KENALI DIRI

Thursday, 1 March 2012
Dikatakan manusia sentiasa sahaja kita melakukan kesalahan,sentiasa saja ada masaalahnya ,didalam pergaulan dan kehidupan seharian,kerana semua ini sudah menjadi lumrah,jika hari ini kita ketawa esok belum pasti lagi mampu tersenyum.


Kita manusia berbeza-beza caranya menghadapi setiap masaalah yang kita hadapi,ada yang tabah dan tentu ada yang cepat mengelabah.
Walau apa pun masaalah yang bakal kita hadapi,baik yang merupakan masaalah sikap atau kesusahan apa jua jangan lah kita larikan diri dari menghadapinya dengan iman.
Para guru ku sering menasihati hadapi lah sesuatu itu dengan jiwa yang bersih niscaya kita tidak rasa terbelenggu dengan setiap kejadian.
Dulu aku sering mengelabah apabila menghadapi apa saja masaalah,mujur kini mampu ku atasi semuanya kerana aku belajar dan terus belajar mengenali arti kehidupan jiwa dan yang penting mengenali diri sendiri.


Kini aku cuma ingin berkongsi bahawa tua itu pasti terjadi,mati juga pasti tetapi menjadi dewasa,menjadi insan yang bertaqwa itu belum tentu lagi.
Dulu aku mungkin memandang remeh pandangan rakan ku yang telah pun belajar mengenali dirinya tetapi memang benar sekali ilmu itu perlu dicari dan antara aku dan mereka tetap ada bezanya.Mereka yang mengenali dirinya sendiri pasti akan mengenali penciptanya.
Aku masih belum dapat meluahkan apa yang ingin ku sampai secara yang jelas tetapi ingat lah satu perkara"kita bukan hamba pada sesiapa baik pada diri sendiri,harta benda atau manusia tetapi kita ada lah hamba kepada yang mencipta kita.


Kenapa kita rasa terbelenggu disebabkan sesuatu masaalah,lepaskan rasa bersalah dan usah simpan rasa simpati yang kita lafazkan dibibir sahaja kerana ia akan membuat kita semakin cenderung memiliki jiwa yang keliru.
Kenapa tidak kita fikirkan tiap sesuatu itu dari Allah,tiap musibah terjadi hanya dengan izinnya,setelah kita usahakan sesuatu berserah lah sepenuhnya kepada Allah yang maha mengetahui buruk baiknya sesuatu itu.


Walau pun kita telah mendirikan  solat tetapi perkataan bohong tetap pakaian kita maka kita semakin mundur.Tanpa kita sedar kita semakin menutup cahaya ilmu dan tidak mungkin mampu kita raih.
Segelintir manusia suka menyebut perkataan sumpah demi Allah tanpa disedari kata kata itu membuat kita semakin jauh dari berkata benar,kalau kita betul pada satu tempat tetapi mungkin berbohong pada keadaan yang lain.
Usah biasakan diri kita bersumpah sedemikian,yang penting setiap saat perhatikan niat dan arah tujuan hati kita sehingga kita benar=benar mengenali diri kita dan perbuatan kita seharian.


Bukan mudah untuk kita mengenali diri kerana didalam jiwa kita tersimpannya sifat kebinatangan bila sifat taqwa kita jauhkan.
Allah SWT berfirman "Ada diantara manusia mengaku mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat padahal mereka tidak beriman"
Dan apa yang tersirat didalam ayat tersebut perlu kita perhatikan..berdoa agar kita bukan orang yang sedemikian,tetap sahaja kita tidak tahu disituasi apa kita sebenarnya dalam pandangan Allah.Berbaik sangka dan perbaiki diri itu yang sepatutnya.

0 comments:

Post a Comment