Solat qasar,solat jamak taqdim,solat jamak takhir dan qasar,solat jamak taqdim dan takhir .

Thursday, 7 March 2013


Hendak lah kita perhatikan apakah niat kita sebelum memulakan satu perjalanan atau bermusafir dan cara solat yang mana yang kita pilih ketika hendak bermusafir kerana itu lebih memudahkan agar niat kita tidak berubah-ubah yang kemudian menyusahkan diri sendiri.

Adakah pilihan kita hendak solat qasar, solat jamak taqdim dan takhir atau solat jamak  taqdim dan takhir qasar.(Memahami niat  itu lebih mudah untuk kita membezanya

Seseorang yang bermusafir atau dalam satu perjalanan diharuskan mengqasharkan solat.
Contoh memendekkan solat yg 4 rakaat kepada 2 rakaat tetapi solat magrib dan subuh hendak dikerja seperti lazim dan tiada diringkaskan.
Sesuai dengan firman Allah,
"Sekiranya kamu melakukan perjalanan (bermusafir )dimuka bumi ini,maka tiada halangan untuk kamu mengashar kan solat jika kamu takut akan ditakuti oleh 0rang-orang kafir.Sesungguhnya orang-orang kafir itu musuh kamu yang jelas lagi nyata.(Surah An-Nisa :4;101)

Menurut mahzab Asy-Syafi"i mengqasar solat bagi orang-orang yang bermusafir yang memenuhi syarat amat digalakkan;

Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata Rasulullah SAW pernah bersabda 'Sesungguhnya Allah swt menyukai segala kelonggaran yang diberikan olehnya diterima dan dilaksanakan,sebagaimana Allah memurkai segala kemaksiatan terhadapnya dilakukan oleh kamu"(Hadis riwayat Ahmad)

Sahnya solat qasar bagi seseorang itu ialah;

1.Perjalanannya melebihi 85 kilometre.
2.Perjalanan bukan bertujuan maksiat
3.Solat yang boleh diqashar (diringkaskan)hanya solat yang 4 rakaat
4.Meniatkan solat itu dengan solat Qashar semasa melafazkan takbiratul ikram
5.Tidak berimam kepada orang yang bermukim(orang tempatan)

Tempuh sah sebagai musafir mengikut para ulama hanya 3 hari dan 2 malam sahaja.Sekiranya lebih daripada itu maka tidak harus  jika ia mengqasharkan solat kerana dianggap telah bermukim.


Niat solat Qasar;


Usalli fardhaz zuhri rakataini qashran lillahi taala

Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat qashar kerana Allah Ta'ala

Ushalli fardhal asri rakataini qashran lillahi taala

Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

Usalli fardhal isyai rakataini qasran lillahi taala

Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat qasar kerana Allah Taala

 Jumhur ulama membenarkan melakukan Solat Jama' Takdim dan Jama' Takhir kecuali Mazhab Hanafi. Didalam Mazhab Hanafi dibolehkan Jama' hanya pada hari Arafah bagi orang-orang yang ihram haji, iaitu menjama'kan solat Zohor dan Asar didalam waktu Zohor. Hujah mereka ialah waktu Solat telah thabit secara mutawatir (didalam hadith bertaraf mutawatir) maka tidak boleh digantikan dengan hadith ahad (Al-Fiqh Al-Islami, 2/349-350). Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah menyatakan bahawa adalah lebih baik ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk melakukan jama'. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu' Fatawa, 24/19).

b. Diriwayatkan bahawa Nabi saw tidaklah berterusan melakukan jama' semasa musafir akan tetapi berterusan melakukan qasar, maka menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily disebabkan khilaf ulama' mengenainya, adalah afdal tidak melakukan Solat Jama' (Al-Fikh Al-Islami, 2/350).


"Dibolehkan untuknya melakukan jama' tanpa qasar dan qasar tanpa jama', dan qasar merupakan haknya, lebih afdal dari solat al-tamam (penuh, iaitu 4 rakaat)! " (Al-Lajnah Al-Daa'imah , Fatno:584, 8/97).

solat Qasar boleh dilakukan tanpa menjama'kan solat, dilakukan oleh seseorang yang bermusafir apabila masuk waktu solat tersebut (pada waktunya) keatas solat yang mempunyai 4 rakaat. Tetapi kebiasaan melakukan Solat Jama' dan Qasar juga merupakan sunnah Nabi saw bagi memberi kemudahan kepada umatnya. Ada dikalangan ulama' yang lebih menyukai solat pada waktu yang ditetapkan, maka mereka melakukan solat Qasar tanpa Jama apabila masuk waktu solat tersebut. 

Antaranya pilihan ialah;



Istilah   : Menghimpun dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu;

Menjamak dua solat fardhu tanpa diringkaskan(qashar)

Caranya ialah mengumpulkan solat fardhu zuhur dan Asar  dan dikerja pada waktu zohor.
Dan maksud taqdim ialah mendahulukan iaitu mengerjakan solat Asar 4 rakaat yang belum masuk waktu asar dan dikerjakan didalam waktu
zuhur secara jamak iaitu (dihimpunkan)
Begitu juga jika mengerjakan solat isyak yang belum masuk waktu dan dikerjakan didalam waktu margrib pun dimaksudkan dengan jamak taqdim iaitu dihimpunkan.

Tetapi hendak lah dikerjakan dengan syarat-syaratnya;

SYARAT JAMAK TAQDIM;(solat jamak bermaksud dihimpun ,solat zuhur /asar dan maghrib / Isya)

1,Hendak lah dikerja secara teratur,iaitu dengan mengerjakan solat Zuhur dahulu dan Asar dikemudiankan,Jika margrib didahulu dan Isyak dikemudiankan.

2.Niatnya hendaklah solat itu diniatkan dengan niat Jamak Taqdim pada solat yang pertama atau didahulukan iaitu solat Zuhur atau margrib(ini tidak berubah kerana niat Jamak Taqdim mesti pada waktu zuhur dan margrib. 



Lafaz niatnya ialah;

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Usalli fardhaz zuhri arba'a rakaatin majmuan  ilaihil asru  adaan lillahi taala;

Ertinya;Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat dihimpunkan Asar kepadanya tunai kerana 
Allah Ta'ala.
Ingat niat lafaz jamak taqdim ialah diantaranya ( dihimpunkan)

Lafaz solat asar ;

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Usalli fardhal asri arba'a rakaatin majmu-an ilazuhri jam'a' taqdim lillahi taala.

Ertinya'Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat dihimpunkan kepada zuhur  kerana Allah Ta'ala

Niat Jamak Taqdim dalam waktu margrib;

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى

Usalli fardhal margribi salasa rakaatin majmu-an ilahil isya'u adaan lillahi taala

Ertinya;Sahaja aku solat maghrib tiga rakaat  dihimpunkan isyak kepadanya kerana Allah Taala

 صَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ   لله تعالىه

Usalli fardhal isyaii arba 'a'  rakaatin majmu an ilalmargribi jamak taqdim lillahi ta'ala

Ertinya:Sahaja aku solat fardhu isya 4 rakaat dihimpunkan kepada maghrib  kerana Allah Ta'ala

Cara-caranya;
Selepas selesai solat zuhur iaitu selepas salam maka hendak lah terus mendirikan solat Asar.

Hendak lah solat itu dikerjakan berturut-turut dengan tiada solat sunat diantaranya kecuali memperbaharui wudhuk yg batal.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran seperti terlupa atau pitam,maka terbatallah jamak,maka wajiplah ditundakan solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak.
Jika dipisahkan kedua-duaya untuk tempuh sekejap maka tidak terbatal jamak.


Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang sahih.

Jamak takhir;(lebih afdhal mendahulukan solat asar /isyak tetapi tiada ditetapkan.Boleh juga jika maghrib didahulukan atau zuhur didahulukan.



Cara melakukan solat JAMAK TAkHIR;
Selepas salam atau pun jika Isya sunat iqamah kemudian diikuti solat waktu zuhur/maghrib.

Contoh lafaz niat solat Jamak Takhir

أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Ta'ala.(Didalam jamak takhir yang tunai ialah solat asar)

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar  kerana Allah Ta'ala.

أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Ta'ala.(Didalam solat jamak takhir yang tunai ialah solat Isyak)

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعال

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada Isya kerana Allah Ta'ala

Selain daripada solat qasar iaitu diringkaskan dan solat secara Jamak taqdim atau takhir yang dikerja tanpa diringkaskan atau diqasarkan ,kita juga diberi pilihan iaitu solat qasar dan jamak.

Solat Qasar dan Jamak dihimpunkan dan diringkaskan



Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat


Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.

أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Ertinya;Sahaja aku solat fardhu zuhur 2 rakaat qasar dihimpunkan solat Asar tunai kerana Allah Ta'ala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang tunai ialah solat zuhur)
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Ertinya:Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar  kerana Allah Ta'ala

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya tunai  kerana Allah Taala.(Didalam solat jamak taqdim dan qasar yang lafaz niat tunai ialah Maghrib)
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya' 2 rakaat qasar kerana Allah Ta'ala.


@ Solat  Zohor dan Asar  Jamak Tak’hir  Qasar.


أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى



Ertinya;Sahaja aku solat  fardhu zuhur 2 rakaat qasar dihimpunkan kepada asar  kerana Allah Taala( Perhatian harus diberi pada tiap solat bahagian mana yang tunai di waktu kita mengerjakannya,itu yang membezakan diantara dua solat yang dihimpunkan,didalam jamak takhir waktu zuhur bukan tunai)

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Asar 2 rakaat qasar tunai  kerana Allah Ta'ala.(Didalam solat jamak qasar takhir yang tunai ialah waktu asar,ingat ketika lafaz niat.)

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى

Ertinya;Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya  kerana Allah Ta'ala.(Ketika lafaz niat solat maghrib tidak boleh disebut qasar sebab ia tidak diringkaskan)
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى


Ertinya;Sahaja aku solat fardhu Isya' 2 rakaat qasar  tunai kerana Allah Ta'ala. (Didalam solat jamak takhir yang lafaz niat tunai ialah isyak)

Kesimpulannya;


Solat Qasar bermaksud diringkaskan yang solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat tanpa dijamak atau dihimpunkan.

Solat Jamak Taqdim dan Takhir tidak diringkaskan,tetapi dihimpun kan kepada solat asar atau maghrib kepada solat Isya(Bermaksud ia harus dikerjakan 4 rakaat zuhur dan 4 rakaat asar dan maghrib 3 rakaat seperti biasa dan Isya 4 rakaat seperti biasa)

Solat Jamak qasar taqdim atau takhir itu dihimpun dan diringkaskan .(solat zuhur 2 rakaat dan asar 2 rakaat,sementara maghrib 3 rakaat tidak diringkaskan tetapi isyak diringkas menjadi dua rakaat.)


Solat subuh dikerja seperti lazimnya.

Semoga bermanfaat





7 comments:

{ Read } at: 2 May 2013 01:40 said...

Assalam.. Ingin bertanya bagaimana pula jika perjalanan melebihi 90km tetapi didalam negeri yg sama dan setiap hari, bolehkan solat itu dijamak setiap hari, Mohon pandangan

{ ummi zainab } at: 10 May 2013 21:43 said...

waalaikumusalam,solat qashar adalah diringkaskan dan buat sesiapa yang bermusafir atau dalam perjalanan sejauh 85 kilometer atau selebihnya.Ia dikira dari jauhnya telah melebihi, Yang membolehkan solat qashar adalah berhubung dengan jarak,,bukan kembali kerumah sendiri dan tidak boleh kerana maksiat dan tidak boleh beriman orang yang tetap didtempat itu,
Sheikh Abbdul Rahman al-Jazari didalam kitab al fikh,ala mazahib al-arbaah,pada jilid pertama,halaman 472 menyatakan bahawa 16 fasakh bersamaan 80.640 kilometre,maka beliau menjadikan jarak 81 kilometre sebagai jarak yang membolehkan solat diqasharkan.

{ Mas } at: 23 June 2013 21:23 said...

Assalamualaikum... saya masih lagi keliru dgn solat jamak & qasar..
Sbg contoh: Seandainya saya bermusafir , sy berniat untuk niat jamak & qasar (untuk solat Asar), maka waktu Zohor saya hanya buat dan rakaat dan di ikuti solat asar 2 rakaat. Begi juga dengan Jamak & Qasar (jamak taakhir ) , jd saya cuma perlu buat 2 rakaat zohor dan asar.

Betulkah dengan apa yang saya katakan ini..?

{ jaeluv88 } at: 26 June 2013 10:08 said...

Kalo sy dr phg ke kl ; jarak lebih 99 km. Niat sy bkn maksiat tapi xtau la korg tafsir macamane.. sy tgk org menyanyi.. maka sy boleh jamak tp xbole qasar. So , camane??Mohon beri pandangan. Tq

{ Hana Converse } at: 16 September 2013 00:45 said...

ditempat kerja saya ada surau yg membolehkan kami berumat islam beribadah . masalanya pada hari ahad @ public holiday surau itu dikunci dan saya tidak dapat menunaikan solat zohor pada waktunya . solat asar saya lakukan bila saya telah pulang ke rumah pada 6.30 petang . saya tidak tahu bagaimana saya boleh menunaikan solat zohor saya yang sudah tertinggal itu . tolong saya selesaikan masalah saya ini agar saya dapat menjadi yang lebih baik . tq admin .

{ Sarah Hani } at: 1 November 2013 04:18 said...

Terima Kasih kak,, Alhamdullilah saya dah faham semuanya :)

{ Cik Zaitul } at: 8 February 2014 20:29 said...

mohon share , saya share link ni kat blog saya yea. mekasih

Post a Comment