DERHAKA

Friday 11 November 2011
Derhaka adalah perkataan yang sudah menjadi kebiasaan kita menyebutnya namun kita tidak memahami apa sebenarnya hakikat pengertian derhaka itu sendiri.
Jika kita benar benar memahaminya pasti kita sebagai manusia begitu berhati-hati atas tiap tingkah laku dan bisikan naluri dan apa jua yang boleh menjadikan kita manusia derhaka.
Tiadalah Allah mencipta kita untuk menjadi sia-sia namun sia-sia itu tetap menjadi pilihan utama kita tanpa kita sedari.Derhaka adalah perbuatan yang dibenci Allah yang tidak disukai akal,agama kerana tiada suatu pun yang darinya itu mendatangkan kebaikan kepada kita manusia.Sama lah kita seperti pokok buah yang ditanam dan disiram tetapi akhirnya tidak membuahkan hasil.

Diriwayatkan umar bertanyakan kepada Rasulullah."Bagaimana keadaan kami ya Rasulullah yang telah mengasihi anak-anak kami namun mereka menderhaka kepada kami?Rasullullah menjawap:"Kerana kita telah melahirkan mereka dan bukan mereka yang melahirkan kita".

Kita lebih mudah menderhaka kepada ibu-bapa kita dari perbuatan,naluri dan tuturkata,seakan tiada jalan yang mudah untuk kita menyedari kecuali dengan Rahmat Allah jua.Kerana tiada Rahmatnya bertahun-tahun kita dalam kederhakaan tanpa kita sedari,kita tidak menyedarinya kerana kita masih tidak memahami apa artinya derhaka itu.
Bagi kita semua perbuatan kita ada lah baik dan kita tidak merasa bersalah atas perbuatan kita yang sering melukai hati ibu-bapa dan semuanya mempunyai alasan tersendiri untuk membenarkan hawa nafsu kejahatan kita walau pun pada hakikatnya kita tidak menanggung dosa ibu-bapa kita tetapi sebaliknya ibu-bapa lah yang bertanggung-jawap keatas semua perbuatan dosa anak-anak jika selama ini anak-anak terbiar tanpa didikan agama.

Derhaka itu ada lah bebanan yang berat dan tiada yang lebih perit kepedihannya yang akan kita tanggungkan sepanjang hayat dan diakhirat.
Dan untuk menentukan bentuk sifat derhaka itu bukanya mudah sebagaimana agak mudah untuk kita menentukan bentuk atau kebaikan yang harus kita lakukan kepada ibu -bapa,kerana itu kita menganggap remeh atas tingkah laku kita dan berterusan dalam kederhakaan.
Selagi kita masih bernafas bererti Allah memberi kita kesempatan untuk berubah dan bertaubat dan semoga ada kesempatan buat kita semua menyedari segala kesilapan yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita .Semoga kita dapat mengenepikan kepentingan diri dan sedar bahawa disisi Allah derhaka kita kepada ibu-bapa itu bukan hanya seperti yang dicatat didlam kitab namun setiap yang terdetik dari hawa -nafsu itu pun hendak sentiasa kita perhatikan. .Dan semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita dan dosa-dosa orang-orang tua kita.









0 comments:

Post a Comment