BAHAYANYA SIFAT TAKBUR

Tuesday 5 February 2013
Manusia mudah sekali dihinggapi sifat takbur,dan berbangga pula bila memiliki sifat buruk ini.
Sifat takbur bukannya sesuatu yang patut kita biar kan bermaharajalela dijiwa ,sebaiknya nya
berusaha muhasabah diri kerana sifat ini punca segala kejahatan .

Seseorang bila dihinggapi sifat buruk ini akan selalu membenarkan pendapat sendiri ,akal dan tidak perlu lagi beriman atau berpandu kepada Al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.Dia menjadi tuhan kecil,menjadi raja dan menjadi segala-galanya.
Apabila kita berbangga pula menjadi lah kita manusia yang sukar dimengerti,tidak kira ia seorang 
abid atau pun dia telah pun mengerjakan haji atau umrah,banyak sedekahnya,semuanya dibuat dengan diungkit-ungkit dan menunjuk-nunjuk.

Bukan susah nak kenal sifat takabur,kalau membeli ubat,ubat yang dibelinya lah yang paling mahal,kalau ada harta,hartanya lah yang paling bernilai,jika dah kemekah ilmu yang disampainya semua benar dan betul mengikut fikiran sendiri dan mudah sekali nampak aib orang seolah dirinya dilahirkan suci bersih.
Alangkah malunya kita bersikap seperti ini.

Allah s.w.t berfirman:"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombong diri terhadapnya,sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan
mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta kedalam lubang jarum" (Surah al-Araf-ayat 40)

"Ingatlah dan kenangkanlah ihsan tuhan kepada kamu ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada didalam hati mereka terhadap kebenaran Islam,perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu,lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasulnya dan kepada orang-
orang yang beriman sehingga tercapailah perdamaian serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah taqwa ,serta mereka disisi Allah adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah Taqwa "itu serta ahlinya.Dan ingatlah Allah adalah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Sifat takabur merupaka kebinasaan diri yang boleh mendapat kehinaan dan deraan didunia sebelum diakhirat,
Khatimul Asham berkata,"hendaknya jauhi diri daripada mati dalam tiga keadaan,iaitu takbur,tamak dan ujub,kerana Allah Taala tidak akan mengeluarkan sseorang itu dari dunia sehingga diperlihatkan dulu penghinaan keatas nya atau sekurang-kurangnya keatas keluarga sendiri.
Orang yang tamak pula tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah merasakan amat memerlukan secebis roti dan seteguk air kerana terlalu lapar dan dahaga.
Orang-orang yang ujup juga tidak dikeluarkan dari dunia melainkan setelah diperlihatkan dirinya
bergelumang dengan air kencing dan tahinya sendiri"

Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah bersabda yang berbunyi;"
"Orang-orang yang sombong,keras kepala dan takbur,akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti
kumpulan semut,yang dipijak-pijak oleh manusia kerana hinanya mereka disisi Allah S.W.T.

Dan Rasulullah saw bersabda:
'Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan menganggap hina kepada orang lain"
Ingat lah takbur ini sentiasa ada bersama kita dan kita selalu lupa atau sengaja hendak membinasakan diri sendiri,

Allah swt berfirman:"Aku akan memalingkan mereka dari ayat-ayat ku orang-orang yang menyombongkan dirinya dimuka bumi tanpa alasan yang benar (Q.S 7-146)
Demikian lah Allah mengunci hati setiap orang yang takbur lagi sewenang-wenangnya(Q.S 40:35)

Oleh itu muhasabah diri setiap waktu kerana ia bertapak tanpa memilih sesiapa pun,walau serajin mana pun seorang itu beribadah atau pun telah menutup seluruh aurat atau pun telah menunaikan haji dan umrah atau pun seorang yang banyak sedekah dan dermawan dan apatah lagi jika seorang yang jahil dan ahli maksiat semua nya akan dihinggapi sifat takbur dan hendaknya kita sedar dan berusaha menjauhinya.

"semoga bermanfaat buat kita semua"
I

0 comments:

Post a Comment