BEZANYA PEMUJI DAN PENCELA

Thursday 3 November 2011
Sebagaimana kita ketahui manusia akan berhadapan dengan empat keadaan disaat menghadapi pencela dan pemuji.
Kelaziman sifat  manusia akan merasa gembira apabila dirinya dipuji dan marah apabila dirinya dicela dan keadaan pertama dari marah akan terbit rasa sakit hati dan benci.Dan alangkah ruginya kita jika memiliki sifat tersebut  kerana tanpa kita sedari kita dengan sengaja atau tidak telah jatuh kedalam darjat maksiat hati yang tercela.


Kita sebagai manusia yang dicipta mempunyai kelebihan dari makhluk lain iaitu kita dianugerah Allah SWT dengan akal maka hendaklah kita sentiasa sedar bahawa syaitan itu hanya sedikit memainkan peranannya tetapi jika kita tunduk kepada hawa nafsu maka kita manusia akan mudah mengikut segala apa yang hawa nafsu kita kehendaki.
Kerana itu kita manusia agar sentiasa berpegang teguh kepada kitab suci Al-Quran dan Sunnah .Kerana Allah telah memberi garis panduan bagaimana seharusnya kita menjalani kehidupan didunia yang akan fana ini.

Dan didalam kitab Ihya-Ullumiddin karangan Imam Al-Ghazali juga terdapat didiikan yang mengajak agar kita sentiasa menjauhi sifat-sifat yang tercela kerana kita manusia sentiasa terleka dan menganggap pekara tersebut sebagai satu yang remeh,walaupun ianya merupakan perkara yang penting buat kita .


Dan keadaan kedua ada juga dikalangan manusia itu menahan diri dari membalas sesiapapun yang mencelanya,namun pada masa yang sama dia merasa gembira jika ada yang memuji kesabarannya.Ini pun salah satu dari sifat yang kurang taqwanya seseorang itu namun agak baik dari keadaan yang pertama.


Dan ketiga ada dikalangan manusia itu tidak merasa apapun kesusahan pada pencela atau gembira pada sipemuji.Namun sifat ini belum sempurna sebelum kita menyelami jiwa kita.Lihat kah apa kah kita mudah berbaik dengan seseorang kerana dia suka memuji kita dan membenci pula kerana dia suka mencela kita.Apakah kita hanya merasakan sipencela yang tergelincir sedangkan sipemuji itu tidak.Alangkah baiknya jika kita dapat menyamakan kedudukan keduanya..


Sebaiknya hendak lah kita marah kepada sipencela kerana Allah dan hanya ingin mendidiknya seperti juga kita mendidik diri sendiri agar semua sifat tercela itu dapat kita tinggalkan.
Setan itu selalu menghayalkan dan hawa nafsu kita menjadi tuhan.Apa yang paling kita khuatiri jika kta membuat alasan kepada Allah dengan hawa nafsu kita.Dan tanpa kita sedari kita semakin jauh dari Allah.Walau pun secara zahiriahnya kita mengaku seorang mukmin.Selamilah jiwa kita dan fahami lah setiap tipu-daya syaitan dan segala bahaya bahaya yang mungkin kita miliki tanpa kita sedari.


Allah SWT berfirman:
"Katakan -Adakah kami beritahu kepadamu orang-orang yang paling rugi dalam perkerjaannya?Iaitu orang-orang yang terbuang sahaja usahanya didalam kehidupan dunia sedangkan mereka mengira bahawa mereka melakukan usaha-usaha yang baik" (Surah Al-Kahfi-103)
 Dan keaadaan keempat yang mungkin diantara yang sukar kita miliki iaitu jika kita sampai ketahap kita tidak suka dipuji dan tidak marah apabila kita dicela.
Pujian itu seumpama fitnah tetapi tidak lah menjadi satu kesalahan andainya kita tidak sengaja hendak memuji-muji,tetapi kata pujian itu memang terbit dari hati kita.Namun berlebih-lebihan dalam memuji memang dilarang.
San tentang celaan pula ia menyedarkan kita tentang kekurangan diri kita.

Kita manusia tidak dapat lari dari pujian maupun celaan dan kita selalunya tamak,kita sembunyikan kegembiraan dan kebencian kepada sipemuki dan sipencela.Kita suka bukan kerana bersyukur dan kita benci bukan kerana takut murka Allah SWT.
Akhirnya kita memiliki sifat yang tercela dan merugikan diri sendiri.
Sebaik-baik sifat seorang mukmin hendak lah melakukan apa jua perkara kerana Allah.Siapalah kita didunia ini,sedarilah kita sentiasa lalai dan setiap saat melakukan dosa namun jangan lah menjadikannya sebagai alasan untuk kita tidak memperbaiki diri kita dan kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya.


Semoga bermanffaat buat diriku dan sahabat semuanya.

0 comments:

Post a Comment