Thursday 3 November 2011
Bagaikan tersekat nafas
dikala ujian mu
menghadirkan diri...

Hampir aku tersasar
hilang kesabaran kerana merasa hebatnya tekanan
Ya..Rabb..
jangan biarkan aku. dalam kekeliruan
jangan biarkan  aku mencari kesalahan demi kebenaran
berilah aku kekuatan..
menerimanya dan menanganinya
dengan iman dan redhamu.

Alangkah malunya kita
bila tiba dipersimpangan..
masih tersalah memilih arah,,sedangkan telah lama kita bermusafir,,telah jauh perjalanan
begitu banyak sekali pengalaman
masih hidup bagaikan tidak mengenal tuhan
masih sujud tanpa kenal
tanpa berpegang pada
Rukun Iman dan Islam..

Sedikit masa lagi ..tiba saat..
pasti telah tiada kesempatan....

2 comments:

{ Lok 7 } at: 4 November 2011 at 07:23 said...

catatan gelisah seorang penyair
kembali belajar dari alam
pasrah pada ketentuan
sekeligus cuba menggapai asmanya
dengan rasa sesal

saya gemar puisi ini. cantik.

{ ummi zainab } at: 11 November 2011 at 05:15 said...

Terimakasih,alhamdulillah aras segala bicara yang memberi inpirasi yang membina dan sekali lagi terimakasih kerana sudi memahami.

Post a Comment