Siapa yang dapat menjaminkan

Saturday 2 March 2013
      Berjumpa atau bergaul dengan orang-orang yang berilmu agama yang benar-benar mengamalkan apa sahaja yang di-ucapkan atau diajarkan kepada kita rasanya jauh berbeza dengan orang-orang yang hanya menyampaikan tetapi tidak mengamalkannya.Timbul rasa sesal
kerana telah mengabaikan peluang singkat yang Allah anugerahkan kepada kita.
Walaupun telah berpuluh tahun ia berlalu tetapi ia tetap kekal disanubari dan apa jua didikannya bagaikan telah terpahat meskipun tidak semuanya diamalkan.
Kejahilan sendiri yang membuat kita tidak mahu peduli akan nasihat yang berharga.

Berbeza dengan setengah dari guru-guru ugama yang kita temui dimasa kini,walaupun tidak semua tetapi sebahagiannya tetap berfahaman sekular,adakalanya walau menyampai dengan benar tetapi masih terselit bahagian yang tidak sedap didengar.

Pendidik ilmu yang dahulu bukan sahaja mewarisi ilmu para nabi dan salafusoleh tetapi akhlak dan hati mereka pun bagaikan seiring dengan ilmu yang mereka sampaikan.
Didikan mereka lebih kepada agar kita terus belajar dan mengharapkan pengampunan dan rahmat Allah agar kita sedar dan terus sedar kerana tiada jaminan yang dapat menetapkan diri kita selamat dan amalan kita diterima,apakah solat kita seperti solatnya para nabi.
Bagi kita kita betul tetapi dimata Allah kita tetap tidak tahu bagaimana adanya.

Apabila seorang guru itu berwibawa kita menjadi tenang kerana begitu banyak contoh dan ilmu dari dirinya yang perlu kita pelajari,itu lah dikatakan jiwa sufi,dimana seorang insan yang memiliki 
kekayaan jiwa anugerah illahi yang tidak dapat dijual-beli.
Kini walau kita berjalan sejauh mana tidak semudah itu akan kita temui kembali guru-guru seperti ini,yang kaya dalam kesederhanaan,yang sentiasa mengajar kita didalam setiap geraknya.

Beruntung sekali rasanya kerana pernah bertemu orang yang warak dan berilmu dan beramal dengan hati nurani,dari didikan yang sebegini kita menolak sesiapa sahaja yang cuba mengada-ngada,kerana ilmu Islam bukannya penting kepada siapa yang berpendidikan tinggi sahaja tetapi didikan yang penting ialah kepada apa yang benar seperti yang telah ditetapkan dan diajar oleh Rasulullah yang berpandu kepada kalam Allah.
Ketinggian budi dan kehalusan pekerti insan sebegini boleh mendidik kita menjadi hamba yang
yang merendah diri jika kita benar-benar memahami,hasil didikan membuat kita sedar siapa diri kita sebenarnya,dan menyedari dosa dan kesilapan yang sentiasa kita lakukan.

"Perkongsian bersama buat yang sudi memahami"


0 comments:

Post a Comment