidur"(hadis riwayat an-Nasai' dan at-Termidzi)

Cara mengerjakan solat Qodha:
Jika  solat yang tertinggal itu solat Qasar ketika didalam musafir;

Sesiapa yang terluput solat qasar,ketika itu dia dalam bermusafir,sekiranya solat yang tertinggal solat zuhur asar atau isya yang asalnya 4 rakaat dan apabila diqasar menjadi 2 rakaat tetapi apabila jatuh mengqadhakannya hendaklah dikerja secara sempurna iaitu mengikut bilangan rakaat asal ,kerana hukum asal solat ialah itmam(sempurna)


2.Solat yang tertinggal solat orang bermukim;
Jika mengqadhanya wajip mengqadha nya seperti bilangan rakaat asal juga,sekali pun dia semasa hendak mengqadhanya itu sedang dalam bermusafir.

3;Jenis solat yang hendak diqadha itu solat sirri yang dibaca secara senyap;
Sekiranya seseorang itu tertinggal solat sirri iaitu solat yang dibaca senyap seperti solat zuhur dan asar,maka jika solat ini diqadhakan pada waktu malam ,hendaklah dibaca secara kuat(jahr),walaupun pada asal solat itu ditunaikan secara senyap.Sekiranya diqadha waktu siang maka dibaca secara lazimnya.

4;Jika solat yang tertinggal itu solat Jahr yang dibaca secara kuat ayat ayatnya.
Sekiranya seseorang itu tertinggal solat yang dibaca secara kuat,seperti solat margrib,Isyak dan subuh,maka jika mengqadhakannya waktu siang ia tidak dibaca secara kuat walau asalnya solat itu solat jahr,cuma ia dibaca secara perlahan,kecuali jika diqadha pada waktu malam maka dibaca secara kuat secara lazimnya.

Dan dari apa yang dihurai dari kitab fikh semua yang perlu diperhatikan ialah waktu waktu yang kita hendak melaksanakan solat yang hendak diqadha tersebut.

Niat solat qadha ialah seperti berikut;

'SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ZUHUR EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

:SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ASAR EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

;SAHAJA AKU SOLAT FARDHU MAGRIB TIGA RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

:SAHAJA AKU SOLAT FARDHU ISYAK EMPAT RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TA'ALA

;SAHAJA AKU SOLAT FARDHU SUBUH DUA RAKAAT QADHA KERANA ALLAH TAALA.











(ha







0 comments:

Post a Comment