Mampukah kita?

Wednesday 29 February 2012
Hidup dizaman ini agak menghairankan.Terjadi perbalahan  dimana manusia saling tidak menghormati para pemimpin atau para ulama  dan mungkin semuanya terjadi kerana dizaman teknoloji yang agak canggih semua  nampaknya mudah dan semuanya pun diambil mudah..


Agama islam bukannya diguna untuk sesuatu keperluan yang bermusim tetapi kehendak Tuhan yang maha pencipta lagi Maha Agung.sewajarnya ia diguna kan disemua tempat,disetiap masa dan situasi.Tapi kita tidak mampu melaksanakan nya  dengan jiwa dan rohani .Kita selalu gagal dibahagian ini.
Dipersekitaran kita yang jelas nampak dan yang sukar kita lakukan hidup berkasih sayang.Jika dalam kehidupan dunia kecil ku pun aku sukar untuk menyayangi apa lagi hendak diharapkan pada dunia yang lebih luas. Semuanya kerana penghayatan arti iman itu tidak mampu dilaksanakan.


Sering dan berulangkali ku ingati diri penghayatan itu penting sekali,contoh nya dalam bab rukun Iman dan Islam.Untuk menghafal amat mudah sekali tetapi ia sekadar bersifat Ilmu.Dan tanpa penghayatan bolehkah kita katakan kita sudah beriman?
Ajukan persoalan ini pada diri kita,kalau kita menghayatinya pasti semua tindak tanduk kita mengikut panduan yang telah ditentukan,kerana Rukun Iman adalah panduan kehidupan manusia.
Jika tidak apa saja ibadah menjadi ibadah kepunyaan individu yang mempunyai kepentingan masing-masing.
Jika kita berkemampuan menunai ibadah haji contohnya,tanpa penghayatan rukun iman maka ibadah haji sekadar kita tunaikan dengan mengerjakan yang menggugurkan kewajipan ,sekadar dikatakan sah atau mendapat gelaran haji atau hajah tetapi kita tidak peduli adakah ia tertolak atau didterima disisi Allah.Tertolaknya amal kerana Allah itu maha mengetahui apa yang tersimpan didalam Qalbu kita.
Semua kejahatan yang lahir didalam kehidupan kita berpunca daripada kejahatan yang tersimpan rapi didalam hati nurani Dan setiap kejadian atau pengalaman baik buruk kehhidupan bersama ahli keluarga atau masyarakat kalau kita hanya melihat,sekadar melihat dengan mata kita tidak akan merasa apa=apa tetapi jika kita melihat dengan mata dan akal pasti yang tersirat itu menjadi ilmu buat kita, begitu lah juga jika kita melihat dengan hati nurani ia akan mendatangkan ilmu dan hikmah yang berharga.Hanya dengan didikan iman segalanya dapat kita jauhi apa yang merugikan  dan semoga kita sentiasa berusaha kearah jalan-jalan yang diredhai.

0 comments:

Post a Comment