Pengorbanan

Sunday 9 September 2012
Bagaikan pohon yang tegak berdiri
berdahan dan ranting yang kukuh
dedaun yang lebat menghijau
subur..rendang
menjadi hiasan..
setiap mata yang memandang
tempat berlindung
ditaman hiasan..

Tumbuh mu menyeri bumi..
akarmu kukuh menjalar
menjadi kekuatan diri
kesabaran menjadi tunjang kehidupan..
adakalanya musim kemarau
namun kau tetap berdiri teguh tanpa mengeluh
kerana pasti datang musim tengkujuh
dimana perlunya mengunyah getir..
mencari kekuatan dibumi berkerikil beracun.
tiada desakan atau rungutan
kerana dihati mu
berlimpahan kasih sayang
bergunung kesabaran..
kerana perjalanan ini
masih panjang dan perlu pengorbanan
hidup melalui masa
didunia sementara.harapan selembut hembusan angin dingin
ketika tersenyum dalam tangisan
ketawa didalam kepedihan
dimamah segala sengsara
kau tetap utuh ..
kerana engkau seorang lelaki..
yang pasrah kepada takdir
pengorbanan mu abadi 
selamanya dihati kami..

0 comments:

Post a Comment