TELEPATI

Tuesday 22 May 2012
Telepati ialah satu pesanan atau amaran yang dilalui melalui perasaan atau harfiah iaitu sesuatu yang dirasakan walau dari jarak yang jauh.
Ada diantara individu yang mengamal kan kaedah atau wirid tertentu untuk mendapat kelebihan dan 
kemampuan memiliki kelebihan ini,tetapi ada insan yang semula jadi memilikinya.
Perbezaan diantaranya ialah yang semulajadi itu tidak hilang sebaliknya jikaia sadar akan kelebihannya dan menjaga sebaik mungkin ia semakin menjadi berbanding dengan cara memperlajari untuk memilikinya ia akan hilang jika tidak lagi mengamal kaedah kebiasaannya.

Telepati juga dikaitkan dengan ilmi mistik,kita tidak dapat menafikan seseorang itu boleh saja menggunakan sesuatu kaedah itu untuk kebaikan atau kejahatan.Dizaman ini semuanyanya teruka dan meluas sekali,dan manusia yang memiliki ilmi-ilmu mistik itu sentiasa berada disekeliling kita.


Orang-orang yang memperlajari cara tertentu untuk mendapat kelebihan ini ada diantaranya cenderung menggunakannya dengan cara yang tidak baik.Semuanya terletak pada hati kerana telepati tetap ada mudarat dan manfaatnya.
Boleh dikatakan mandi bunga contohnya adalah satu kaedah yang berkait dengan telepati sipengamal nya.
Lebih baik kita lihat diri kita dan perhatikan kebiasaan orang-orang kita mengatakan masin mulut aku ni..
Kenapa kerana ucapan yang di keluar tiba-tiba saja benar-benar terjadi didepan mata.Sebenarnya bukannya masin atau makbul doanya kerana seseorang yang makbul doa itu telah pun termaktub ciri-ciri dan syaratnya didalam hadis dan kitab-kitab.Tidak dinafikan adakala doanya dimakbul tetapi jika seseorang itu bukan dalam golongan orang-orang yang muqarabin tetap bukan seorang yang maqbul doanya atau masin lidahnya.Seorang yang mempunyai ciri yang doanya maqbul anugerah dari Allah jika kita mohon sesuatu yang mengenai akhirat ,insyaallah Allah akan menunaikannya.Berbeza dengan orang-orang yang mempunyai kelebihan dalam telepati tidak semuanya mereka orang-orang yang taat.


CONTOH-CONTOHNYA DAN GEJALA TELEPATI.


Jika anda teringat teman atau saudara tiba-tiba telefon anda berdering dan ternyata dia yang membuat panggilan..
Dan banyak lagi hal yang mendalam mengenai telepati dan semoga ada kesempatan kita bersama.





0 comments:

Post a Comment