Aku paling suka bercerita tentang hal-hal sebegini untuk mendidik diri sendiri dan juga pernilaian atas sesuatu yang kita lakukan.
Kecenderungan kita untuk mendapat pernolakan itu lebih jelas kerana kita sering memilih kearah keinginan kita yang melebihkan hawanafsu kita sendiri.
Kerana itu para ulama sering berkata untuk beramal dan beribadah itu agak mudah tetapi sebaliknya untuk menjaga amal ibadah itu amat sukar sekali.
Kenapa kerana kita mungkin berjaya membangunkan amal ibadah tetapi kita belum pasti lagi apakah amal ibadah yang kita bangun itu dapat menyelamatkan.Dan apatah lagi jika langsung kita tiada beramal ibadah.
Didalam setiap nafas yang kita hembus dan setiap saat kita diuji dan setiap kali jua kita melenting dan ternyata sentiasa gagal didalam menghadapi ujian.
Apabila ku terlihat tanaman bunga atau kebun ku sendiri pasti aku mulakan semua itu dengan semangat yang berkobar tetapi ada harinya aku terlupa untuk menjaganya dan menyiram seperti biasa ternyata semuanya akan didatangi serangga atau layu.Kadangnya kita bersusah payah memulakannya tapi hsilnya kita tidak dapat,begitu juga dalam beramal ibadah dan jika kita gagal menjaganya pasti semuanya menjadi sia-sia.
Solat yang kita dirikan tidak dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.Semoga kita sentiasa berhati-hati dan setiap saat memohon keampunanannya dan semoga Allah sentiasa mengampuni kita yang sentiasa melakukan dosa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment