Didalam kitab suci Al-Quran Allah swt menyebutkan tentang golongan kanan dan bukannya mudah untuk termasuk dalam golongan kanan jika melihat kepada keimanan kita,begitu juga disebut bahawa golongan muqarabbin itu kebanyakannya orang-orang yang terdahulu dan sedikit dari orang yang kemudian.Seorang mukmin beribadah bukan kerana syurga atau takutkan neraka tetapi seorang yang mukhlis harus beribadah kerana Allah SWT.
Namun kita tetap mengharap untuk masuk kedalam syurga Allah.
Didunia ini selagi kita ada kesempatan berusaha lah mencari sahabat atau bersahabat dengan orang-orang yang bertanggung jawap terhadap sesama sahabat ,mudah-mudahan kita dihimpun bersamanya kelak diakhirat.Kadang-kadang dengan kasih Allah kita mendapat kebaikan dari orang yang baik-baik.
Sahabat itu ada beberapa golongan,
Golongan yang soleh apa yang kita temui dari golongan ini ia sekadar atau dapat menunaikan tanggung jawapnya apabila diperlukan bantuan disaat diperlukan.
Golongan kedua yang disebut didalam Al_Quran iaitu golongan muqarrabin,golongan begini sukar dicari dan kita sendiri bagai terpisah dari akhlak sebegini seumpama langit dan bumi.Bertanggung jawap,dan mempertahankan ugama Islam dengan nyawa dan harta dan berjuang seperti para nabi dan para Rasul dan mungkin kah sedangkan untuk menjadi soleh dan solehan pun belum lagi kita mampu.
Dan golongan ketiga golongan shidiqin iaitu orang -orang yang berjuang dan berkongsi segala harta kekayaan atau mendahului sahabat dari diri sendiri dan memberi keperluan atau bantuan kepada orang lain terlebih dahulu ketika diminta bantuaan walaupun pada ketika itu dia memerlukannya baik berupakankan kenderaaan,wang ringgit ,makanan,pakaian dan sebagainya.
Dan mereka ini lah golongan yang tegas seperti yang kita baca dari kitab dan hadist-hadist.
Sekadar perkongsian..walau aku bukan seperti mereka..
0 comments:
Post a Comment