Hati,Mulut dan Akal

Friday 6 January 2012
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Perjalanan kita didunia ini bukanlah sesuatu yang harus kita pandang remeh dan sambil lewa,hakikatnya semuanya tetap dicatat dan dipertanggungjawapkan.Walau pun demikian hati  selalu saja terkalah kerana syaitan-syaitan yang sentiasa mengelilingi hati kita,apabila telah dapat mereka bertempat dihati maka segala kejahatan apa saja terhias begitu indah dimata kita.
Perhatikan saja tabiat  manusia,mengaku orang yang beriman tetapi selidiki diri ,kita memberi,menderma atau berbuat kebaikan mengikut apa yang kita mahu dan bila suka tetapi jarang sekali kita ikhlas berbakti disaat Allah menentukannya.
Sering kita terlupa semuanya kita mahu mengikut keinginan kita.Kata kan ada teman-teman,saudara mara atau adik beradik meminta pertolongan kita dalam bentuk apa jua kita dengan mudah menolaknya,benar kerana tiadanya  Rahmat Allah kepada kita disaat itu maka kita tidak akan pernah menyedari kesilapan begini.Kita tidak sedar disaat orang meminta pertolongan kita itu mungkin dia benar-benar mengharapkannya  tetapi kerana hati  telah terhijap dari mengenali apa yang perlu dan tidak maka kita mengabaikannya , tetapi alangkah malunya kita jika kita lihat sifat Allah yang maha Rahman yang sentiasa memberi  walau pun kita tidak tahu mensyukuri nikmatnya.Bukan senang hendak mendidik hati  ini agar sentiasa ikhlas tetapi bukannya rugi untuk membuka matahati  kerana itu setiap kali terjadinya kesilapan begini ingat lah semuanya kerana hati kita jauh dari Rahmat Allah SWT.Dengan menyedari begini sedikit sebanyak  dapat mendidik hati  kearah yang diredhainya.
Hati dan mulut seakan tidak mungkin berjauhan tindakannya,apa yang tersirat dihati itu yang akan kita lafazkan dimulut,boleh dikata hati dan mulut yang berbentuk tidak lah sebesar mana tapi dapat mengheret kita kearah perbuatan dosa yang besar,boleh menjahanamkan kehidupan dunia dan akhirat kita,merugi dan menjadikan kita seorang yang muflis diakhirat,Alangkah sukarnya untuk menjaga keduanya.Setiap saat kita gunakan mulut kita untuk berbicara sesuatu yang tidak bermanfaat .Kita berasa semuanya indah saja apa yang tersirat dan  dilafazkan .Dan akal yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia memainkan peranan penting untuk menentukan kita bersifat kearah kemanusiaan atau kehaiwanan.Sebagai manusia kita sering tersasar tetapi kita dikurniakan  akal berbeza dengan haiwan .Jika kita dapat membezakan kelebihan kurniaan Allah SWT kepada kita insyaAllah kita akan dapat menggunakan akal  dan mengarahkan hati  dan mulut kita untuk berhenti dari terus menerus melakukan kejahatan ,dan kita tidak mengikut tindak tanduk hawa nafsu kita yang seumpama haiwan yang sememangnya tiada memiliki akal.
Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita kerana Allah saja yang mengenali kita makhluk ciptaannya.Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang."Ya Allah ampuni lah dosa-dosaku".

0 comments:

Post a Comment