Bezanya Ilmu dan Hikmah

Saturday 2 March 2013
           Apa beza ilmu dan hikmah dan apa pula yang saling berkaitan dari dua perkataan ini.
Bezanya hikmah itu langsung datang dan anugerah Allah kepada sesiapa yang dipilihnya tanpa mengira ia seorang yang kaya,cantik,buruk,miskin,sihat,sakit ,berpendidikan tinggi atau pun tidak.Lain pula ceritanya tentang ilmu pengetahuan ia boleh dicari melalui kemudahan yang tersedia dan tertulis dibuku-buku dan dari teman atau guru.

Jika Allah mengurniakan hikmah ia akan berfungsi untuk segala kebaikan baik untuk orang lain maupun diri sendiri.Kesedaran yang mendalam tentang sesuatu ilmu yang kita baca,pelajari dan dengar.Dengan kurniaan hikmah kita akan  muhasabah diri apa yang telah kita tahu dan tidak diamalkan.Kemudian kita pasti akan berusaha untuk beriman pada setiap perintah dan sedaya upaya menjauh larangannya.
Ia bukan sekadar diucap-ucap tetapi mendatangkan satu getaran dan rasa bersalah dan berdosa
jika enggan melaksanakannya,ringkasannya ia adalah dari qalbu seseorang itu.
Jika hikmah itu kita tulis ia menjadi satu perkongsian kepada semua dan bertukar menjadi ilmu pengetahuan.

Contohnya seseorang itu tahu Allah benci seseorang yang sombong,yang suka memecah belah sesama keluarga,suka menghasut dan sebagainya,itu dikatakan ilmu pengetahuan tetapi tanpa hikmah pasti ia akan suka dan terus menerus dengan sikap seperti itu,lebih baik secara halus dikatakan tanpa rahmat Allah kita tidak akan berubah kerana kita cuma tahu tetapi tidak mahu beriman.
Kerana sifat sombong yang terus menerus membuat kita lupa apa yang sepatutnya dan fikiran menjadi lemah,berbeza jika seseorang yang mengunakah hati nuraninya daya fikir semakin bercambah dan kuat.
Mengunakan hati nurani akan membiasakan seseorang itu lebih berhati-hati dan hanya perlu bila semuanya telah begitu mendesak dan tidak dapat dibendung.

Sejauh mana kita telah mengunakan hati nurani,bagi diriku rasanya masih jauh sekali,namun berusaha lah kearah itu,kerana itu apabila dikurniakan dengan ilmu dan hikmah jangan sekali dianggap ia sesuatu yang murah,ingatlah ilmu pengetahuan berserta hikmah kurniaan ilahi itu 
amat bernilai sekali.
Hikmah adalah  kurniaan dan kekuatan dari ilahi yang bukan semuanya dan semudahnya kita miliki.Ilmu pula ialah pengetahuan yang belum tentu kita mahu amalkan cukup sekadar kita tahu dan mengucapkannya.Jika keduanya bersatu ternyata ia mendatangkan segala kebaikan buat dunia dan akhirat kita.


"Sekadar perkongsian"

0 comments:

Post a Comment