Sahabat atau bersahabat biasanya kita kaitkan atau rasakan ungkapan untuk sesiapa yang tiada bertalian nasab atau darah dengan kita tetapi kita lupa sahabat itu adalah satu ikatan yang diiktiraf oleh naluri manusia buat insan insan yang mereka pilih atau suka atau layak.Bersahabat boleh saja dengan adik beradik atau saudara mara dan bermusuh pun begitu juga.Adik beradik atau saudara mara pun boleh menjadi sahabat atau pun musuh sesamanya.
Kerana sahabat itu biasanya setelah dikenal sifat-sifat yang ada,berkenalan pula amat mudah dan berkawan satu ikatan yang agak longgar dan an sahabat paling sukar dicari.
Rasulullah SAW memggunakan gelaran sahabat kepada para pengikutnya yang setia dan beliau mengambil Sayidina Ali sebagai menantu beliau atau sebagai saudara.Dan sayidina Ali pun salah sseorang daripada sahabat beliau.
Bersahabat itu ada beberapa peringkatnya,secara umum,berada didalam perjuangan atau pun jemaah,secara khusus pula kerana mendalami ikatan jiwa atau saling berkasih sayang bukan untuk orang bercinta tetapi bersahabat tanpa kepentingan dan bersahabat secara dipersaudara atau bersaudara dan biasanya ada pertalian darah diantaranya.Seperti perhubungan Rasulullah saw dengan sayidina Ali.
Bersahabat kerana Allah swt itu ikatannya kukuh sekali kerana ikatan akidah tiada kepentingan meski pun tidak bersua ,lama tiada berjunpa atau terputus hubungan kerana kesukaran atau masa dan masaalah kehidupan ia tidak akan menjejaskan ikatan dan pautan yang telah ditanamkan di sanubari yang luhur.Dlam diam tetap saling mendoakan itu lah disebut ikatan yang tulus ikhlas.
Bersahabatlah kita semua kerana Allah kerana iman dan akhlak yang murni ikatannya pasti hingga keakhirat dan mendapat perlindungan dari Allah SWT didunia hingga perlindungan di padang Msayar pada hari tidak ada perlindungan selain dari perlindungan dari Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment