.BEGITULAh SEBENARNYA

Thursday 1 March 2012
Keturunan kita atau anak-anak kita adalah pewaris dan mewarisi apa yang kita kita miliki.Bukan bercerita tentang harta benda atau pun tentang mewarisi harta warisan tetapi tentang keyakinan kita bahawa kita mengaku kita percaya bahawa Allah itu maha adil tetapi keadilan Allah itu tidak kita kaitkan dengan kejadian kita atau keturunan kita.
Manusia itu pandangan terhadap sesuatu tidak sama ada yang cuma memandang sesuatu dengan mata,ada yang mengunakan aqal dan ada yang memandang dengan aqal dan hati.
Kalau kita perhatikankan sebuah keluarga mungkin pada pandangan kasar kita melihat 
sebuah keluarga itu hampir keseluruhan keturunannya rosak,tetapi kita tidak mahu belajar dari semua itu ,sebenarnya apa saja dari sesebuah keluarga jika anak-anaknya rosak terutama anak-anak lelaki secara jelas kita dapat mengenali bagaimana latar belakang orang tuanya
Lihat lah bagaimana sejarah nabi Ibrahim a.s dan bagaimana pula tentang keturunannya..sejarah membuktikan kebersihan dan kemurnian sifat taqwa yang beliau miliki tercatat dan anak-anak lelakinya pun tetap ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa .
Jangan kita berselindung disebalik ketaatan ,kemudian kita bersikap seolah seorang yang warak tetapi percaya lah jika bukan kerana adanya cinta kita pada dunia pasti anak-anak yang kita lahirkan memiliki sifat taqwa.Tetapi kerana cintanya kita pada dunia dan kerana lupanya kita bahawa Allah itu maha mengetahui akan apa yang ia ciptakan kita pun lupa untuk meluangkan waktu menoleh kepada anak-anak kita yang semakin tua tetapi masih menyusahkan kita.
Lihatlah diri kita,derhaka itu bukan sahaja kita melawan kata-kata orang tua tetapi setiap kali kita menyusah mereka baik dari segi kewangan atau keperluan dan terus menerus kita begitu itu pun satu dari perbuatan derhaka yang Allah tetap tidak suka.
Kemudian kita akan memiliki anak atau keturunan yang akan menyusah kita dengan cara yang sama atau berbeza,semuanya kerana terlebih awalnya kita memiliki sifat sedemikian,ia terjadi kerana tiada keinsafan didalam hati sanubari kita.Allah itu maha pengampun dan maha mengasihi.Jangan mengada-ngada dalam soal beriman kepada Allah dan jangan merasa diri kita tidak berdosa..tetapi taati lah perintahnya dalam keadaan kita sedar siapa diri kita sebenarnya.Kita manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa.Tetapi jangan sekali ia menjadi alasan untuk kita bermaksiat pada nya.
Usah kita bertanya kenapa dan sifat siapa yang anak kita miliki..malu lah pada yang mencipta.
Perlulah kita bertaubat,apa saja sifat mazmumah yang anak kita miliki semuanya diwarisi dari diri kita sendiri.Usah menyalah taqdir dan cermin kita ialah anak-anal kita dan kita dapat mengenali bagaimana isi hati seseorang itu dari kejujuran sifat anak-anaknya.
Belum dapat dikatakan hebatnya seseorang itu jika masih memiliki anak-anak lelaki atau perempuan yang tidak bertaqwa kerana insan yang bertaqwa itu sentiasa jujur dalam jua tindak tanduknya;sifat sombong,bohong atau takbur jika ada pada anak kita pasti sifat itu diwarisi dari ibu-bapa.Kita yang terlebih dahulunya derhaka sebelum kita warisi kepada keturunan kita.
Hal-hal sebegini lebih ku tuju buat keluarga ku sendiri semoga kita sentiasa ingat siapa diri kita sebelum kita mengata orang lain atau pun sebelum kita hendak memuji keturunan kita  .
Senoga bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment