NIAT KITA

Monday, 5 March 2012
Selama ini kita seringakali merasakan apa yang ada atau orang-orang disekeliling kita agak merimaskan atau menyusahkan tetapi perjalanan waktu yang kita selami dengan kesedaran akan mengajar dan mendidik kita selaras dengan pengalaman akhirnya kita akan mengatakan benar sekali setiap apa sahaja yang Allah ciptakan dimuka bumi ini bukannya sia-sia  hanya kita sendiri yang tidak pernah mahu tahu dan kerana sifat-sifat begitu membuat kita tidak mahu menerima kenyataan yang ada didepan mata kita atau di sekeliling kehidupan zahir dan batin.

Bila telah sampai kita keperingkat sedar akan kesilapan kita selama ini dengan sendiri kita mampu mendidik jiwa dan rohani kita bersabar didalam setiap kali kita tercabar.Bukan mudah tetapi setiap saat kita tanam didalam jiwa kita manusia itu berbeza-beza dan cara kita menghadapinya pun tidak sama,walau cara nya tidak sama tetapi kita perlu ingat niat kita mesti sentiasa yang sama.Kerana Alah swt.
Apa saja tindakan kita selain ini ada lah batal dan tiada bernilai langsung disisi Allah.
Allah swt berfirman"Ada diantara manusia mengaku mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat padahal mereka tidak beriman.
Kalau kita tiada kesedaran firman Allah ini hanya tinggal bacaaan sahaja tetapi tidak kita tanyakan pada diri sendiri apa kaitannya dengan diri dan perbuatan kita dari masa ke-semasa .
Semua tindakan yang kita ambil didunia ini perlu kepada niat yang betul dan lurus.
Jangan sampai kita terlupa apabila kita mengharap bantuan dari orang tua atau sesiapa saja untuk mencapai apa saja keinginan, kita tidak sempat peduli bagaimana caranya.Dan sanggup berbohong kemudian kita tutup dengan niat niat ucapan luar yang baik-baik dan tanpa malu apabila tercapai impian kita ucapkan alhamdulillah dan lupa bahawa setiap yang dimaqbul dari niat dan cara yang salah itu bukannya dikurniakan dengan rahmatnya dan  lupakah kita bahawa Allah itu maha mengetahui apa yang terdapat didalam sanubari kita. 
Dalam hal  hal sebegini kita tidak mungkin dapat melarikan diri,setiap hari pasti kita berhadapan dengan kerenah-kerenah manusia dan untuk itu hendak lah sentiasa menanam niat yang baik dan  benar sebelum kita bertemu sesiapa pun atau berkumpul dengan ahli keluarga maupun teman .Hendak lah sentiasa kita sedar bahawa apa pun yang Allah ujudkan diseliling kita sebenarnya untuk mendidik diri kita sendiri.
Semuanya umpama cermin andai kita dapat menembusi jadi lah orang -orang yang sabar tetapi andai niat awal kita pun tidakk betul belum pasti kita mampu menanganinya.


Begitu lah kehidupan  hendak lah kita mulakan setiap hari dengan niat yang baik selagi  masih bernafas dan berfikir lah dengan waras,luangkan waktu,muhasabah diri dan tanya apa sebenarnya niat ku sebelum  memulakan sesuatu.
Jika kita tidak mahu berubah hari ini esok belum tentu lagi ..masih kah ada waktu
Semoga kita pun sentiasa tabah mengasuh tabiat buruk kita sendiri kearah kebaikan dan tabah menghadapi insan-insan yang sentiasa menjadi ujian dalam perjalanan kehidupan  kita didunia ini.
Semoga bermanfaat buat diriku..

0 comments:

Post a Comment