JIWA YANG ROSAK

Saturday 25 February 2012
Kesilapan kita sering mencari kebahagiaan dengan makhluk walaupun adakalanya kita sedari mengharapkan redha manusia itu sebenarnya menjauhkan diri dari redha Allah.
Kenapa kita sering berhadapan dengan kehampaan akibat tindak tanduk manusia ..jawapannya kerana kita terlebih dahulu melakukan kesilapan dalam menentukan arah sesuatu perhubungan.


Masyarakat kita hari ini lebih banyak kerosakan yang kita lihat dari baiknya.Kita merungut dan berkeluh kesah walhal kita juga penyumbang dalam kerosak itu.Bagaikan seorang jutawan yang dermawan,mengumpat dan membuka aib orang .keluarga dan jiran-jiran.
Biasanya apabila sesuatu masyarakat itu terlalu kronik,lihat lah pada bangsanya pasti bangsanya telah rosak.Apabila ia telah menyeluruh kerosakannya sukar sekali untuk dibendung.
Begitulah juga dalam sebuah keluarga .apabila kelihatan rosaknya seluruh keturunan sesebuah keluarga itu pasti asalnya atau punca bermula dari sebuah kehidupan yang zalim dan rosak.
Ia biasanya terjadi kerana tabiat dan sifat-sifat jahat yang diasuh dan ditanam kedalam sesebuah keluarga.
Sebagaimana Allah berfirman:"Lahirlah kerosakan dilautan dan didaratan disebabkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri" dari ayat dtersebut harus kita persoalkan kepada diri kita sendiri kerana kerosakan itu menyusahkan 
Tidak perlu kita menuding jari kearah yang lain kerana perlanggaran hukum Allah harus dihentikan dan harus bermula dari diri kita sendiri.Semoga kita dapat membaiki rohani kita yang telah pun tercalar.
Semoga bermanfaat buat dirku.



0 comments:

Post a Comment