JIWA INSANIAH

Wednesday 29 February 2012
Terciptanya manusia didunia ini dan dalam menempuh kehidupan semenjak dari nabi Adam hingga kini  Allah sentiasa mendidik manusia dengan caranya dan mengikut keadaan Zaman.
Perlu dingatkan Allah yang mencipta dan bukan dicipta.Manusia dicipta dengan kemampuan yang berbeza-besa dan manusia yang berilmu amat beruntung dan manusia yang berilmu dan mempunyai sifat taqwa yang murni ada lah golongan insan yang bertuah didunia hingga keakhirat.


Ujudnya Allah tidak memerlukan pada pertimbangan aqal.jiwa dan hawanafsu tetapi manusia berkait rapat dengan hal-hal tersebut. Jika  kita  tidak memiliki jiwa bertauhid kepada Allah sentiasa kita berkeluh kesah didalam kehidupan.Tetapi kita diperintah untuk bersyukur,sesunguhnya Allah itu maha bersyukur maka bersyukurlah dengan apa saja kurnia illahi . Menyebut perkataan itu mudah sekali untuk merealisasinya amat sukar apatah lagi menjiwainya.Tetapi terima lah keterbatasaan kemampuan kita seadanya .Itu lebih indah,


Contoh dalam kehdidupan disaat berhadapan dengan tiga atau empat orang pendidik .kita secara amnya atau secara kerohanian dapat merasakan perbezaan cara dan sifat tetapi keikhlasan memainkan peranan penting pada pendidik dan yang dididik hanya dengan keikhlasan sedikit demi sedikit kita akan dapat memahami apa yg diajar dan perlu kita pelajari.Walau dalam cara atau kontek yang berbeza  pengisian nya tetap sama.
 Yang penting kita bersyukur kerana masih terdapat golongan yang berjiwa insanniyah kerana yang berilmu tidak semestinya dapat mendidikAda pelajaran tidak ada pendidikan  ilmu tinggal menjadi ilmu.Pendididikan tanpa ilmu juga bagaikan tidak ada panduan.Ilmu  sesiapa yang mengetahuinya boleh saja menyampainya tetapi untuk mendidik perlu guru yang telah menghayati dan mengamalkannya.
Yang penting kita perlu ingat menjadi guru yang bertaqwa bukan mudah tetapi mencari guru yang berilmu itu lebih mudah.
Bersyukur untuk kurnia Illahi semoga mendapat keberkatan dari apa yang disampaikan  dan dipelajari.

0 comments:

Post a Comment