Untuk mengenali setiap kurnia illahi itu amat sukar sekali,apa saja kurnianya baik yang berupa indah atau duka pasti akan kita terima dengan sifat tidak tahu mensyukurinya.Sedang Allah sendiri bersifat maha bersyukur walau Allah SWT tidak memerlukan nya.
Alangkah ruginya kerana tidak memberi waktu pada diri sendiri untuk memikirkan semua kurnianya, dibiar saja diri sendiri mengikuti keinginan hati yang semakin memberi kesan buruk dan semakin tebalnya sifat mazmumah.Andai dapat mensyukuri setiap kurnia illahi itu ternyata lebih berharga meskipun sedikit sekali amal kita,menyedari segala nikmat dan bala dan apa saja kejadian atau pengalaman dipersekitaran kita pasti mempunyai maksud dan mengandungi rahsia-rahsia Allah pasti segala masaalah atau fitnah dari manusia yang suka memfitnah tidak mampu menembusi hati nurani dan melemahkan semangat kita,malahan kita akan menerimanya dengan mempertimbangkannya dengan akal yang waras dan pasti tindakan yang kita ambil diredhai Allah swt. Dan jika kita mampu mengakui segala atau apa saja bentuk kesalahan kita dan tetap kita berharap berada didalam lingkungan belas kasihnya mudah-mudahan kita akan dapat rahmatnya.
Yang pasti hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah swt.Tapi kita kerap merasa bahawa segalanya yang kita laku kan kerana kekuatan diri kita sendiri.Jika berterusan begitu bila lagi kita hendak sedar atau tahu bersyukur.
Dan setiap hari kita selalu melupai kurnianya dalam bentuk perbuatan dan perkataan.Pasti setiap kalimat yang keluar itu menunjukkan bentuk hati kita sendiri.Dan setiap saat hendaklah kita sedar manusia yang suka memfitnah itu tidak akan berubah dimana saja dia berada tetapi kita sendiri yang perlu sedar bahawa segalanya harus kita hadapi sebagai satu ketentuan Allah yang mengandungi rahsia-rahsianya yang penuh hikmah.
Semoga bermanfaat buat diriku sendiri dan teman semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment