PENTINGNYA BERILMU

Thursday 24 January 2013
Manusia jika bercakap mengenai seseorang ia menjadi bijak dan cermat sekali,dibuka aib dan begitu petah sekali lidah membuka aib insan lain tanpa rasa bersalah apatah lagi rasa berdosa.
Kenapa jadi sedemikian kerana diri merasa begitu baik dan sempurna ,bersih dari dosa dan noda atau kerana kita telah pun mengerjakan solat,atau sudah banyak sodaqahnya,sudah menutup aurat,sudah kaya raya berpelajaran tinggi dan mampu dalam segalanya dan yang lazimnya terbit sifat sebegini kerana telah merasa begitu sempurna ia sebagai seorang islam kerana telah pun mampu mengerjakan haji dan umrah.

Bukan mengata sesiapa, rasa-rasanya diri sendiri pun bersifat sebegini dan mudahan dijauhkan Allah dan jangan tergolong dari golongan yang sebegini.
Berbalik kepada sifat dan amal ia sesuatu yang harus diperhatikan setiap kali timbulnya sifat mazmumah.
Sifat -sifat mazmumah itu mudah sekali mengiringi kita,dari hal yang nampak dan jelas sehingga hal-hal yang remeh dan kecil dan sukar dikesan.
Ahli ibadah,ahli yang faqih ,yang taat atau yang ingkar semuanya memiliki sifat mazmumah.Syaitan sentiasa menyelinap kedalam qalbu dan roh manusia dan hanya orang yang mukhlis yang terselamat dari tipu dayanya.

Kenapa kita rasa begitu selamat dengan amalan kita,apakah kita telah mengalami alam maut? Atau apakah kita telah mengalami alam kubur dan kemudian kita pasti kita telah pun dicopkan sebagai ahli syurga
Semua itu tidak ada yang menjelaskan siapa pun dan digolongan mananya diri kita selamat kah atau tidak kerana kita belum pun berada dialam yang kekal abadi.Kerana itu manusia tidak seharusnya hidup sesuka hati di-dunia ini tanpa ada batas-batasnya.Kelaziman kita suka berbuat dosa,walaupun kita tidak tahu bagaiman diri kita dalam pandangan dan penilaian Allah tetapi Allah menetapkan agar semua kita berpegang kepada Alquran dan sunnah nabi Muhammad saw. Dan itu lah pertunjuk ke-jalan yang diredhainya.Dan sentiasa bersangka-baik kepada Allah.

Meskipun telah berkali-kali  mengkhatamkan Al-quran dan juga menghafalkan terjemahannya  tetapi belum tentu menjamin seseorang itu mengamal keseluruhannya dan juga menjauhi larangannya.Ada ketikanya sahaja kita  sedar, "Oh ini lah yang diperintah Allah dan ini lah yang dilarangnya.
Biasanya hal hal yang kecil yang kita anggap remeh itu pun ada kesinambungan dengan apa yang tersirat didalam kitab suci Al-Quran.
Semoga Allah mengurniakan ilmu dan hikmah kepada kita atas setiap surah yang dibaca dan dapat difahami dan diamalkan setiap saat.

Dan Allah swt berfirman:Bermaksud"...mengangkat oleh Allah akan segala mereka yang beriman mereka itu daripada kamu dan segala yang datang akan mereka itu ilmu akan beberapa darjat...(Surah AL-MUJADALAH;ayat 11)

Dan nabi s.a.w. bersabda;"Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang abid ,iaitu seperti kelebihan aku atas sekurang-kurang daripada kamu."
Dan sabdanya;"Bermula faqih yang satu orang,iaitu terlebih afdhal daripada seribu orang yang abid.
Adapun ertinya orang yang banyak berbuat ibadah sahaja padahal tiada ia faqih,ertinya tiada ia faham pada pekerjaan yang dikerjanya.

Dan berkata Sayidina Ali karamallhu wajhah:Ertinya;
Telah mememadai dengan ilmu itu kemuliaan iaitu bahawa mengaku akan dia oleh seseorang yang tiada mengetahui ia akan dia dan suka ia dengan dia apabila dibangsakan akan dia kepadanya.
Dan memadailah dengan jahil itu kecelaan iaitu bahawa melepas atau menjauh daripada jahil oleh seorang yang ada ia padanya.

Dan begitu banyak hadis yang menerangkan tentang pentingnya kita mempunyai atau menuntut dan mempelajari ilmu agama melalui al-quran dan sunnah.Dan kerana mengabaikan kepentingan mempelajari hukum-hukum dan syariat yang ditetapkan  didalam Islam yang bermula dari rukun Iman dan Islam ,membuat kita merasa tidak berdosa dikala berbuat maksiat zahir dan bathin.Tetapi insan yang berilmu apabila ia menjadi seorang abid akan terserlah diwajahnya keinsafan dan sifat taqwa.Mudah-mudahan kita mengikut jejak-jejak insan-insan yang diredhai.

"Semoga bermanfaat,peringatan buat diri sendiri"

0 comments:

Post a Comment