KITA TETAP SEORANG ANAK

Saturday 12 November 2011
 Allah Swt memerintahkan kita para hambanya agar berpegang teguh kepada kitab kitabnya dan sunnah Rasulullah SAW. Dan diantara kitabnya ,kitab suci Al-quran adalah yang terakhir mengandungi pertunjuk yang lengkap untuk dijadikan panduan manusia menjalani kehidupan didunia ini.


Apalagi yang kita harapkan kerana segalanya telah jelas dan tiada lagi alasan untuk kita mengingkarinya.Dari rukun iman dan rukun islam kita semua harus berusaha untuk memahami dan hidup selaras dengan apa yang didtetapkan.Mungkin belum semuanya dapat kita patuhi atau ketahui namun hendak lah kita bermohon kepadanya agar sentiasa mengurniakan kepada kita ilmu dan hikmah,tanpa kurnianya siapa lah kita.Kegagalan untuk mematuhi batasan yang telah ditetapkan dan bersifat berlawanan dengan fitrah kita sendiri membuat kita sedih atau berputus asa apabila kita bermasaalah dalam kehidupan seharian.
Cuba lah kita fahami bahawa kita semua tidak mungkin lari dari kenyataan yang kita semua adalah anak,kenapa?kerana kesedaran ini ada lah perlu dan seorang yang beriman perlu sekali mengambil kira apa jua keadaan.Sering kita lihat dan dengar orang-orang tua menyalahi anak-anak mereka dan apabila ada saja ceramah Agama yang menyentuh tentang sifat-sifat buruk tentang anak-anak pasti kita mendengar mereka mengulas balik tanpa kesedaran. Alangkah sedihnya kebanyakan orang tua tidak menyedari mereka juga dulu nya mempunyai ibu-bapa dan mereka juga digelar anak sebelum digelar ibu atau bapa.
Mereka lupa akan kederhakaan yang mereka lakukan kepada ibu-bapa dan mereka lupa bahawa Allah itu tidak pernah zalim.Alangkah baik jika kita dapat memahami bahawa apa jua perintah dan pertunjuk Allah ada lah untuk kita semua bukannya terhad untuk para anak-anak kita.Disini lah letaknya kesilapan kita dan bila kita menasihati anak-anak seolah-olah kita tidak pernah menjadi anak kepada sesiapa pun,


Hari ini kita sering berdepan dengan segelintir ibu-bapa yang sering mengumpat,mencerca,menghina atau melaga-laga dan memfitnah anak-anak mereka sendiri.
Ingatlah dan jangan sekali-kali kita bersikap seperti itu kerana disaat para malaikat mencatit kejahatan ia telah ditetapkan didalam ketegori yang tertentu mengikut jenis dosa yang kita lakukan.Allah telah pun bersumpah celakalah untuk para pengumpat dan pencela..Dosa tetap dosa dan jangan sekali kita berbangga kerana melakukanya.
Jangan lah kerana kita seorang ibu atau bapa kita boleh memfitnah dan melakukan segalanya tanpa malu kepada Allah.Allah SWT memiliki kekuasaan dan perhitungan yang muktamad dan walau siapa pun kita hiduplah sebagai hambanya kerana sebagai hamba Allah itu  akan menyedarkan bahawa tiada apa pun yang boleh melepaskan kita  dari pandangan Allah mau pun hukumannya dan tiada satu pun firman Allah yang membenarkan kita sebagai ibu-bapa berkelakuan sewenang-wenangnya didunia ini.


Semoga bermanfaat buat diri ku dan saudara semua.

0 comments:

Post a Comment