Manusia selalu lalai dan tidak mahu mengambil peringatan walau pun telah wujudnya dua peringatan.Pertamanya secara semula jadi dan keduanya dengan kedatangan ajaran Islam.
Kenapa kerana kita manusia tersangat mementingkan diri dan dengan mudah dapat dihasud oleh syaitan dan terus mengikut perintah hawanafsu.
Sifat-sifat begini jika kita berbangga memilikinya maka kita akan suka jika segala kebaikan atau kesenangan itu milik kita sahaja.
Manusia memang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,perlu kita mendidik jiwa kita sendiri dan insan yang lainnya agar tidak lalai dan melupakan segala peringatan dari ajaran Islam atau peringatan semula jadi.
Mendidik diri bukannya mudah apatah lagi yang lainnya.Kerana mendidik itu tidak cukup hanya setakat memenuhi keperluan atau dengan ilmu pengetahuan yang banyak kerana tidak mustahil manusia menjadi semakin hebat kejahatanya kerana berilmu yang tinggi tetapi apa yang penting mendidik semula fitrah manusia.
Untuk membangun fitrah manusia hanya dengan menyuburkan kembali keimanan kita kepada Allah SWT.Menyemarakkan rasa kehambaan dan cinta kepada Tuhan dan sesama manusia.Mudahkah untuk kita memiliki sifat-sifat yang terpuji?Tentu tidak apatah lagi hendak menapakkannya didalam jiwa kita.Nsmun semua itu sangat penting
kerana jika kita tidak berusaha mendidik diri sendiri berarti kita menzalimi diri sendiri,mungkin kita bukan dari keturunan yang soleh atau solehah tetapi tujuan kita tetap kearah itu.
Jangan lah dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau tabiat yang buruk,kita bukan sahaja menyusah diri sendiri tetapi juga semua insan disekeliling kita.
Semoga bermanfaat buat diri ku dan semuanya..
0 comments:
Post a Comment