YANG KEKAL ABADI

Thursday 6 December 2012
Di sana ada taman-taman indah
ada istana-istana
ada sungai-sungai yang mengalir
disana ada pohon-pohon buah
yang rendang dan tidak bermusim
sentiasa masak dan ranum 
walau disana ada segalanya

aku belum pernah kesana
suatu masa pasti akan kesana 
herannya ku sering terlupa
segala yang kekal dan benar
kerana aku
Disini pun ada segala-galanya
bermacam-macam keindahan  
berbagai kelazatan
keindahan
hingga terleka dari negeri yang berkekalan
Disini tersesatnya jiwa oleh kelazatan
membuat diri merasa aman.. 
disini jalan nya bersimpang siur
seperti bayangan 
adakala ia menaungi ada kala ia pergi
disini tiada kehidupan yang kekal
silih berganti malam dan siang.
lalu disini itu apa
kerana disini bermula segalanya
disini  telah disedia segala-galanya
untuk mencari jalan kesana.

kerana disana bukan semuanya indah
ada tempat yang gelap 
panas berbahang
makanannya tiada yang sedap
minumannya tiada yang manis
tiada yang sejuk atau menyegarkan
disana itu pun ada segala-galanya

Jalan nya disini bersimpang dua
ada tapak penuh dosa
jalan pintas syurga dunia
dan juga ada
jejak-jejak yang bersinar
penuh rahsia
bagaikan cahaya hati yang menyala-nyala.




0 comments:

Post a Comment